Sunday, August 6, 2017

Terima Kasih Pada Yang Sudi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Selamat malam. Baru berkesempatan untuk menulis. Dari minggu lepas memang tidak produktif. Minggu sesendu bagai. Sibuk ditambah dengan kekalutan yang amat sangat. Biasalah. Adakalanya dalam pada kita cuba mengawal situasi agar tenang namun perancangan Allah itu yang sebenarnya. Minggu lepas banyak perkara yang berlaku membuatkan aku keletihan ditambah dengan diri yang tidak sihat.

Allahuakbar.

Memang benar, kadang rutin harian yang sudah diatur elok didatangkan perkara yang tidak dijangka boleh mendatangkan kekusutan pada kita. Kuat dengan tidak saja. Akhirnya khamis lepas aku tewas dan ke klinik untuk berjumpa doktor. Dapatlah sijil cuti sakit sehari.

Pada kawan-kawan alam maya yang sudi meninggalkan komen, terima kasih saya ucapkan. Terharu sangat kerana tidak pernah serik dan jemu meninggalkan komen di blog ini. Saya belum ada masa meninggalkan jejak di blog kalian. Adakalanya sempat membaca blog kalian tetapi tidak sempat meninggalkan komen.

Harapnya kalian tidak serik untuk membaca blog ini dan tidak jemu untuk meninggalkan komen lagi. Dengan adanya komen-komen kalian yang membuatkan saya bersemangat untuk sentiasa menulis di sini.

Komen-komen yang sudah diapproved.

Komen-komen baru.

Akhir kata terima kasih daun keladi. Harapnya sudi-sudilah singgah di blog yang tidak seberapa ini lagi. Moga ukhwah kita berterusan walaupun hanya di alam maya sahaja. Selamat mebaca blog ini sentiasa dan semoga terhibur. Mana yang tulisan saya agak menyinggung perasaan atau apa-apa saja, saya mohon maaf. Semestinya yang buruk dan yang tidak elok datangnya daripada diri saya sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Cik Rose said...

Waalaikumussalam.. Rose pun terharu dan gembira andai ada komen yang ditinggalkan. Terasa penulisan kita dihargai :)