Sunday, August 6, 2017

Terima Kasih Pada Yang Sudi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Selamat malam. Baru berkesempatan untuk menulis. Dari minggu lepas memang tidak produktif. Minggu sesendu bagai. Sibuk ditambah dengan kekalutan yang amat sangat. Biasalah. Adakalanya dalam pada kita cuba mengawal situasi agar tenang namun perancangan Allah itu yang sebenarnya. Minggu lepas banyak perkara yang berlaku membuatkan aku keletihan ditambah dengan diri yang tidak sihat.

Allahuakbar.

Memang benar, kadang rutin harian yang sudah diatur elok didatangkan perkara yang tidak dijangka boleh mendatangkan kekusutan pada kita. Kuat dengan tidak saja. Akhirnya khamis lepas aku tewas dan ke klinik untuk berjumpa doktor. Dapatlah sijil cuti sakit sehari.

Pada kawan-kawan alam maya yang sudi meninggalkan komen, terima kasih saya ucapkan. Terharu sangat kerana tidak pernah serik dan jemu meninggalkan komen di blog ini. Saya belum ada masa meninggalkan jejak di blog kalian. Adakalanya sempat membaca blog kalian tetapi tidak sempat meninggalkan komen.

Harapnya kalian tidak serik untuk membaca blog ini dan tidak jemu untuk meninggalkan komen lagi. Dengan adanya komen-komen kalian yang membuatkan saya bersemangat untuk sentiasa menulis di sini.

Komen-komen yang sudah diapproved.

Komen-komen baru.

Akhir kata terima kasih daun keladi. Harapnya sudi-sudilah singgah di blog yang tidak seberapa ini lagi. Moga ukhwah kita berterusan walaupun hanya di alam maya sahaja. Selamat mebaca blog ini sentiasa dan semoga terhibur. Mana yang tulisan saya agak menyinggung perasaan atau apa-apa saja, saya mohon maaf. Semestinya yang buruk dan yang tidak elok datangnya daripada diri saya sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, August 4, 2017

Di Sebalik Kesedihan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Lamanya tidak menitipkan kata-kata di sini. Laman sesawang yang menjadi sawang. Sibuk. Itu alasan biasa. Tersangatlah klise kan. Memang sibuk pun ditambah dengan mood yang kadang ada masa ko rasa mual nak tengok blog sendiri dan tetiba kepala pusing bila ko baru je mula menaip ayat 'assalamualaikum'.

Pening-pening lalat gitu. Berperangai sangat kan. Dari minggu lepas memang terpaksa gugurkan aktiviti menulis dalam senarai sebab beban dalam kepala sudah melebihi. Teruk sangat bunyinya. Tidak pun macam tu tapi aku cuma mahu aktiviti bersantai.

Mana yang dok kerisauan sebab menanti anak buah yang mahu bersalin. Bila kakak sepupu aku dok risau, aku pun turut jugak merasanya. Kata orang cubit peha kanan, peha kiri sama merasa. Dah keluar pulak pepatah. Memang mendebarkan. Seolah-olah diri sendiri yang berada dalam kamar bersalin.

Dalam pada sibuk menanti kelahiran, aku dikejutkan dengan kematian kucing aku. Dak Oyen mati pagi rabu. Bengkak-bengkak mata menangis bila nampak dia terdampar di tepi jalan. Sekitar jam 3 pahi, aku terjaga dari lena. Kedengaran anjing menyalak-yalak. Tak sedap hati sebenarnya. Kalau suami ada rumah memang aku kejutkan dia suruh tengok. Tapi apakah daya. Tambah tak sedap hati bila pagi aku bangun pintu papan dibuka. Selalunya Dak Oyen akan menjengah. Pagi itu, tiada. Dalam pada bersiap tertanya-tanya juga.

Sewaktu keluar rumah, dalam keadaam hujan masa itu, dari jauh kelihatan Dak Oyen sudah sebegini. Menangislah aku anak-beranak. Aku dan Dak Kakak je. Dak Adik tak berperasaan. Hihi. 

Hari yang sama jugak, anak buah aku selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi perempuan. Alhamdulillah. Secara rasminya aku bergelar nenek. Keterujaan kakak sepupu aku memang kedengaran sewaktu menelefon aku pagi itu. Aku  gembira dalam sedih.

Oyen, dalam kenangan. Sedih tetiba. Nanti aku sambung lagi kisah gembira aku lagi. Kali ini berkaitan penulisan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, July 25, 2017

Orang Kita Suka Mengecam

Assalamualaikum.

Salam pembuka bicara untuk entri pagi ini. Mulakan hari anda dengan lafaz bismillah agar segala urusan kita untuk hari ini dipermudahkan. Jangan lupa untuk mengukir senyuman sebagai suatu sedekah.

Kalau tidak mampu bersedekah wang ringgit, apa salahnya kita sedekahkan dengan senyuman. Semoga senyuman itu dapat menutup kedukaan yang menghantui diri agar hati dan diri dapat bersekongkol dengan baik.

