Pagi nie aku nak tunjuk gambar aku lunch date dengan officemate aku Kak Nisah. Jumaat lepas, lunch hour kan panjang masanya. Aku dan Kak Nisah keluar untuk mencuci mata. Itu pun sebab Kak Nisah nak beli maternity pant. Kalau dia tak ada nak mencari barang tak mahunya dia keluar. Bukan senang nak ajak dia keluar.
Loceng punch card bunyi jea kita orang pun cau cin cau. Macam sekolah pulak. Tak pi jauh mana pun. Kita orang hanya ke Kedai Hari-hari aje. Parking dekat Mydin. Sekali aku cakap dengan Kak Nisah 'Kalau makan kat secret recipe pun best jugak.' Kebetulan SR seberang jalan pulak. Kak nisah pulak setuju. Apa lagi kami pun terjahlah setelah berkurun lama aku tak masuk ke sini. Memang dah lama tak makan kat SR nie.
Aku last makan kat SR nie masa pregnant ammar. Itu pun makan dengan mak aku. Asben aku tak minat nak makan kat tempat-tempat macam nie. Kalau Pizza Hut tue gigih lagi dia terjah. Last masuk kat SR dengan Kak Nisah lagi lama tahun 2008 kalau tak silap. Masa tue nak makan kek. Itulah kisahnya tentang aku dan SR. Jom layan 3 keping gambar kami.
Ini makanan aku. Laksa Singapore. Dah nak habis makan baru teringat nak amik gambarnya. Kek dan kentang makanan untuk mak buyung.
Ini dia gambar bff aku yang terkini yang sudah mengandung 5 bulan lebih.
Tadaaaa..Dan tak lupa gambar empunya blog. Tembam pulak gambar nie. Tengoklah makanan kami yang banyak itu. Makan sampai mengah-mengah dengan Kak Nisah. Selesai makan kami memulakan misi kami mencari pant kak nisah. Boleh bakar lemak lepas makan. Aku cakap Kak Nisah baik makan dulu sebelum shopping. Kalau tak nanti belanja tak ingat. Sekian entry untuk pagi ini.
2 comments:
MAKAN TAK AJAK PUN...SEDEYNYA...
kak zu ada ke jumaat ritu?kan kuar..kita org pun tak rancang..tetibe jea..kalo rancang semedangnya tak jadi jea..nie terus terjah..:D
Post a Comment