Monday, September 16, 2019

Ben Amir Di Angsana Mall JB

Assalamualaikum.

Hai semua.

Kisah dua minggu lepas, ahad 8 September 2019 ada Absolut Food Festival kat Angsana Mall. Kebetulan esoknya cuti agong jadi memang elok sangatlah sebab malam tu dapat tahu Ben Amir akan ke Angsana Mall.

Aku taklah beria sangat tapi kalau dibawa ke sana pun aku tak tolak. Hahaha. Kebetulan lepas menonton drama Sweet Dreams tanpa sengaja jadi fan Ben Amir. Tetiba.

Sekadar suka-suka.

Jadi petang lepas balik kerja, anak-anak yang sudah tahu Ben Amir datang Angsana, mereka mengajaklah apaknya pergi. Apak pula bila anak-anak ajak dia memang akan bawa. Jadi maknya menumpang rezeki. Gitu.

Biasalah, bila mak-mak minat, anak-anak mesti minat. Gara-gara mereka suka menonton Sweet Dreams. Entah aura apa yang ada dalam drama tu. Memang berhantu sampai anak-anak pun suka.

Parking penuh sampai kena parking tepi jalan atas flyover.

Masa kita orang sampai Ben Amir sudah ada atas pentas. Memandang dari jauh aje. Janji tengok live. Tidaklah aku nak berhimpit-himpit. Nana siap bawa buku kononnya nak sign. Simpan ajelah impian tu, Na. Aku cakap pada dia. Ingat senang ke nak jumpa artis. Kita tengok-tengok gitu sudahlah. Sekadar menyokong artis tempatan. Ayat memujuk sekali. Masa aku datang si Ben sudah merebang rambutnya. Rupanya dia baling getah rambut kat peminat. Patut serabai gitu.

Habis tengok Ben Amir, kami pun kelaparan. Konon nak pusing-pusing cari makan kat tempat tu tpi ya ampun punya ramai orang. Tak mahulah aku. Aku dah lama tinggalkan tempat-tempat crowded ni. Tak suka. Sudahnya kami ke Kampung Mahmodiah. Inilah menu yang kami order.

Kedai ini memang rare. Macam-macam gambar ditampal. Gambar perdana menteri ada. Macam-macamlah.

Sudut lain di sebelah kedai.

Ini pula keratan akhbar yang ditampal di belakang kaunter. Aku sempat mengambil gambar ketika suami sedang membayar. Pada aku makanannya sedap juga tapi tak tahulah lain orang lain seleranya. Sedap pada aku, tak semestinya sedap pada orang lain. Kalau aku cakap sedap, orang lain pula cakap tak sedap. Ada pula yang kata aku tipu.

Jadi, nak tahu sedap atau tidak cubalah sendiri. Beginilah bila tidak balik Melaka, aku akan ajak suami jalan-jalan cari makan di Bandaraya JB ini.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





Tuesday, September 10, 2019

Ilusi OST Drama Sweet Dreams

Assalamualaikum.

Antara tanda-tanda belum 'move on' dengan drama Sweet Dreams bila mana aku asyik mengulang dengar lagu ost yang dimainkan sepanjang 20 episod drama itu ditayangkan.

Antara lagu yang aku asyik dengar adalah Ilusi nyanyian iamNEETA. Jadi bolehlah dengar lagu sambil menulis. Manalah tahu ilham mencurah-curah.

Selamat mendengar.

Kalau rajin nak dengar bolehlah dengar di Youtube ya. Hiburan biarlah sekadar hiburan. Jangan berlebih-lebihan.




Semua rasa sedih
Semua ku takuti
Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala
Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpimu
Hujung jalan ini
Semuanya terhenti
Semua rasa berat dihatiku
Bimbang segala
Anganmu setinggi angkasa
Kuberikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam

Monday, September 9, 2019

Hiking Di Tasik Biru Kangar Pulai

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, ada aktiviti yang telah disusun oleh suami dan geng Kastam. Aku dimaklumkan tentang aktiviti tersebut pada hari rabu. Masa tu aku sudah menunjukkan simptom-simptom untuk diserang selsema. Hari khamis malam selsema makin menjadi-jadi. Jadi aku pun beritahu pada suami, kalau larat aku ikutlah sebab malam itu aku sudah telan ubat.

Alhamdulillah, pagi itu aku bangkit untuk Subuh dan terus bersiap - walaupun selsema itu masih ada. Tapi sebab aku rasa mesti aku akan boring seorang diri di rumah ditambah otak pula sedang writer's block baiklah aku keluar daripada sarang.

Jam 7.30 pagi kami bertolak dari rumah menuju ke Pulai. Aku pun tak pernah sampai jadi dapat pergi sekali jadilah. Aku bukanlah penggemar aktiviti lasak tapi untuk memenuhi kegemaran encik suami apa salahnya.

Waktu ini baru mula-mula naik. Nak hilangkan penat suruhlah pak encik tangkap gambar aku.

Bising mulut aku asyik bertanya, "Jauh lagi ke nak sampai?"

Teknik bergambar seperti ini adalah amat menyeramkan. Tetiba.

Aku yang suruh pak encik ambil gambar dari jauh.

Selalunya di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita. Tapi yang ini di belakang kejayaan seorang wanita yang mahu memanjat bukit dengan berjayanya ada seorang lelaki. Laki aku tukang tolak kalau aku payah nak naik sambil mulut dia bising. Itulah badan dah berat. Bini pun krik-krik-krik.

Dak Ammar antara yang mengharukan keadaan. Dari naik dia asyik menangis. Ini dia risau maknya tak naik.

Ammar memang geng mama. Dah boleh nampak dia tak suka aktiviti lasak tapi apaknya cukup marah sebab dia lelaki. Baiklah pa.

Mama suruh dia posing untuk menghilang gementar di dada. Hahaha.

Betapa indahnya permandangan. Tapi betapa seksanya nak sampai. Cukuplah sekali. Tidak mahulah aku ke sini lagi.

Wajah orang selsema.

Permandangan di atas bukit.

Baju oren itu anak jiran depan rumah. Di JB kami menyewa rumah flat yang aku sering panggil 'kondo'. Hehehe.

Kenalah bergambar dengan satu kali posing.

Dia orang semua menyeberang ke sana. Aku dan Ammar tidaklah ikut. Tak kuasa nak melintas halangan di depan.

 Nampak tak aku tinggal dengan Ammar dan bersama sorang lagi.


 Dia orang dah ke seberang sana.

Sebab nak ambil gambar yang nampak tasik biru ni.

Selfie daripada mereka.


Sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai.

Satu lagi keseksaan untuk turun. Naik payah turun pun payah.

Tengok rupa nak turun. Ini kira sopan lagi.

Posing lagi satu kali.

Waktu ini sudah lega bila sudah sampai tanah rata.

Yeah, selamat tiba di bawah.

Balik hiking singgah rumah ofismate pak encik yang rumahnya terletak berhampiran dengan Tasik Biru. Dia masak nasi lemak pulak tu. Lemaknya buang setengah kilo tapi tambah lemak berkilo-kilo.

Meriah makan kami sebelum pulang. 

Begitulah hari kami bila tidak pulang ke kampung halaman, Melaka yang tercinta. Bolehlah untuk menyibukkan diri di tempat orang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





Saturday, September 7, 2019

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Sepatutnya hari ini kami ada larian di Iskandar Puteri. Dah daftar masa bulan Julai tempoh hari tapi atas sebab-sebab tertentu tak jadi pergi. Tak ada rezeki nak lari di tempat orang. Lain kali sajalah. Aku pula diserang selsema. Jadi makan ubat itu yang tak sedar. Terjaga jam 6 pagi. Memang taklah nak perginya. Itu saja sebabnya. Bangun lambat.

Bila terjaga terus solat Subuh. Sementara menunggu yang lain selesai solat aku sempatlah memejam mata sebarang dua. Mengantuk makan ubat. Dalam jam 7.30 pagi bersiaplah juga. Suami ajak jogging.

Berdesup semua bersiap. Jadilah daripada tak ada.


Inilah baju dan tuala yang dapat untuk larian. Tak ada rezeki untuk medal.

Kami berjogging di Bandar Dato Onn.

Selalu jogging di kawasan rumah saja. Kali ini pergi jauh sikit. Sini lagi nyaman tempatnya. Meriahlah juga ada orang aerobik. Teringat Melaka. Tetiba.

Balik jogging apa lagi. Melepak mamak. Itulah buang lemak 1/2 kg tambahnya berkilo-kilo. Hahaha.

Aku pekena tosai. Feveret.

Sebelah petang lepas Asar, kami ke IKEA. Suami nak beli barang. Aku memesan jangan beli barang banyak-banyak nanti susah nak angkut barang bila pindah. Motif sangat pesanan tu.

Kami singgah makan meatballnya. Alang-alang sampai merasalah sorang sikit.

Aku sempat suruh anak-anak posing.

Ini salah satu tangkapan aku di IKEA. Lain barang suami. Aku cuma tertarik dengan benda alah ini.

Inilah tempat letak buku. Senang nak ambil gambar buku. Mula-mula aku ingat nak buat tempat letak buku-buku aku yang ada karya aku tapi itulah mana pula nak letaknya. Rumah kat Melaka tengah huru-hara. Tunggulah kalau kami berpindah balik ke Melaka bolehlah memikirkannya. Itu sahaja coretan hujung minggu di Johor Bahru bila minggu ini kami tidak balik ke Melaka.

Melaka, jumpa hujung bulan!




Menonton Filem Sangkar

Assalamualaikum.

Cuti sempena Merdeka, kebetulan filem Sangkar mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019. Sedang elok waktu itu aku pun balik Melaka. Memandangkan suami tak berapa nak layan drama-filem tempatan jadi aku pun berkira-kira mahu mengajak kawan-kawan aku.

