Monday, December 28, 2015

LEVITASI : Fynn Jamal, Zizi Kirana, Kaka Azraff

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam isnin dan selamat kembali bekerja setelah empat hari bercuti hujung minggu yang panjang. Nikmatkan. Seronok bila duduk di rumah, dapat bersama insan-insan yang kita sayang sentiasa ada di depan mata.

Hujung minggu macam biasalah sibuk ke hulu ke hilir. Hinggakan tak perasan waktu yang berjalan. Sedar-sedar sudah menjangkau ke malam. Baiklah, kembali kepada tajuk. aku kongsikan lagu yang aku dengar di radio. Pendek kata sudah menjadi lagu kegemaran. Mula-mula tak tahu siapa yang nyanyi bila aku cari rupanya Fynn Jamal nyanyi.

Inilah gabungan tiga orang penyanyi wanita yang mendedangkan lagu ini. Memang mantap dan terbaik gabungan mereka bertiga dengan kekuatan suara masing-masing.

Aku tercari-cari juga maksud Levitasi. Aku dapat jugak maksudnya dari blog INI.

FAQ: levitasi = levitation. keterapungan. yakni merujuk perasaan yang tergantung dalam separa sedar.

kerana hakikatnya di situlah kita. di antara.

antara hidup dan mati. antara dunia dan akhirat. antara bayangan dan realiti.

kita semua masih belum sampai-- selagi nyawa belum tercerai.

Intro (Fynn Jamal)

demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam...aku...berani...
manusia terlalu perlu berkelompok
kalau sendiri serasa mati
tetap aku tak sudi beramai
aku berani...aku berani...
(levitasi)

Verse 1 (Fynn Jamal)

lima belas ribu tiga ratus dua puluh empat saat
aku hitung akhir detik kita dekat-dekat
masih aromamu kuat sitrus yang melekat
akal berselirat urat ke belikat sarat
ku tak pasti apa terjadi
sumpah ku tak pernah begini
tolong khabarkan, cara lekaskan
cepatkan, pantaskan masa berjalan
kau sesungguhnya ketagihan

biar satu dunia terbutakan matanya, pandangnya
biarkan, mungkin pada mereka kau tak terlihatkan
jasadnya, biarkan
perlu apa dihebahkan
bukannya pertandingan
yang terpasti, kau di sisi
yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...

Verse 2 (Kirana)

sunyi, lari, dengan hingarnya cinta yang kau bawa, sini
meski ku sendirian menongkah, seorangan menadah
ku tak lagi terkejut, terhinjut, diserabut berserah pada ribut
cukup kita tahu apa yang kita tahu
cukup dengan cukup apalah orang tahu
terapung, tergantung ke langit hujung berdua ke tua cinta diusung

dunia bagai membubuh matanya di depan aku
mencari cela, silap, hina dan gelap aku
seakan menyuruhku berhenti bergemuruh
bila beransur guruh berlabuh di langit tujuh
perlu apa dihebahkan, bukannya pertandingan
yang terpasti kau disisi, yang ku rasa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...


(Bridge : Puisi Fynn Jamal)

entahlah tentang manusia...
mungkin pada riuh...datang kekebalan...
mungkin pada bising...muncul kekuatan...
maka riuhlah, maka bisinglah
aku tak hairan
angin kencang aku tak takut
dengar aku jerit pada langit, gunung, rimba dan laut
aku berani...aku berani...

Verse 3 (Kaka)

kotakan nawaitu
katakan nan hakiki
madunya masih ditagihi
dari tabir balaclava ku dihakimi
masih digembala rejim yang menzalimi
ay...nyalakan pelita hindari kegelapan
nantikan cahaya nur bergemerlapan
di petala lapan emas berdakapan
nantikan keberangkatan

dalam perjalanan
dengar lagu Rindu
senandung lama yang memilu
dihargainya satu, dibencinya seribu
restukan ekstradiksi ke halaman nibiru
sakti dan magika mainan seketika
di persada kalachakra jangan leka
demi kebebasan, esok yang merdeka
hati terbang mencari yang esa

Chorus

levitasi...
hadirmu membawa misteri...
ku terpisah dari bumi...
terapung
di awang-awangan...
bersama kita keasyikan...
rasakan levitasi...




Dengarkanlah lagu mereka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Sunday, December 27, 2015

Majlis Resepsi Sebelah Perempuan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pagi ahad. Ahad yang penuh keceriaan. Harap-haraplah kan. Hari ini aku menjadi baby sitter. Dah lama aku tak menggelek anak kecik. Perasaan teruja tu berleluasa dalam diri. Baiklah, aku nak teruskan dengan entri sambungan perihal perkahwinan adik ipar aku.

Sabtunya, majlis sebelah pihak perempuan. Seperti biasa adik beradik dah mestilah kena follow jadi orang sebelah. Kita orang keluar rumah lebih kurang 12.00 tengahari. Dah janji nak tunggu kat Masjid Durian Tunggal.

 Kami pada hari tu. Asben tak pandang pula.

 Kali ni baru pandang tapi Adriana pula yang tak masuk. Muka aku tu terlebih nur pula.