Nampak seperti berlakon. Berpura-pura. Hipokrit. Apa lagi?

Bukankah hidup ini suatu pentas lakonan?

Manusia yang didatangkan dengan pelbagai ragam. Ada yang luarannya kita nampak dia suci sangat tapi hakikatnya dia tidaklah sesuci mana pun setelah kita mengetahui perangainya. Ada yang kita nampak dia tidak berapa nak suci tetapi hakikatnya dia jauh lebih baik daripada kita sebenarnya. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Hakikatnya, kita jangan menjadi penilai terhadap orang lain. Kita tidak tahu sejauh mana orang itu berhempas-pulas untuk menepis segala dugaan yang dihadapinya. Kita tidak tahu sejauh mana dia menghadapi kesusahannya.

Jika tidak dapat membantu, jangan ditambah bebannya.

Imej yang berkaitan

Orang kita, memang suka mengecam. Kecam orang sana, kecam orang sini. Kecam ni bukan setakat tular di media sosial saja. Bukan setakat keyboard warrior. Dia boleh menular dengan menggunakan kaedah manual. Iaitu membawa mulut.

Contohnya si A kecam si B melalui kaedah menyampai melalui si C. Nanti si C akan sampaikan pula pada si D. Kemudian si D boleh pulak sampaikan pada si B. Elok-elok si B tak tahu, boleh jadi tahu. Tak ke sakit hati orang tu.

Memang takut bila lalui situasi begini. Kau kena kuat fizikal dan mental. Kadang terfikir, yang suka kecam tu cukup sempurna ke luar dalamnya.

Allahuakbar.

Kalau diikutkan hati, mahu berperang lidah cuma akan memuaskan hati kau untuk beberapa ketika. Tetapi kau akan memutuskan sebuah ikatan silaturrahim.

Pujuk hati.
Abaikan.

Bergaduh bukan jalan untuk mencari kemenangan. Kau akan bertambah tidak tenang.

Tips untuk mendapat hati yang tenang adalah dengan tidak mengambil tahu.

Bila tahu seseorang itu akan menyakitkan hati dan perasaan kita, maka jauhkanlah diri daripada dia. Ini untuk mengelakkan diri masing-masing mendapat dosa. Hati pun tidak sakit. Biarlah dikatakan tidak bercampur orang daripada menjerumuskan diri dengan kelompok manusia yang sentiasa mahu mengecam orang sana sini.

Itu sahaja sedikit titipan untuk pagi ini. Entri ini sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga. Adakalanya, kita manusia ini sering akpa dan cepat lupa diri. Semoga kita diberikan sekeping hati yang baik dan bersih. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, July 23, 2017

Blog Ruang Cerpenis Berkarya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Petang ini bersambung lagi dengan aktiviti menulis. Tadi dah selesai menulis artikel untuk majalah Zalora. Entri itu akan diterbitkan esok di Zcoop Malaysia. Boleh ke laman sesawang itu nanti untuk membaca artikel saya. Dah beberapa bulan ditinggalkan aktiviti menulis di sana disebabkan perubahan web. Saya jadi tidak reti dengan penggunaan laman web yang baru ditambahkan dengan tidak boleh log masuk membuatkan aktiviti menulis saya terbantut.

Tahun ini mahu aktif kembali. Momentum itu sudah ditonjolkan sejak awal tahun tempoh hari. Semoga dapat dikekalkan. Saya ni kena ikut mood. Orang kata menulis kena rajin. Ada masa bila rajin, ideanya pula tiada. Bila idea ada, rajinnya pula yang tiada.

Begitulah.

Melangkah setapak lagi, saya mengendalikan sebuah blog penulisan. Di belakang saya ada beberapa orang yang pakar dalam bidang ini. Blog tersebut mempelawa cerpenis untuk menghantar cerpen mereka bagi siaran di blog itu. Cerpen yang terpilih akan disiarkan cerpennya setiap hari jumaat. Dan berita baik, cerpen yang terpilih untuk bulanan, akan menerima saguhati daripada Geng TSJD.

Menarik bukan?

Jadi, untuk cerpenis atau sesiapa sahaja yang minat menulis, boleh cuba menghantar nukilan anda di emel yang tertera di blog itu. Sebagai sokongan anda semua, sudi kiranya mengikut blog tersebut. Sekadar menunjukkan tanda sokongan anda terhadap dunia penulisan.

Laman sesawangnya boleh klik di SINI. Segala jasa baik kalian, amatlah saya hargai. Boleh baca juga cerpen pilihan mingguan yang telah disiarkan jumaat lepas bertajuk Janji Lebaran. Selamat membaca dan teruskan menulis! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Dato Dan Datin Beraya Ke Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Selamat berhujung minggu. Semoga hujung minggu anda diisi dengan momen-momen indah bersama keluarga. Jangan ada yang terobek. Hujung minggu inilah selalunya nak diisikan masa bersama keluarga, melakukan aktiviti yang digemari, dan sebagainya. Hari ini dah 29 Syawal. Cerita Syawal belum lagi habis ditulis. Tajuk entri tak mahu kalah.

