Sempena hari ibu pada hari ini, ucapan ini juga ingin aku dedikasikan buat 2 orang insan yang bergelar MAK kepada aku.
Ucapan buat mak aku Pn Hjh Saedah binti Aripin. Along sayang mak. Terima kasih kerana selalu mendoakan yang terbaik buat along. Mak sentiasa bersama along ketika along susah dan senang. Semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik buat mak dan diberkati selalu olehNya.
Ucapan khas jugak buat Mak Mertuaku Pn Hjh Noriyah binti Mustapha. Terima kasih di atas segalanya dan terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu. Saya akan cuba menjadi menantu yang terbaik buat mak. Semoga mak juga diberi kesihatan yang baik dan diberkati selalu olehNya.
Buat anak-anak mama, mama sayang adriana dan ammar. Sesungguhnya korang adalah nyawa mama dan segalanya buat mama. Mama akan cuba mendidik anak-anak mama sebaik mungkin kerana mama juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan. Mama akan cuba menggembirakan anak-anak mama sebaik mungkin. Mama sayang kamu berdua.
Lirik Lagu Selamat Hari Ibu - Hujan
Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati... Hanyalah untuk mu
Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga
[Chorus:]
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...
Nota>>Entry hari ibu terlambat nak publish..Banyak macam kekangan untuk hari ini.
3 comments:
so sweet... :))
so sweet.. :))
jasa ibu tak terbalaskan?
Post a Comment