Sunday, October 10, 2021

Selamat Merentas Semua!

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Setelah berbulan-bulan aku tidak menulis di blog ini, hari ini aku kembali dengan entri gembira. Hahaha. Memandangkan hari ini PM telah mengumumkan kebenaran merentas negeri bagi seluruh negara mulai 11 Oktober 2021. Inilah pengumuman yang dinanti-nanti. Akhirnya, pengumuman dalam 'masa terdekat' diumumkan juga hari ini.

Rasa nak bersorak. Begitulah perasaannya tapi tidaklah bersorak betul-betul. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu perasaan ini. Tak perlulah ke balai. Pernahlah beberapa kali balik ke Melaka sebab nak uruskan ayah ke hospital. Bercintanya sebab nak menghadap pak polisi.


Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Apa yang dharapkan selama ini telah dimakbulkan Allah. Selamat pulang ke kampung semua. Patuhi SOP ya. Buat masa ini, aku tidak merancang untuk berjalan-jalan. Dapat pulang ke Melaka, melihat rumah sendiri, dapat tengok mak ayah pun cukuplah.

Jalan-jalan nantilah kita fikirkan. Semoga kita semua terus dilindungi Allah daripada wabak ini. Jangan alpa. Semoga kehidupan normal kita akan dikembalikan.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, July 23, 2021

Saya Sudah Lengkap 2 Dos

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha.

Lambat menitipkan ucapan sebab kekangan masa. Entri kali ini cuma nak mencoretkan kenangan semasa vaksin dos kedua. Masih di tempat yang sama. Vaksin kali ini, aku ditemani encik suami. Dia nak menghantar aku dan cuti sudah pun diambil.

Aku pun okeylah. Lagi suka sebab suami nak meneman. Jadi memang hari tu aku lone ranger di tempat vaksin. Tak saing dengan rakan sepejabat. Lagi pun aku pergi lambat sikit. Susahlah nak janji-janji dengan orang.

Kami keluar rumah dalam 9.30 pagi sebab waktu temujanji aku jam 10.30 pagi. Berpandukan Waze kami berdua ke tempat vaksin di Dewan Raya Taman Universiti Skudai.

Sebelum keluar rumah.

OOTD aku hari vaksin.

Waktu ni sudah tiba di tempat vaksin. Ramai juga orang tapi pergerakan pantas.

Sedang menunggu di bawah khemah, ternampak kawan pejabat. Sempatlah bergambar.

Menanti dengan sabar.

Kita swafoto dulu.

Semakin menghampiri ke pintu masuk.

Lega apabila sudah berada di dalam dewan.

Memandangkan aku dos kedua, terus saja ke bilik vaksin.

Menanti di luar bilik. Masa ni buat-buat bertenang.

Alhamdulillah. Selesai. Masa ni di ruang pemantauan.

Inilah ruangnya. Duduk di sini sementara menunggu nama dipanggil.

Dipermudahkan semuanya dan sewaktu sampai di tempat bergambar ada seorang wanita sedang mengambil gambar emaknya. Aku pun meminta tolong dengan wanita tersebut untuk mengambil gambar aku. Dapatlah dua keping gambar buat kenangan.

Selesailah vaksin dos kedua pada 8 Julai 2021. Alhamdulillah, simptomnya ada cuma ringan saja. Badan adalah terasa sakit-sakit. Tempat suntik pun sama. Yang tak tahan kelaparan dan ketiduran. Seharian aku layan mata aje sehari selepas vaksin. Dah tidur pun rasa macam tak cukup tidur. Kemudian asal bangun, perut lapar. Begitulah.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

 

Friday, July 2, 2021

Jangan Lupakan

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat datang Julai. Selamat tinggal Jun yang manis walaupun ada pahitnya dalam Jun ini memandangkan ahli keluarga aku ada yang dijangkiti Covid-19. Mohon doakan kesembuhan buat mak mentua dan adik ipar nombor 4 yang kini sedang dirawat di hospital. Biras dan anaknya berusia setahun lebih di PKRC MiTC serta adik ipar nombor 5 cumanya semalam dia sudah dibenarkan pulang. Dikhabarkan pula anak buah anak kepada adik ipar nombor tiga kini pula positif. Hari ini akan dibawa ke pusat kuarantin.

Entri kali ini aku kongsi sebuah video pendek. Penangan menonton video Remy Ishak di Instagramnya. Saja buat memandangkan lagu video ini membuatkan hati terasa sesuatu. Jadi buat sendiri untuk kenangan.

Lagu latarnya berjudul Jangan Lupakan nyanyian Nidji. Rentak lagunya mendatangkan sebak. Lagu ini apabila dilihat pada liriknya untuk kisah percintaan.

Itu sahaja entri untuk pembuka Julai. Harap Julai ini aku dapatkan habiskan manuskrip yang sudah lama terperam. Entah bila nak habis.

Aku kongsikan lirik lagi di bawah video. Selamat menonton. Jika nak mendengar celoteh aku bolehlah ke channel aku di Youtube. Sudilah kiranya SUBSCRIBE, LIKE, KOMEN dan SHARE. Minta maaf jika ada kekurangan.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak yang sedang melanda dunia. Aamiin. Sehingga bertemu lagi di lain entri.


Ku berjalan terus tanpa henti
Dan dia pun kini telah pergi
Ku berdoa di tengah indah dunia
Ku berdoa untuk dia yang kurindukan
Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Berselimut di tengah dingin dunia
Berselimut dengan dia yang kurindukan
Would it be nice to hold you...
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you..
Memohon untuk tetap tinggal
Dan jangan engkau pergi lagi
Bernyanyilah na na na na na
Bernyanyilah untuk dia yang kurindukan
Would it be nice to hold

Tuesday, June 29, 2021

Menang Peraduan

Assalamualaikum.