Hari ini sedaya upaya akan aku titipkan di blog ini sebagai kenangan dan rujukan akan datang. Mana tahu tahun depan aku dan laki aku bertekak tahun ni pakai langsir yang mana satu. Aku tunjukkan aje blog ini.

Syawal kedua tempoh hari, kami sekeluarga menerima kedatangan mantan Pengarah Kastam Melaka. Dato ni baik dengan suami aku. Dulu selalu bersantai bersama. Kawan suami aku. Aku tak ada kawan dato-dato ni. Kakak kerani mana taraf nak kawan dengan dato. Hahaha. Kebetulan masa tu masih ada lagi ketupat dan lauk-pauknya. Aku masak nasi sikit kemudian goreng spageti. Hari raya makan spageti. Ko hado?

Lauk-pauk hari tu.

Dato dan datin nak datang aku tukar ke pinggan semenggah sikit.

Itulah dato dan datin. Sebelah sini bukan dato. Bakal menjadi datuk aje. Kah...

Laki aku berswafoto dengan dato. Aku dapatlah bersembang dengan datin. Segan jugak tapi datin peramah.

Lepas dato dan datin pulang, kami keluar beraya. Memang plan mahu balik kampung laki aku.

Jumpa atok laki aku. Dia sekarang sudah uzur. Kesian atok.

Kemudian beraya rumah mak uda laki aku. Dia masak asam pedas ikan duri.

Singgah kejap rumah mak aku amik mak aku. Sebab esoknya, 3 Syawal sepupu-sepapat aku dari JB nak datang.

Hidangan malam masih sama.

Anak-anak buah aku sesi pertama datang beraya. Sebabnya anak buah yang nombor dua nak balik Kelantan esoknya. Jadi dia orang singgah dulu rumah aku. Kak Long dia orang belum balik. Tahun ni beraya dengan keluarga mentua dulu.

Gaya si laki-laki.

Ini pula gaya si pompun-pompuan.

Begitulah coretan aku untuk 2 Syawal. Dapat bertemu dengan mereka adalah momen yang indah. Terima kasih pada yang sudi datang ke teratak kami. Semoga apa yang terkurang dalam layanan tidak disimpan dalam hati. Itu khilaf kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, July 17, 2017

Satu Syawal

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Selamat bekerja. Selamat hari isnin. Selamat mencari ruang-ruang yang hilang. Kebiasaannya, isnin pasti ke laut kita semuanya. Tak kisahlah ke laut lepas, ke laut dalam atau ke dasar laut sekali pun. Mengharap akan angin monsun akan bertiup untuk neutralkan kembali mood yang sudah ke laut.

Baiklah, pagi ini disajikan dengan entri satu syawal yang sudah berminggu lepasnya. Baru terhegeh-hegeh nak menyusun kata. Biasalah kesibukan sangat-sangat membataskan diri ini untuk berblog. Kadang menulis dari gajet sahaja. Tapi kenikmatan menulis dari telefon bimbit adalah tidak sama dengan menggunakan komputer. Tak sampai pun kadang kepuasan menulis itu.

Pagi satu Syawal, tahun ini kami dapat merasa pagi raya di rumah sendiri. Baru aku dapat rasakan sedikit ketenangan raya tahun ini. Tidak terkejar-kejar ke sana sini. Tidak huru-hara. Dah selesai kat rumah barulah balik rumah mentua.

Anak-anak jiran yang kebetulan tidak balik ke kampungnya di Perak. Mak ayahnya juga datang beraya di rumahnya.

Adik dan ayah aku.

Dia orang tak tidur rumah. Lepas solat raya baru datang.

Mama dan satu-satunya anak dara mama.

Aku dan satu-satunya adik ipar.

Pompuan-pompuan yang ada dalam keluarga aku.

Cucu-cucu sudah beratur nak bersalam dengan nenek.

Kemudian giliran atok pulak.

Kami semua memakai koleksi baju lama. Raya tahun ni kami tak buat baju baru pun. Baju bridemaid masa anak buah aku kahwin.

Kalau nak bergambar beramai-ramai memang beginilah.

Susun atur tak habis-habis. Swafoto dulu.

Keluarga adik aku dulu.

Kemudian keluarga aku.

Ramai-ramai pula.

Waktu ni dah sampai rumah mak. Baru sempat nak bergambar empat beranak.

Swafoto kami laki bini sebelum kami menziarah pusara atok dan nenek aku kemudian meneruskan perjalanan ke rumah mak mentua aku yang dalam bandar Melaka juga. Sebelum tu, kami menziarahi pusara arwah pak mentua aku barulah kami pulang ke rumah mak mentua aku.

Gitulah kisah satu Syawal aku. Kami tak ke mana-mana pun. Masa kat rumah mak mentua, melayan sedara-mara suami aje. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim