Destinasi terakhir kami di Perak sebelum kami bertolak pulang ke Melaka adalah ke Gunung Lang. Tak ada tempat menarik pun bak kata bff kat Ipoh. Cuma yang tak best kali nie aku ke Ipoh tak dapat nak menjengah Politeknik tempat aku belajar berdikari selama 3 tahun di situ. Tempat aku mengenal apa erti sebuah persahabatan.
Pagi nie memang hari untuk berkata-kata. Marilah aku mulakan cerita untuk hari ahad itu. Pagi tue sebelum bertolak ke Gunung Lang aku menunggu kedatangan seseorang yang sudah sekian lama aku tidak berjumpa. Jumpa last sekali masa kenduri kawin dia. Memang mengharap untuk berjumpa sebab last kita orang jumpa tahun 2008.
Inilah orang yang aku nak sangat jumpa iaitu Kak Jijah atau aku panggil dia nyah. Merupakan kakak senior dan pernah duduk serumah dan kami sangat-sangat rapat. Kali nie jumpa masing-masing sudah beranak pinak. Nyah pun dah nak masuk anak no 2. Selalu kalau nak tahu cerita dia orang melalui blog jea. Itu pun jenuh suruh update. Masing-masing dok jauh. Walaupun dapat jumpa kejap tapi puas hatilah.
Duduk diam 2 beradik bila ada makanan.
Menunggu giliran nak naik bot.
Masing-masing sabar menanti.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Permandangan tasik di Gunung Lang.
Family bff aku. Masa nie dalam bot.
Beraksi bersama ammar. Nasib ammar sporting!!!
Kami bersama anak-anak.
Kalau aku beranak rapat mesti lebih kurang macam nie kan. Kikiki. Berangan tak sudah-sudah!!!
Risau betul aku dengan ostrich nie. Tue yang tengok dulu sebelum bergambar takut dia keluarkan kepala dia. Imaginasi aku kan tinggi.
Baru berani nak bergambar.
Bergambar lagi bersama bff. Sibuklah dengan payungnya itu.
Suruh bergambar bertiga tapi ammar boleh pulak macam tue.
Bergambar berdua. Dah lama tak bergambar berdua.
Ini yang amik peluang sebab ada pulak orang yang sudi snapkan photo kami.
Tengok mak apaknya naik buaian dia pun nak naik jugak.
Si ammar qayyum yang berbaju merah.
Last sekali gambar kami berdua lagi. Ini aksi amik gambar sendiri yea. Dari Gunung Lang kami terus bergerak balik ke Melaka sebab ada planning nak singgah di Shah Alam. Masa nak balik hujan pun turun dengan selebat-lebatnya macam tahu jea kesedihan aku nak berpisah dengan bff. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi yea. Aku sayang hang. Hang kawan dunia akhirat aku. :D
2 comments:
camne boleh tak ada tempat menarik kat ipoh tu???
cantiknye tempat tue.. tak penah ila pegi tau
Post a Comment