Thursday, August 6, 2020

Apabila Boleh Merentas Negeri

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Malam ini baru dapat menulis sebab esok cuti. Johor kan. Entri ini sudah ada dalam draf jadi aku tuliskan juga sedikit coretannya. Kisah kami merentas negeri setelah 3 bulan lebih tidak dapat balik ke Melaka. Teruja? Sudah tentu. Tak tahu nak diungkapkan macam mana masa tu.

Semasa PM umum kebenaran merentas negeri, berjujuk masuk mesej kat aplikasi Whatsapp. Macam-macam kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan di Melaka.

"Sis, dah boleh merentas negeri. Bila nak balik Melaka?"

"Kafida, boleh balik dah. Yeah!"

"Kafida, bila PM umum terus teringat Kafida."

Eh, macam-macamlah mesej yang masuk. Aku jadi terharu juga dan bertambah-tambah teruja. Nak balik rumah sendiri. Nak jumpa mak ayah. Nak jumpa keluarga. Nak jumpa kawan-kawan. Ramai yang nak ditemui.

Kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun 2020 tapi kita orang balik 11 Jun 2020. Khamis tu pula aku tak kerja. Aku dah siap mohon cuti sebaik sahaja PM umum. Dua minggu terus aku mohon sampai 28 Jun 2020.

Gigih kan?

Teruja kut!

Antara beg yang belum masuk kereta. Punya banyak barang yang diangkut macam nak pindah terus tengoknya.

Sewaktu kami sampai rumah Melaka, jiran sudah siap pasang lampu warna-warni. Terharu lagi aku dibuatnya. Sepanjang kita orang tak balik memang jiran yang jagakan rumah.

Tengok sepenuh-penuh bonet. Ada barang orang kirim kat IKEA juga. Berkotak juga masa ni termasuk barang sendiri.

Hari pertama di rumah. Misinya adalah untuk mengemas rumah. Satu rumah aku kemas. Buang benda yang dah tak pakai. Aku susun balik buku-buku dalam bilik. 4 bilik aku kemaskan.

Anak-anak buah aku pun tidur kat rumah. Riuh sikit rumah.

Kembali kepada asal ruang ini.

Anak-anak buah datang masa aku sibuk berkemas. Tak dapat nak masak apa-apa. Aku dah siap order roti jala.

Kawan hantarkan set ini. Mula-mula suruh dia pos ke JB tapi sebab nak balik Melaka aku kata tak payah pos. Kalau nak cuba Essential Oil ni boleh roger aku ya.

Lampu tu aku beli kat IKEA. Dapat juga wishlist.

Rak buku ni pun beli kat IKEA.

Nayli, anak buah aku. Dia antara yang membantu aku mengemas rumah.

Laksa ni aku order dengan kawan aku kat JKM.

Anak-anak buah datang bawa kek sempena hari lahir aku. Selagi bulan Jun tak habis aku diraikan saja. Terharu lagi aku dibuatnya.

Roti jala aku order dengan kawan setaman yang aku kenal mula-mula daripada blog.

Aku dan anak adik, Naura.

Sekali lagi kami bergambar lagi.

Itulah fasa pertama cerita aku balik ke Melaka sepanjang tiga bulan lebih tidak pulang. Seronok. Bersyukur sangat-sangat masih diberikan peluang untuk bertemu dengan mereka. Nanti aku sambung lagi. Sepanjang dua minggu banyak benda yang dapat aku lakukan walaupun tidak semuanya. Paling puas hati apabila dapat mengemas rumah.

Nantikan cerita kejutan untuk mak mentua, hari lahir ayah, makan-makan di rumah sepupu, jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan JKM dan banyak lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, August 4, 2020

Sudah Ogos!

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Ogos sudah membuka tirainya. Dua bulan juga aku tidak menulis di blog ini. Aku ada aje cumanya sibuk dengan medium yang lain. Biasalah bila banyak sangat benda yang nak dilakukannya dalam satu masa. Jadi perlu dikurangkan untuk benda yang lain sebab nak tumpukan benda yang lain. Aku bukan superwoman yang mampu buat semua benda.

Tak bolehlah nak serba-serbi sempurna. Aku buat semuanya seorang diri. Maksud aku selain kerja rumah. Untuk kerja rumah, kalau aku tak terbuat ada suami yang membantu. Jadi aku dapat buat kerja-kerja menulis aku.

Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan di sini. Daripada kisah hari raya, kisah setelah dapat merentas negeri; aku balik Melaka dua minggu. Balas dendam gitu.

Dan kisah terbaharu adalah kisah raya haji; walau tak adalah sambut sangat pun tapi aku seronok sebab dapat beraya di Melaka.

Dapat beraya di rumah sendiri.
Dapat beraya di rumah emak.
Dapat beraya di rumah emak mentua.


Perkara Yang Tidak Terduga.


Sebenarnya kebelakangan ini banyak cerita tidak enak mengelilingi diri ini. Aku tersangat-sangat kecewa. Entahlah tak tahu nak diceritakan. Biarlah tersimpan sahaja jauh di lubuk hati. Cerita ini yang sedikit sebanyak mengganggu emosi dan menghantui diri aku. Sampai satu tahap aku jadi malas nak buat semua benda.


Minat Sendiri.

Benda yang aku malas nak buat adalah benda yang selama ini aku minat nak buat. Tahap kemurungan dia sampai tahap begitu. Fikiran bercelaru. Memang serabut yang amat.

Aku jadi malas menulis.
Aku jadi malas membaca.
Aku jadi malas menonton drama.

Rasanya ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk diri aku. Aura negatif itu tersangat memberi kesan pada aku sampai satu tahap setiap hari aku memang malas untuk melangkah ke tempat itu namun aku kena lawan juga.


Doa.

Aku cuma berharap agar Allah dengar dan perkenankan doa aku. Hari-hari aku terasa sangat tidak menarik serta membosankan. Aku nak kembali kepada satu suasana yang ceria seperti dulu. Ada gelak-tawa. Ada perkongsian cerita; dramalah, novellah, menulislah dan macam-macam lagi.


Pengharapan.

Pengharapan aku tersangatlah tinggi. Jika tidak elok untuk diri aku biarlah aku dapat melepaskan diri. Biarlah aku dapat melalui tempoh-tempoh bertenang tanpa aura-aura negatif. Begitulah seringkali doa yang aku titipkan.

Kita hanya manusia yang tidak sempurna. Baik aku atau pun engkau. Jadi janganlah kita meletakkan satu hukuman pada manusia yang lain. Memilih darjat dan memperkotak-katikkan kelemahan orang lain sedangkan kita sendiri punya kelemahan yang mungkin kita tidak tahu.

Satu jari menuding pada orang lain, empat jari pada diri kita sebenarnya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Sunday, May 31, 2020

Satu Syawal Kami Di JB

Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu. Hari ini aku kerja dari rumah. Pagi-pagi sudah melangut depan komputer sebab ada kerja yang bos suruh buat. Mujurlah kat rumah ada komputer. Kalau tidak macam mana nak bekerja dari rumah.

Sekejap saja sudah memasuki 8 Syawal 1441. Syawal yang paling ringkas sepanjang hidup dan syawal dalam sejarah kehidupan sendiri yang aku tak balik beraya dengan mak ayah. Sepanjang 37 tahun inilah pertama kalinya menyambut Syawal bukan di tempat sendiri.

Syawal pertama kami yang hanya disambut empat orang di bumi JB ini memang mengundang pelbagai rasa. Aku dan anak-anak yang tidak keruan. Suami aku dapat rasa juga dia tidak keruan tapi lelaki biasalah. Mana tunjuk.

Baiklah, dimulakan dengan cerita pagi raya. Macam biasa bangun dan bersiap. Mandi sunat dan solat subuh. Aku yang tidak pernah bersolat raya kali ini dapat bersolat raya. Ada hikmah juga untuk Syawal ini. Selalunya sibuk nak bersiap macam-macam benda.

Syawal kali ini lebih menenangkan sebab hanya perlu menyiapkan untuk diri sendiri dan keluarga saja. Selalunya pagi raya dah bersiap nak terkejar-kejar pergi rumah mak-mak mentua. Tahun ini hikmahnya begini walau hati sebak tidak dapat beraya di Melaka.

Kami di pagi raya.

Sesi bersalaman.

Ammar salam papa pula.

Macam biasa bergambarlah kami. Mujurlah beli bean bag adalah tempat nak dijadikan tempat bergambar. Di sebalik langsir tu baju suami tergantung.

