Semalam seharian suntuk aku di dapur bekerja keras membakar kek dan cupcakes. Semangat gitu. Kalau tak pikir request dari ibu mengandung memang tak aku buatnya. Kalau nak buat pun ikut mood aku. Hehehe. Tapi sebab officemate aku pregant request nak makan cheese cake. Daku buatkan jugak. Nak jugak dari air tangan aku nie. Hehehe...
Tak apalah. Aku tak kisah pun sebab lately nie membakar nie menjadi hobi aku. Bila dah lama tak buat kek rasa semacam aje. Mesti terpanggil-panggil nak buatnya. Tapi harus diingat!!!!!Aku bukanlah pakar memasak. Baru jugak belajar buat kek. Setakat try and error tue bolehlah yea. Selalu yang menjadi food tester aku adalah asben aku dan mak aku. Apa-apa pun aku budak baru belajar.
Semalam aku buat 3 jenis kek. 1 biji kek iaitu Cotton Cheese Cake dan 2 jenis cupcakes. 1 jenis aku buat rainbow cupcakes dan 1 jenis lagi aku buat coklat moist cupcakes. Cotton cheese cake itu request daripada Maziana my officemate. Bila dah siap cheese cake tue asben aku pulak tanya kek untuk orang kat rumah tak ada ke? Maka aku buatkan jugak cupcakes tue. Nak buatkan cheese cake tapi cream cheese non ado. Belek-belek resipi aku teringin nak buat butterfly rainbow cupcakes yang aku ambil daripada blog Kak Ita. Tapi tak jadi nak buat butterfly. Aku derhaka pada resipi. Maka tercipta ajelah rainbow cupcakes. Yang coklat moist pulak aku buat tambahan sebab balance cream banyak sangat. Sayang nak buang. So aku buatlah coklat moist cupcakes pulak.
Inilah rupa cotton cheese cake aku. Fresh from the oven.
Inilah hasilnya selepas di letakkan topping. Aku letak ganache topping dan dihiaskan dengan resh cream frosting.
Inilah rainbow cupcakes versi aku. No butterfly!!Malas nak buat.
Rainbow cakes selepas diletakkan cream di atasnya.
Ini pulak coklat moist yang selepas diletakkan dekonya. Adriana nak letak edible image upin ipin. Kakak upin ipin pun dia nak sekali. Kebetulan aku ada beli edible image tempoh hari. Inilah hasilnya. Makanlah kek puas-puas yea.
Buat mak buyung itu, lega sudah dapat buat kek itu untuk ko. Tak adaler ralat sangatkan. Kang kempunan pulak anak ko. :-)
4 comments:
Salam,pa kabar?..hehe..jelesnya gue tengok cotton cheese cake tu..betul2 fresh la..
amboi kakk.. meleleh air liur saya tengok! dah la saya suka makan kek cheese!! heheheee :D
wahhh~ lawa.. bleh bukak kedai dah tu..
rahel>>>ala biasa jea..sy pun baru belajar buat kek.kdg amik resipi dari blog masakan jugak..selalu jugak blogwalking blog awak..
che sakinah>>>hehehe..akak pun penggemar cheese cake..yummy!!!
siti>>idakler smpi bukak kedai kot..awak salah satu sumber inspirasi saya...:-)
Post a Comment