Thursday, February 18, 2016

Sabtu Dipenuhi Program Keluarga

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Pagi semua. Semoga pagi kalian baik sahaja. Tidak huru-hara untuk mak-mak yang menguruskan anak-anaknya ke sekolah. Aku? Semuanya masih dalam keadaan terkawal walaupun menguruskan lima hari secara sendirian berhad. Setakat lima bulan ni, belum lagi kes-kes kritikal berlaku. Yelah, dok kalut menguruskan anak-anak mana tahu terlupa pakai seluar kecik ka.

Belum sampai tahap itu. Kalau dah terlupa memang kritikal sekali.

Bila, tiba khamis hati ini ada sedikit kelegaan. Sebab apa? Esok suami hantar anak-anak ke sekolah. Hari cuti dia jumaat sabtu kan. Jadi aku boleh bersantai-santai di setiap pagi jumaat.

Bila bersama di hujung minggu, masa inilah yang diperuntukkan sebaik mungkin. Macam-macam program. Sana sini. Kadang tak tercapai dek akal. Hehehe. Masa itulah nak mengemas rumah, masa itulah nak memasak, masa itulah ada jemputan. Belum lagi hal-hal lain.

Sekurang-kurangnya masa itu terisi dengan sempurna. Sabtu lepas pun seharian jugak kami keluar. Pagi tu suami minta aku masak nasi lemak.

Makan pagi merangkap makan tengahari. Nasi lemak, sambal daging bersama temannya petai dan adik beradiknya yang lain.

Lepas zohor, kita orang keluar hantar si kakak untuk kelas taekwandonya di sekolah.

Kelas taekwando dari jam 2.00 petang ke 4.00 petang. Sementara menunggu si kakak habis, kami tiga beranak berjalan pergi The Shore. Sempat terjah Mr.DIY dan melabur di situ. Tak habis-habis.

Anak teruna aku. Tiga hari lagi umurnya genap lima tahun. Kenapa cepat sangat membesar?

Kemudian sebelah petang, lepas Asar kami ke Little Nana pula. Ada majlis pembukaan. Adik aku dah sound suruh datang. Inilah menu-menunya.

Dari kiri tu ayah pada adik ipar aku, baju merah itu ayahanda aku dan sebelahnya kawan baiknya.

Antara tetamu yang hadir.

Ini pula bahagian jual beli. Ada yang membeli dulu baru makan. Ada yang makan baru beli. Aku lepas makan baru terjah tempat ni. Melayang jugak RM.

Bila aku ada budak baju ungu tu memang aku culik. Hehehe. Mak apak dia sibuk melayan tetamu, jadi Naura dengan obeklah. Obek kan menumpang kasih dengan Naura. Hehehe. Obek jangan over hokey.

Salam pena,



Wednesday, February 17, 2016

Mari Sertai Butik Vendor Little Nana

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sudah makan tengahari ke? Aku baru je selesai menghadamkan mee basah yang dibawa dari rumah. Datang rajin bawaklah bekal. Di samping itu bolehlah kita meneruskan misi berjimat cermat. Mukadimah sikit sebelum meneruskan dengan entri ini.

Baiklah, mari sertai Little Nana sebuah butik vendor yang menjual barangan ibu dan anak khususnya. Buat warga Melaka dan sesiapa sahaja boleh menjadi vendor kepada Little Nana. Masih terbuka lagi. Little nana ini kepunyaan adik aku yang dokingsi bersama rakannya.

Di mana lokasinya?

No. 20-1, Kompleks Perniagaan Musai Bistari, Jalan KPMB 1, Bukit Piatu, Melaka.
Ini link lokasi Little Nana.
KLIK SINI.

Buat warga Melaka, lokasinya berhadapan dengan Jakel dan Stadium tun Fatimah. itu landmark berdekatan. Lagi senang dekat dengan kedai Sugarscarf yang baru dibuka.

Boleh juga hubungi mereka ini untuk apa-apa urusan yang berkaitan dengan Little Nana.