Kami empat beranak.

Papa dan anak-anak.

Berswafoto kami.

Mama dan Dak Nana.


Mama dan Ammar.

Selesai bergambar dan merekod video untuk video raya, kami mulakan dengan sesi video call pula. Video call biras aku yang ada di rumah mak mentua.

Kami bervideo call dengan mak mentua pula.

Bergambar juga walau dari jauh.

Kemudian bervideo call dengan keluarga aku.

Ini pula sesi merekod video raya. Videonya sudah aku upload di Instagram dan laman muka buku.

Sambung lagi bervideo call dengan sepupu-sepapat aku dan anak-anak buah yang ada kat Melaka, Bangi dan Gombak. Walau jauh masih tetap terjalin. Biar jauh namun hati masih tetap bersatu.

Begitulah cerita Syawal kami yang serba ringkas. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita walau Syawal disambut sebegini kita masih dapat menatap orang-orang yang kita sayang. Oh ya, gambar mak tak ada. Mak tak bersiap pun. Adik ipar cerita mak sedih. Dia kata tak raya tahun ni. Aku faham perasaan mak. Pertama kali aku tak balik. Berayalah mak dengan adik.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, May 29, 2020

Salam Syawal Dari Perantauan

Assalamualaikum.

Salam 6 Syawal.
Salam Jumaat.

Rasanya belum terlambat lagi mahu menitipkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pengunjung dan pembaca blog ini. Baru datang kerajinan mahu menulis di sini. Biasalah menghampiri Syawal sibuk mahu mengejar aktivti lain.

Kemudian sibuk melayan emosi sedih sebab tak dapat balik ke Melaka. Macam tak percaya diri sendiri akan beraya di perantauan. Inilah pertama kalinya. Berdebar-debar menunggu malam raya. Berdebar-debar nak dengar takbir raya.

Memang malam raya sebaik sahaja mendengar takbir raya berkumandang, air mata pun berhamburan. Tidak mampu menahan rasa yang menyesakkan dada. Macam-macam rasa yang berkumpul dan bertandang waktu itu.

Entahlah.

Siapa yang pernah rasa saja mungkin akan faham. Terkenang-kenang mak dan ayah di Melaka. Lagi dilayan lagi laju air mata berjurai.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan alam maya yang secara sengaja atau tidak sengaja yang singgah di sini. Maaf zahir dan batin. Mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata dalam penulisan aku di sini membuatkan sesiapa terasa.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, May 16, 2020

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia, buat kawan-kawan aku yang bergelar pendidik serta guru-guru aku yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pensyarah di Politeknik.
.
Aku ingin dedikasikan ucapan Selamat Hari Guru buat guru yang pernah mengajar aku pada suatu ketika dulu di sekolah-sekolah berkenaan dari tadika hingga ke politeknik.
.
1) Cikgu di Tadika Sacret Heart
2) Cikgu di Sekolah Rendah Convent Infant Jesus (1)
3) Cikgu di Sekolah Menengah Infant Jesus Convent
4) Pensyarah di Politeknik Ungku Omar
.
Notakaki: Dalam gambar ini ada antara kawan-kawan aku yang bergelar cikgu juga.


Salam pena,
Fyda Adim


10 Hari Terakhir Ramadan

Assalamualaikum.

Selamat hari sabtu.

Hari ini sudah hari ke 23 kita berpuasa. Sekejap saja rasanya. Kali ini memang betul-betul rasa sekejap. PKP ini lagi cepat masa berlalu. Seminggu saja lagi mahu menyambut kedatangan Syawal. Waktu-waktu macam ini sudah teruja mahu pulang ke kampung.

Tahun ini kita beraya di perantauan. Tak dapat beraya di rumah sendiri. Rumah sendiri satu hal. Tiada kunjungan ke rumah mak-mak sekalian.

Rumah mak di Melaka.
Rumah mak mentua di Melaka.
Rumah sendiri di Melaka.
Aku orang Melaka.
Kerja di JB.

Begitulah.

Bagaimana dengan 10 hari terakhir Ramadan ini?
Sayu saja rasanya.

Masih mengejar apa yang sepatutnya dikejar. Semoga apa saja amalan kita di bulan yang mulia ini akan diterima oleh Allah.

Semoga doa dan apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Ramadan tahun ini akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim