Setelah 5 tahun lebih pergi kerja dihantar, balik keje berjemput oleh asben sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau asben tak ada aku terpaksa menumpang kengkawan untuk pulang dan jalan terakhir kalau kengkawan tak ada terpaksalah aku menjadi penunggu di bus stop untuk menunggu bas untuk pulang ke rumah mak.
Itulah saat-saat yang tidak dapat dilupakan bila tiada kenderaan sendiri. Nak-nak kalau kena naik bas memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Yang menunggu kadang mat indon yang begitu ramai, kadang tak orang langsung kat bus stop. Macam-macam situasi dah aku lalui. Kengkawan lain sudah balik dengan kereta kita tercongok di bus stop. Sedih gak. Tapi nak pujuk diri sendiri cakaplah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sedapkan hati sendiri. Kalau kita tak pujuk siapa nak pujuk kan. Aku tak kan lupa pada kengkawan yang selalu menumpangkan aku balik. Terima kasih pada anda semua. Jasa korang tidak dapat aku lupakan.
Kini, aku tidak lagi dihantar dan dijemput. Sudah pergi kerja dan balik kerja sendiri. Makanya lesen aku sudah digunakan sepenuhnya tidak lagi menjadi lesen gantung. Hikhikhik. Asben sudah belikan aku kereta untuk aku gunakan pergi dan balik kerja. Asben kata pergi dan balik kerja jea tapi bini dia ada jugak menyimpang ke tempat lain. Hikhikhik...Walaupun bukan kereta baru dan kereta second hand tapi aku bersyukur sebab salah satu impian aku tercapai. Sekarang nak ke mana-mana boleh pergi sendiri. Asben aku kan sibuk memanjang. Kenalah banyak berdikari. :D
Ini gambar beberapa hari lepas. Sempat snap jugak dalam kereta erk. Inilah salah satu rutin harianku sudah berubah. Nanti aku ceritakan yea. Dah nak pukul 430 petang. Aku nak bersiap-siap untuk pulang. Dah ada kereta nie aku masuk awal dan balik awal. Sebab??Adalah sebabnya. Oklah...Nak berkemas-kemas nie..Next entry yea..
Note>>>Bila nak mula drive jea perut aku pun mulalah memulas-mulas. Adoiiiii
5 comments:
bestkan....apa2 pun hati2 semasa memandu
Mula2 jer tu....saya pun dulu cam tu gak....nak bkk radio pun x leh..concentrate giler..bila dah lama ..ha ko...amik...jerit2 dlm keta nyanyi...hahaaha
Don't drink and drive...ahaks..
yeay! bleh tumpang dua kaki ronda2
memang betul, kita nie kena ada lesen sendiri.. senang utk bergerak bila suami xder.. oklatu kak, lagi senang keje lepas nie kan.. drive carefully yea
congrats...fyzz pun penah lalui gak detik cam tuh..(7 thn lepas..)masa baru2 kawin..time tuh dok penang..mmg hari2 asben hantar amik pi keja..tp bila ada hal..mmg kena naik bas or tumpang kawn la..huhuhu sgt2 sadis rasanya..penah tgh sarat pun naik bas..:(...tp itu dolu2 skang nih ...5 thn dh fyzz drive keta sendiri..tp asben tk hadiah la..fyzz beli sendiri..:)
Post a Comment