019-3411986 (Faez)
017-6064868 (Nana)

Little Nana masih mencari vendor untuk mengisis slot-slot yang kosong. Barangan ibu dan anak khususnya. Mari beramai-ramai sertai Little Nana. Slot serendah RM30. Di samping menjual barangan ibu dan anak, Little Nana juga mempunyai kafe yang menjual pelbagai jenis makanan.

Ini antara menu yang ada di Little Nana. Sesiapa yang mahu mencuci mata di Little Nana boleh singgah santai-santai sekali di kafe mereka. Di samping mencuci mata, pada yang menjalankan perniagaan tetapi tidak ada tempat bolehlah sertai Little Nana.

Buat masa ini, itu sahaja yang ingin dikongsikan. Maklumat lanjut selain di entri ini, bolehlah terjah page FB Little Nana di SINI serta Instagram Little Nana Concept. Bolehlah diwar-warkan pada rakan taulan kalian. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Rabu Menjelma

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Malam tadi kononnya mahu menulis blog tetapi penyakit M yang bermaharajalela dalam diri mematikan hasrat itu. Sudahnya aku buat kerja rumah, buat homework dengan anak-anak, kemas dapur, jemur baju, tidurkan anak-anak, tepat jam 12 aku pun mengambil tempat di pembaringan.

Letih. Seharian di pejabat kemudian sambung tugas seorang mak pula. Ini tengah pening nak cari tempat mengaji untuk anak-anak sebab ustazah dia orang berpindah ke Terengganu. Alahai...

Nikmatnya bila dapat merenggang urat-urat badan. Jam berapa aku lena pun aku tidak pasti tetapi alhamdulillah malam tadi dapat lena. Sebelum tu aku tengok episod-episod lepas Cinta Si Wedding Planner. Semalam dah episod akhir. Suka sangat tengok ending gitu.

Hari ini sudah rabu. Kenapalah aku rasa ahad nak sampai ke hari khamis tu begitu lambat sekali. Bila khamis ke ahad tu pantas aje.

Makan malam aku bersama anak-anak. Dah dua malam aku masak ringkas macam ni. Tekak dok teringin nak makan mee basah air tangan sendiri. Makanya terhasil mee basah sendiri. Ada sekali tu, anak-anak dah masuk tidur. Perut aku pula berdendang bukan main rancak. Sudahnya ke dapur dan mulalah aktiviti menumis hingga ke sudah.

Begitulah kisahnya sepanjang hari-hari bekerja dan hari anak-anak bersekolah. Tunggu hujung minggu masa bersantai bersama keluarga dan misi mengemas rumah yang belum ada penyudahnya. Bila mau habis? Entahlah...

Salam pena,



Monday, February 15, 2016

Kembali Dengan Tugas Hakiki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Sejak dua menjak ini, mood saya memang ke laut. Saya? Selalu bahasakan diri aku. Dan dan mood ke laut kau menjadi tersangat bersopan santunnya. Alahai. Perlu ke laut selalulah nampaknya untuk mengekalkan imej sopan santun dalam diri.

Aduhai...

Banyak kerja aku yang terbantut sebenarnya. Dari kerja menulis blog, menulis sesuatu, melakukan projek bersama bff yang belum nampak jalan ceritanya. Macam-macam mahu dikejarkan. Bila semangat sedang menggunung dalam diri, ada saja perkara yang membantutkan. Akhirnya mari membantutkan diri.

Kata seorang teman, tu dugaan.

Jalan balik. Orang dah laju ke depan.

Kena laju. Jangan lemah semangat. Hati kat dalam tu kena kuat.

Begitulah kata-kata semangat yang cuba diberikan. Adakalanya kata-kata semangat seseorang yang boleh memberikan kekuatan pada diri seseorang. Betul tak?

Pernah rasa tak?

Jangan pula orang sedang dibelenggu masalah, kita tambah dengan kata-kata yang menjunamkan dirinya. Ada juga begitu. Jadi jangan tersalah pilih tempat meluah.

Minggu ni sudah kembali dengan tugas hakiki. Anak-anak sudah kembali ke sekolah. Tugas hakiki menghantar anak-anak kembali. Kemudian berkejar-kejaran pula ke tempat kerja. Begitulah tugas hakiki yang aku pikul. Pejam celik sudah masuk lima bulan kut.

Apa-apa pun saya suka dengan tugas saya. Ada hikmah begini. Mungkin. Siapa yang tahu kan. Walaupun adakalanya kita merungut dek kerana kepenatan.

Saya sedang mengumpul kembali kekuatan dan semangat yang menghilang. Diseru-seru banyak kali namun belum kunjung tiba. Mohon kembali ke pangkuan.

Salam pena,



Thursday, February 11, 2016

Mood Sendu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hari ini aku cuti lagi. Ini bermakna dah dua hari aku ambil cuti rehat tanpa sengaja. Jadi jumlah cuti dari sabtu lepas adalah sebanyak enam hari. Heaven sangat. Duduk rumah lama-lama dah malas nak naik kerja. Fefeling jadi surirumah tangga sepenuh masa. Esok kembali bekerja jika tidak ada aral melintang.

Bila duduk di rumah macam-macam kerjaan yang nak dibuat. Mengemas sana, mengemas sini. Itu pun bukan sepenuhnya habis dikemas. Maklumlah banyak sangat iklannya. Dapur je aku dengan asben dapat kemas kabinet dapur. Buang segala sampah yang ada dalam kabinet tu.

Kebelakangan ini, mood sendu sebab telefon bimbitku rosak. Asben baru hantar kedai semalam. Jadi tak ada whatsapp buat masa ini. Hibernasilah nampaknya. Bila telefon tak ada serba tak kena hidup. Buat masa ni guna telefon biasa. Janji boeh call dan mesej.

Mood sendu yang lain bila semalam meja kopi aku pecah. Memang sendu gile. Kebetulan kami bertiga kat dapur tiba-tiba terdengar-dengar bunyi benda pecah. Sekali! Nak meraung pun tak guna. Dalam kepala dok fikir macam mana boleh tiba-tiba meja tu pecah. Rupanya kristal lampu aku putus dan jatuh atas meja kaca tu. Bercinta nak mengemas semalam.

Godek-godek dalam komputer ada pula gambar meja kopi aku. Tinggal kenangan. Baru je aku beli alas meja ahad lepas. Dalam kepala tengah fikir nak beli meja kopi. Nak beli meja kopi, nak beli meja kopi. Tunggu gajilah nampaknya. Itu sahaja kisah sendu aku. Sabarlah. Inilah dinamakan dugaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Saturday, February 6, 2016

Hujung Minggu Yang Ditunggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat pagi sabtu. Pagi yang tenang. Pagi ini kami tidak keluar untuk bersarapan, suami keluar beli makanan aje sebab kami menunggu orang datang untuk pasang lampu. Nak ke hari sabtu memang teramat seksa bagi aku. Hitung punya hitung dari isnin. Mana dengan sinki dapur tersumbat. Stress mak nak.

Hujung minggu ni memang ditunggu-tunggu sebabnya cuti panjang. Dapatlah meluangkan masa kami empat beranak selama empat hari ini. Macam-macam perancangan sepanjang empat hari ini. Antaranya mahu kemas rumah. Sejauh manakah misi ini akan tercapai sama-sama kita nantikan.

Semalam roomate dah balik ke pangkuan. Dia balik semalam siapkan kerja sebab ahad nak cuti. Dia tapau murtabak. Sedap. Licin kita orang makan.

Semalam lepas balik kerja aku singgah Family Store beli lauk untuk masak-masak cuti ini. Menu apakah yang mahu dimasak? Kita tunggu...

Lampu-lampu yang sudah siap menunggu untuk dipasang. Kita orang nak pasang downlight dekat ruang tamu dengan dalam bilik tidur utama. Jadi tunggu selepas makeover rumah kita orang yang tidak seberapa ini. Bajet kecik jadi kenalah buat satu persatu. Tak boleh buat sekali harung. Ini pun sudah bersyukur. Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Nanti aku update lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,