Salam...
Jumaat lepas kan besday Adriana, aku adalah prepare something untuk adriana. Kali nie adriana sambut besday di tadika bersama kawan-kawannya. Memang plan nak buat besday di rumah. Ingat nak buat sekali dengan besday ammar bulan 2 nie tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lebih baik aku buatkan di tadika jea.
Bila plan last minit maka yang ala-ala kadar jealah yang dapat dibuat. Aku siapkan goodies untuk kawan-kawan adriana serta aku buatkan adriana kek besdaynya. Minggu lepas adriana dah cakap dengan aku suruh aku buat besday kek dia. Mak ai, mama bukan terror bebnor nak buat kek. Kek biasa-biasa bolehlah lagi. Nak menghias bagai memang tak retilah.

Inilah antara makanan untuk diisi dalam goodies bag. Murid semua seramai 27 orang.
Apabila goodies siap diisi.
Inilah isi-isi di dalam beg yang dijadikan goodies.
Aku sempat buatkan adriana 2 biji kek. Satu kek kukus. Kek coklat dan cheese. Lagi satu aku buat kek coklat moist. Yang ini aku bakar. Satu untuk dibawa ke tadika, satu lagi untuk dipotong di rumah.
Inilah kek coklat cheese. Puas mengoogle sana sini mencari resipi. Aku cari yang simple dan mudah cara buatnya.
Inilah hasilnya selepas dideko dengan cream. Sangat-sangat hudus!!!Tapi aku puas hati sebab aku dapat buatkan kek untuk anak aku. Janji dia suka aku pun suka. Kek ini untuk dimakan di rumah aje. yang tulisan tue ada orang kacau. Itu yang jadi henggot tulisan tue. Asben aku pun nak tolong ok. Tak apa, ini percubaan pertama. Akan aku cuba buat lagi.
Yang ini pula, kek untuk di bawa ke tadika. Topping dia aku buat coklat ganache. Dan inilah hasilnya daripada air tangan mama buat adriana. Harap nana suka dengan apa yang mama buat.
Resipinya bakal menyusul nanti. Aku dapat dari salah satu blog masakan jugak. Nanti aku update lagi yea. Sekian, terima kasih. :-)
2 comments:
kira ok la tue sebab akak pandai wat kek.. jue nie lagilah.. tak tahu langsung.. tetiba terasa teringin juga la nak wat kek untuk anak sendiri.. huhuhu!
msti kalau adriana dh besar..dia sngt terharu sbb mama dia wat kan kek kat dia..ok la tuh..cantik wat..msti rasa pun so suwit kan..sedap..
pepun happy belated day buat nana..
Post a Comment