Kalau bab wayang ni, aku nampak sorang aje yang mesti boleh diajak runding. Apa lagi. Aku capai telefon bimbit dan menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp.

"Kau balik Melaka tak Merdeka ni?"

Aku kirimkan mesej padanya yang aku kira waktu itu dia di Bintulu. Dia kerja di sana. Merantaulah kiranya seperti aku. Hahaha.

Dia balas, "Semestinya aku balik."

Sewaktu menerima jawapannya, hatiku berbunga-bunga. Wah, macam terima mesej daripada pakwe. Tidak ya. Aku masih waras. Hahaha.

"Jom tengok Sangkar." Aku balas. Memandangkan dia peminat Remy Ishak haruslah aku bunga-bungakan lagi mengajaknya. Begitulah sesi kami merancang untuk keluar menonton wayang.

Biasalah, kalau mak-mak yang nak keluar ni memang agak payah sedikit. Kena fikirkan dari semua sudut. Anak macam mana. Laki macam mana. Semua perlu diaturkan agar tidak ada yang terabai sewaktu ditinggalkan.

Jadi, jumaat itu bersamaan 30 Ogos 2019 menjadi hari pelepasan untuk aku berliburan bersama kawan-kawan. Pengetua bagi pelepasan. Terima kasih pada Tuan Kastam yang sudi memberi pelepasan itu. Aku siap beri tentatif untuk hari itu. Jadi pengetua boleh bajet aku balik pukul berapa.

Aku keluar dari tengah hari, mula-mula pergi karoke bersama Myra Mokhtar sebab dia rehat panjang jadi kami karoke di sekitar Bukit Beruang. Lepas karoke dengan Myra Mokhtar, kawan aku yang kerja kat Bintulu tu jemput aku di Kota Cemerlang.

Kami ke Aeon Bandaraya sebab tiket wayang kita orang beli jam 3.30 petang. Itu pun lewat sampai. Melaka jammed. Sana sini jammed masa tu. Tunggukan si Farah pun satu hal. Sudahlah sampai lambat. Aku pula suruh naik sampai tingkat 3 walhal wayang tingkat dua. Sebelum kawan aku bertukar hijau, aku cakap "Yang ini salah aku."

Kemudian selepas menonton wayang, aku karoke lagi. Kali ini karoke bertiga. Memang hari itu hari aku melepas gian menyanyi. Program kami diakhiri dengan aktiviti makan-makan sebelum pulang ke pangkal jalan. Hahaha.

Kami bertiga. Ini testing untuk nampak poster itu tidak dikepung oleh kami. Aku bersama Farah. Kami berkawan dari sekolah rendah.

Ini baru bertiga. Yang sebelah aku itulah yang kerja di Bintulu, Hanani namanya. Hari itu dia menjadi grab aku. Kawan Bintulu tu kami berkawan sejak tingkatan 1. Kalau sekolah rendah aku tak pindah sekolah aku boleh kenal dia dari sekolah rendah. Ceritanya aku memang satu sekolah rendah dengan Farah, kemudian darjah 2 aku pindah sekolah rendah lain sekitar Banda Hilir juga. Kemudian, Hanani pula masuk sekolah rendah lama aku. Bila darjah 5, Farah pula ke sekolah rendah yang sama dengan aku dan masuk menengah semuanya satu sekolah di Infant Jesus Convent. Nampak tak jalan ceritanya?

Gambar terus di tempat makan sebab dalam karaoke kita orang terlampau fokus melontarkan vokal sampai terlupa nak berselfie. Jadi hari itu kami makan di The Chicken Rice Shop.

Gigih si Farah mengambil gambar. Dia ni ahli angkat berat. Jangan main-main.

Hasil tangkapan gambar oleh Farah. Lapar gila dan inilah hasil kami bertiga memesan makanan.

Selesai makan semua menyandar.

Sebelum pulang ke pangkal jalan, bergambar di luar aeon pula.

Nak bayar tiket parking pun sempat bergambar.

Sebelum kami berpisah, tangkap lagi gambar. Biasalah kalau berjumpa haruslah menyimpan kenangan. Aku nak bersalaman kawan aku kata, tak nak. Salam macam tak jumpa lagi. Hahaha. InsyaAllah lepas ni akan ada perjumpaan lagi. Kawan Bintulu aku hantar aku balik memandangkan dia jadi grab aku. Sudahlah keretanya canggih aku pula jakun dot com.

Begitulah cerita sempena hari pelepasan aku. Seronok sesekali bila dapat meluangkan masa bersama kawan-kawan lama. Bila dah tua-tua ni cuba cari masa (make time) untuk bertemu dengan kawan-kawan. Kita bukan tahu bila penghujung kita. Ada masa ni, selain meluangkan masa bersama keluarga, kita boleh meluangkan masa bersama kawan-kawan yang masih sudi 'keep in touch' dengan kita.

"Persahabatan manusia yang didapati sesudah menempuh sengsara adalah persahabatan yang lebih kekal daripada yang didapat pada waktu gembira."
.
-Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.