Entry pertama untuk tahun baru ini. Untuk entry pertama ini, rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Baru sempat nak online dan update blog sebab dari semalam busy ke hulu ke hilir, cousin aku kawin.
Semoga tahun baru ini akan memberi sinar yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Bersyukur kepadaNya kerana masih dipanjangkan umur untuk aku menjenguk tahun 2012 dan mengecapi hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta. Semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindungan daripadaNya. Amin..
Untuk tahun 2012 ini, kepada sesiapa yang bujang semoga anda cepat dipertemukan jodoh. Kepada yang sedang mengandung dan bakal menimang cahaya mata pada tahun ini termasuklah adik aku, tahniah yea!!Mesti tak sabar kan nak dapat baby. Seronok bila dapat baby. Macam teringin lagi untuk yang ke 3. Huhuhu. Tapi nantilah dulu tunggu ammar besar sikit. Memandangkan keadaan diri yang kelam kabut menguruskan 2 anak ini. Tahun 2012 ini, adriana akan masuk umur 4 tahun, ammar pula bakal berginjak ke angka 1. Cepat sungguh masa berlalu. Rabu ini juga adriana akan ke tadika. Macam manalah gaya adriana yea. Akan diupdate ceritanya nanti.
Oklah sampai di sini dulu. Apa-apa pun selamat tinggal tahun 2011. Segala kenangan akan diabadikan di dalam diri. Wassalam.
No comments:
Post a Comment