 Berderet yang lain menunggu kat belakang. Beginilah kalau gaya konvoi kan.

 Sampai sudah kami di rumah perempuan dan tunggu masa untuk berarak.

 Mak aku yang berbaju hijau. Yang lain sedara mara.

 Pengantin ready to go!

Dua orang biras. Adik dan kakak.

 Pengantin sudah diarak dan kita orang follow belakang je.

Sebelum masuk kena bayar tol.

Selesai bersanding kami dijemput makan.

Lagi adik kakak bergambar. Tu hah abang sado mana yang menyibuk.

Sebelum pulang kami bergambar bersama pengantin. Bertambah sudah ahli baru.

Ini rupa kek pengantin yang sempat aku tangkap gambarnya. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Bersambung lagi di lain entri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Saturday, December 26, 2015

Majlis Pernikahan Dan Malam Berinai Adik Ipar

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Ini adalah entri yang berkurun dalam draft tapi tidak ditulis-tulis. Entah kenapa susah sangat nak ditulisnya. Mana taknya tiap kali datang semangat nak menulis ada aje gambar yang tak cukup. Maklumlah ada tiga kamera digunakan untuk merakamkan peristiwa hari tersebut. Mana DSLRnya, kamera hp asben dan kamera hp aku. Aje gila nak memilih gambar. Hehehe...

Baiklah, pagi ini aku gigihkan jugak menulis entri ini. Kisah dua bulan lepas. Tak apalah janji belum melangkau ke tahun depan. Baiklah aku upkan kisah perkahwinan adik ipar aku sebelum tahun 2015 melabuhkan tirainya.

Kami tiba di rumah pengantin dalam jam 3.00 petang. Nikah selepas solat Jumaat.

Sewaktu ini majlis pernikahan sedang berlangsung.

Pengantin perempuan.

Itu adik ipar aku sedang berdebarlah agak aku. Selagi tak menghenjut tangan tok kadi.

Kak ipar pula sedang berliburan di luar tanpa rasa berdebar. Hah! Debar kak ipar dah sembilan tahun berlalu. Jadi kak ipar kejap-kejap bergambar.

Waktu makan. Maknanya selesai menghenjut tangan tok kadi. Kak ipar dengan senang hati pergi makan sebab kebulur yang aku ingat masa tu. Maklumlah dari pejabat. Kerja sekerat hari aje hari tu.

Okay, itu adik biras. My best friend, my best sister, my best best best among the best. Hah melangit sangat bestnya. Hahaha...Berkongsi rasa dengan dia. Dia tahu aku, aku tahu dia.

Ini pengantin juga. Pengantin baru sembilan tahun. Sedondon pula kam laki bini hari tu.

Inilah keluarga belah mak mertua aku.

Pengantin dengan mak masing-masing.

Ini sebelah malamnya. Ada majlis berinai.

Asben dengan ammar menepung tawar. Kenapa tawar erk? Kenapa tak manis? Merepek ajelah kau ni.

Itu ayah aku. Ayah aku memangr rajin bab-bab ni. Kalau mak aku tak dipaksanya memang tak ada dia inginlah. Huh! Tarik nafas lega sebab aku dapat siapkan entri ini. Maka kena siapkan entri bertandang dan kenduri belah lelaki. Mampu ke idok? Kita tunggu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Outing Bersama Bonda Dan Anakanda

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam sabtu. Uwahhh kejap sudah ke hari sabtu. Adoi duduk rumah keluar masuk rumah tak rasa cutinya pun. Bila tak kerja sibuk pula dengan hal rumah. Hal rumahlah, hal anak-anaklah, hal lakilah. Itu belum hal-hal lain yang datang mengendeng dan hal yang menyibuk. Letih tetapi hati tenang bila orang yang kita sayang ada depan mata. Iye dak? Poyo je kau.

Baiklah, ini kisah baling belakang. Rabu lepas, bonda aku hantar mesej whatsapp sewaktu aku sedang sibuk di pejabat. Sibuk ke atau jadi penyibuk. Huh! Bonda kata mahu ke Tesco beli ubatnya di Nadira Shoppe. Okay, balas aku pendek. Tengahari tu aku telefon suruh siap-siap jadi aku sampai rumah kita boleh zasss keluar. Hah gitu kekdahnya. Jimat masa di situ. Settle beli barang dan aku yang tidak merancang membeli turut sama sekali terjebak hari tu. Maklumlah pula hari gaji. Aku pergi rembat sehelai baju kurung siap, pastu anak-anak aku pula rembat beg kecik nak bawak berjalan ke Rompin masa tu. Selesai membeli kami mengisi perut pulak.

Gegar pula gambar minah ni.

Peace yo! Mamat ni memang suka makan. Semedang lapar.

 Ini menu untuk anak-anak aku.

