Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung.
Bagaimana rasanya suami yang bekerja?
Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan.
Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan.
Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan.
Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
Suri rumah Sebagai Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.
Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri
Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.
Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.
Note>>Kepada para suami sayangilah dan hargailah isteri anda. Yang menjadi surirumah dikatakan tidak bekerja dan tidak ada kerja. Bagaimana pula yang bekerja dan menguruskan hal rumah dan anak-anak?
Copy paste dari SINI
2 comments:
btol2..apalg isteri yg bekerja..sngguh bsr pengorbanan isteri..
setuju! setiap suami kena hargai pengorbanan isterinya tak kiralah sama ada isteri bekerja atau tidak kan.
**tentang churpchurp tu... boleh tengok kat link ni ye. kalau masih tak faham boleh tanya izan nnti...
http://asmawati.com/cara-buat-duit-dengan-churpchurp/
Post a Comment