Tuesday, May 6, 2014

~Empat Haribulan Lima~

Teks : Fyda Adim
Foto : Web MBMB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi dan selamat hari selasa.  Sekejap sahaja masa berjalan.  Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.  Itu yang sering diharap-harapkan.  Tengahari ini ada sambutan untuk sesuatu.  Akan keluar lunch bersama teman-teman.  Nanti akan diceritakan kemudian.

Bulan lima? Apa ada dengan bulan ini? Ada sesuatu tarikh yang menjadi kenangan dalam bulan ini.  Empat haribulan lima dua ribu tiga hingga empat haribulan lima dua ribu empat belas bersamaan sebelas tahun.

Pertemuan itu di sini dan bermulalah perjalanan kisah dua hati.  Meniti perjalanan sebelas tahun dengan pelbagai kisah suka duka.  Perkenalan tiga tahun diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah.  Semoga perhubungan itu sentiasa diredhai dan dilimpahkan dengan keberkatan serta berkekalan hingga ke akhir hayat.  Amin.

Sekian entri merapu untuk pagi ini.  Tiada motif sekadar mengisi ruang bercerita di sini sebagai titipan dan rujukan pada masa akan datang.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                       


1 comment:

adianiez AIDA said...

sure kenangan daun pisang kat air pancut byk byk tu ekk hi hi hi :-) la-ala filem hindustan ...