Hai semua.

Seperti tahun sebelum-sebelumnya, adalah waktu-waktunya yang aku rajin melayan peraduan. Gigihlah mencari apa-apa peraduan. Banyak aje peraduan di Facebook atau di Instagram. Kebetulan hari raya, ada saja peraduan. Biasa nak gambar kreatiflah, gambar masakanlah.

Jadi aku nak kongsikan beberapa peraduan yang telah dimenangi. Walau kecil nilainya tetap bermakna. Hasil berhempas-pulas kononnya.

Aku coretkan di sini sebagai kenangan. Mana tahu ada yang berminat nak menyertai mana-mana peraduan pula.

Duduk rumah, aku cuba cipta pelbagai aktiviti agar tidak dibelenggu kebosanan. Sudah rasa serabut dengan keadaan sekarang.




Itu sahaja perkongsian ringkas untuk malam ini. Sebenarnya tiada mood nak menulis tetapi paksa diri juga. Manuskrip masih lagi belum berapa gerak. Menuju ke 60 ribu patah perkataan. Harap dipermudahkan urusanku.

Boleh layari blog aku satu lagi di SINI.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, June 23, 2021

Stres Melampau

Assalamualaikum.

Hai gais.

Sejak dua tiga hari ini stres dan tahap kerisauan agak melampau. Mana tidaknya sejak Ahad apabila diberitahu adik ipar positif Covid-19 mulalah cemas datang. Terfikir mak mentua pula sebab dia ada di rumah emak.

Ceritanya melarat sehingga ke hari ini apabila semalam emak dan adik ipar yang bongsu disahkan positif Covid-19. Kelmarin suruh mak dan adik ipar lakukan swab test di klinik swasta sebab mak dah mula sakit tekak. Adik dah mula selsema.

Dan keputusannya dapat semalam. Sebaik tahu positif maklumkan pada KKM dan KKM dah dapat laporan daripada klinik yang mereka lakukan swab test.

Mulanya agak merisuakan apabila setiap kali telefon mak, suara lemah saja. Katanya demam. Badan lemah. Mana tak risau.

Usai tahu, mak dan adik ipar positif, kita orang kat sini pun tak keruan. Datanglah yang sakit kepala. Yang tiba-tiba kata sakit dadalah. Yang selsemalah. Yang jauh pun terkesan. Bukan apa lemah semuanya. Dia macam down kejapan.

Sewaktu mak nak buat swab test.

KKM sudah jemput mak dan adik ipar.

Ini sewaktu menunggu van untuk dibawa ke PKRC. Mujur adik ipar ada selalu update. 

Ini suasana di PKRC MiTC. Mak mentua hantar gambarnya. Katanya minta tolong kawan baharu hantarkan pada kita orang di grup famili.

Hari ini kes naik lagi. Hari-hari tinggi. Kejap naik kejap turun. Bilalah nak habis?

Kawan-kawan, mohon doakan kesembuhan mak mentua dan adik-adik ipar daripada Covid-19. Semoga kita semua dilindungi daripada Covid-19. Oh ya, semoga dipermudahkan urusan adik ipar ketiga sekeluarga yang akan swab test esok sebab kontak rapat mak.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim

Saturday, June 19, 2021

Mi Basah Bonda

Assalamualaikum.

Hai semua.

Hari ini masak apa? Entri kali ni cuma nak berkongsi resipi. Mi Basah ni mak selalu masakkan. Aku suka sangat mi basah ni. Ringkas saja cara menyediakannya. Bahan-bahannya pun tak adalah rumit mana. Boleh saja gunakan apa bahan yang ada dalam peti ais.

Mana tahu yang tak ada idea nak masak apa bolehlah mencubanya. Boleh saja tambah apa yang korang nak masukkan bahannya. Ikut suka. Nak masuk udang ke, sotong ke, ayam ke. Ini bahan yang ada dalam peti ais aku.


Mi Basah Bonda

Bahan-bahannya:
- 1 paket mi
- Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
- Sotong
- Daging
- Bebola ikan
- Fishcake
- Kiub ayam
- Sos tiram
- Cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Kicap pekat
- Kicap masin
- Kicap manis
- Sawi
- Lobak (dihiris halus)
- Cili merah (dihiris)
- Bawang goreng
Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan mi Numee dan letakkan kicap manis. Gaul bagi rata dan angkat ke dalam mangkuk.
  2. Tumis bawang kisar hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Ikut sukatan cili nak banyak mana.
  3. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging dan sotong. Terpulanglah nak masukkan udang ke ayam ke.
  4. Dah agak masak masukkan air. Ikut cili banyak mana. Jangan cair sangat.
  5. Masukkan bebola ikan dan fishcake. Apabila sudah mendidih masukkan kiub ayam.
  6. Masukkan sedikit sos cili dan juga sos tomato. Kemudian masukkan sos kicap pekat dan sedikit kicap masin. Letak garam sedikit sebab dah guna kicap masin.
  7. Jika nak pekat kuahnya boleh letakkan sedikit tepung jagung tapi saya tak letak.
  8. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
  9. Sedia untuk dimakan. Letakkan mi dalam mangkuk dan curahkan kuahnya. Taburkan cili merah yang telah dihiris dan bawang goreng.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Selamat mencuba!

Boleh layari blog aku satu lagi INI CERITERA AKU.

Xoxo.

Salam pena,
Fyda Adim