Family mak uda yang bertolak dulu. Dia orang bertolak lepas sembahyang jumaat. Kita orang memang bertolak lambat dari Melaka. Lepas sembahyang maghrib baru kita orang keluar rumah. Sampai dekat rumah bff pukul 1 pagi. Kesian dia laki bini tunggu kita orang. Sampai-sampai jea loading barang dan terus tidur sebab esok pagi nak ke Pangkor.
Pagi sabtu tue masing-masing bersiap. Aku dan bff lagilah nak siapkan anak-anak lagi. Last sekali baru kita orang yang bersiap. Bawak barang yang penting saje. Dah siap semua berjanji dengan mak uda sebab dia orang stay kat hotel. Sila jangan termuntah tengok gambar-gambar dalam entry ini. Aku yang memilih gambar pun dah naik mual. Pening nak sort gambar mana. Itulah akibat kalau suka sangat bergambar. Jom kita tengok gambar dan biar gambar yang menceritakan perjalanan kami ke Pulau Pangkor yang sangat amazing!!!
Konvoi 3 buah kereta menuju ke Jeti.
Ini dia ahli rombongan. Berjalan meuju ke jeti. Aku gagah memikul beg dan memimpin ammar. Nasib si kecik nie nak berjalan sendiri.
Aku dan bff aku.
Family Pak Uda.
Macam kecoh jea gambar nie. Masing-masing bersabar menanti feri.
Adriana, Nurul (anak mak uda yang habis blaja) dan berbaju merah adik ipar aku yang bongsu sekali,
Suasan di jeti. Ramai betul orang.
Tenang dan damai jea.
Gelagat ammar.
Telatah adriana dan ammar menanti feri. Tengok ammar tue. Betul dia punya gaya menunggu.
Nasib ada anak-anak yang menghilangkan kebosanan meunggu feri
Yeahhhh kami sudah berada di dalam feri.
Sudah menghampiri Pulau Pangkor. 1st time sampai sini.
Kita orang sewa van ramai-ramai. Dapatlah kami berkongsi bayarkan.
Sebelum meneruskan perjalan berhenti makan dulu.
Aku suap ammar dulu bagi dia kenyang. Adriana memang hilang. Nak duduk dengan kakak-kakak. Biar kakak yang suap.
Lepas tue baru aku pulak yang makan.
Tempat pertama adalah ke sini iaitu Kota Belanda.
Pelbagai aksi dan telatah dari anak-anak.
Penerangan mengenai Kota Belanda.
Anak-anak kami.
Seronok tengok mereka seronok.
Inilah sepanjang kami di Pangkor. Bergambar dan bergambar.
Aku dan bff lagi.
Destinasi seterusnya kami ke kilang menjual sotong dan lain-lain. Sempat jugak memborong di sini.
Last destination adalah tepi laut. Cantiknya...
Tengoklah gaya dua beranak nie. Sama jea menyinsing seluar.
Dia orang mandi tapi aku tak. Aku memang tak suka nak mandi-mandi laut nie.
Baik jaga si dia nie. Dia pun takut air. Menjerit-jerit bila aku bawak dia main air. Apalah ammar nie.
Aku lebih suka bersantao macam gini.
Sudah masa untuk balik sebab feri last pukul 8.30 malam. Berjinjit-jinjit aku nie. Kiri kanan ada benda.
Kami menuju ke feri. Bergambar di jeti sebelum menaiki feri. PhotoG adalah mr asben.
Sudah selamat berada dalam feri. Ammar tutup telinga sebab bunyi bising.
Kami sudah sampai. Bergambar dulu sebelum menuju ke kereta.
Bye Pangkor..
Lepas dari tue kami ke Ipoh pulak untuk makan malam sebab lepas makan nak jalan-jalan ke night market. Apa nama tempat tue aku pun tak tahu. Rasa macam gerbang malam ke apa.
Inilah family bff aku sedang menjamu selera.
Ini pulak makanan untuk aku dan asben. Aku order nasi putih dan paprik. Asben pula order mee goreng udang galah. Itu jealah kisah seharian perjalanan kami untuk hari sabtu itu. Settle makan kami ke night market. Tak sempat nak snap gambar sebab masa tue aku dah flat. Keting semua dah sakit, kaki macam nak tercabut pun ada. Hehehe..Walaupun penat tapi memang best. Enjoy sangat-sangat!!!
4 comments:
best nye jlan2 x penah p sana :P
Berape sepinggan mee goreng udang galah tu yea?
Berape sepinggan mee goreng udang galah tu yea?
assalam..kalau g pangkor mesti nak beli ikan bilis..
Post a Comment