Ini pula untuk aku. Tom yam kung. Pedas gile. Berdesing telinga aku menghirup kuahnya tapi sedap. Makan tetap diteruskan walaupun hidung sudah mula berair. Itu sahaja kisah outing aku bersama bonda dan anak-anak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Review Novel Illina?Oh Irdina

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam. Eh jam sudah menunjukkan ke angka 12.27 pagi. Selamat pagilah kan. Aku macam biasa. Waktu-waktu ini adalah masa untuk aku melakukan aktiviti sendiri. Menulis blog, melakukan tugasan dan kadang membaca. Anak-anak sudah tidur, masa untuk emak pulak bersosial di rumah. Hehehe...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Dua tiga hari lepas, aku beli sebuah novel bertajuk Illina?Oh Irdina. Nampak di FB. Adalah orang share dan kongsikan serba sedikit sedutan daripada novel tersebut. Nampak menarik aje dan aku terus pm penulisnya iaitu Sutra De'wangi di FB. Sebelah pagi order kemudian petang tu penulisnya kata sudah pos dan hari rabu aku terima kalau tak silap aku.

Jadi, hari khamis kan cuti Maulidur Rasul. Hari tu lah baru aku mula membaca novel tersebut. Mula-mula cuak gak kut tak best ke kan tapi bila mula baca Bab 1 laju aje aku meneruskan ke bab-bab seterusnya. Menarik jugak jalan ceritanya. Tak kenal penulisnya pun tak apa janji ceritanya menarik. Betul tak? Dan aku sudah pun menghabiskan novel ini yang setebal 424 muka surat. Mencatat rekodlah. Sepanjang aku baca novel paling kurang pun lima hari barulah terkial-kial nak habis. Ini tidak! Semalam aku baca dan hari ini aku baca hingga penamatnya.

Inilah rupa novel Illina?Oh Irdina.

Titipan daripada penulis Sutra De'wangi. Sesuatu sangat ucapannya itu. Sesuai sangat kut dengan aku.

Baiklah serba-sedikit tentang novel Illina?Oh Irdina ini. Kisah Irdina yang bekerja di bank. Dia dibesarkan oleh uwannya dan uwannya di kampung pula bercadang mahu menjodohkan Irdina dengan Udo Jahar yang Irdina panggil U.J. Kemudiannya Irdina bertemu dengan Shawn seorang lelaki cina yang suka berkain pelekat sewatu Shawn datang ke bank. Shawn pula kerjanya sebagai DJ radio. Semenjak Irdina bertemu dengan Shawn, macam-macam benda yang jadi padanya. Shawn sudah jatuh hati dengan Irdina sebenarnya. Begitu juga dengan Irdina tetapi sebab Shawn selalu mengenakannya jadi ego Irdina menutup segalanya.

Memang tersenyum-senyum aje tatkala aku membaca setiap bab yang ada terselitnya si Shawn dan Irdina ni. Ada aje babak yang mencuit hati.

Ini pula cover belakang novel. Covernya pun nampak menarik.

Gambar ini aku ambil dari FB Sutra De'wangi. Pinjam ye! Inilah gambaran Shawn, Irdina dan U.J. Korang boleh terjah FB beliau di SINI pada sesiapa yang berminat mahu membeli novel ini. Cubalah beli. Pada aku memang terhibur kerana ceritanya ringan dan penulisannya begitu santai. Jadi dapatlah menghiburkan hati dengan membaca novel ini. Hilang kejap stress yang membelenggu diri. Hehehe... Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Friday, December 25, 2015

Meraikan Ulangtahun Ke 9 Tahun

Assalamualakium dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru dapat melunjur kaki. Dari pagi sibuk dengan agenda kami empat beranak. Dalam sibuk sempat melayan sebuah novel mencuit hati.  Ke hulu ke hilir aku bawak novel tu dari semalam. Nanti aku cerita novel apa ya.

Petang semalam aku menanti dengan setia kepulangan lelaki si hitam manis. Jam 6.00 petang barulah dia tercongok di depan pintu. Itulah rutin kami sejak tiga bulan lepas. Sadis untuk diri sendiri. Kami laki bini sudah rancang malam tadi nak makan di luar. Bukan rancangan sang suami tapi cadangan sang isteri. Hah! Anak dara dah lama merengek nak makan pizza. Jadi sambil tu menyelam minum air. Kita raikan ulangtahun papa dan mama yang ke 9 tahun.

Dua orang lelaki kesayangan saya. Eh tetiba sopan pulak bersaya bagai.

Spageti ni untuk hero kecik.

Order garlic bread untuk dimakan bersama mushroom soup.

Pizza yang kami order entah apa ke namanya.

Anak dara aku malam tadi entah angin kus-kus mana datang sampuk. Keluar nak bertudung. Dia dah sound aku. "Mama banyak koleksi tudung. Nana ada tiga helai je." Baiklah lepas ni kena beli tudung untuk dia pulak. Kalau tak mahu sedas lagi kena.

Datang makan kat sini aku mesti order Spageti Aglio Olio. Sedap. Tak tahulah kut tekak orang lain. Syukur masih lagi diberi peluang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta. Ahaks... Itu sahaja entri ringkas petang ini. Ini pun taip guna ipad sambil golek-golek. Heaven sangat! Heaven mendenya kejung jari-jemari aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim