Saturday, November 15, 2014

~Menikmati Makan Malam~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam sabtu. Pembuka bicara untuk pagi sabtu yang osem ini. Siapa yang tak seronok bila tiba hujung minggu. Waktu untuk bersantai di rumah bersama keluarga tersayang. Aku memang ternanti-nanti kedatangan hujung minggu. Letih nak mengadap lima hari bekerja. Stress di tempat kerja makin menjadi-jadi. Bila balik ke rumah, tatap 3A sudah cukup menghilangkan segala tekanan. Mungkin dah lama sangat aku kat situ.

Malam tadi, seperti biasa bila esoknya cuti mulanya kita orang empat beranak gatal kaki nak merayap. Hujan-hujan pun sanggup keluar. Pergi makan. Sejak kebelakangan ini, bila hari-hari masak di rumah beras cepat habis. Yang tinggal tu boleh dua kali lagi masak. Gaji lagi seminggu lebih. Petang ni kena tambah sedikit barang dapur.

Jadinya, malam tadi pusing-pusing cari tempat untuk mengenyangkan perut. Hujan lebat yang membasahi bumi menambahkan gelodak perut yang makin rancak berdendang. Sudahnya ke Bukit Baru dan makan dekat situ. Lama juga kita orang tak makan kat sini.

 Oleh sebab hujan, kita orang duduk dekat dalam. Kebiasaannya lepak kat luar je.

Kedai ni yang femes menunya adalah mee basah. Aku order keow teow basah. Uhhh nikmat sekali makan panas-panas.

Abang jebat aku makan sup kambing. Dia tu tak sudah-sudah dengan kambingnya. Nanti ngadu sakit kepala.

Mee sup untuk anak-anak. Pesan satu kongsi si kakak dan adik. Kakak tu pesan bukan main nanti bukan habis. Adik yang tukang habiskan. Hehehe...Adik dah makan beberapa suap si kakak baru dok belek-belek mee. Nana oh nana. Itu sebab dia kerempeng. Bukan aku tak bagi dia makan. Tapi sekarang sekurang-kurangnya dia berselera makan berbanding dulu.

Itu sahaja entri yang boleh aku terbitkan untuk pagi ini. Akan menyusul entri-entri yang lain untuk dikongsikan. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

Friday, November 14, 2014

~Mesyuarat Agung Persatuan Bawean Melaka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Baru sempat nak menerbitkan entri. Sejak akhir-akhir ni mood menulis merundum. Ke laut.Ceritanya ada tapi ayat-ayat untuk ditulis seakan terbantut untuk dikeluarkan. Segan-silu gamaknya.

Ini cerita ahad lepas, aku menghadiri mesyuarat agung Persatuan Bawean yang diadakan kali ke-22 tetapi aku barulah pertama kali menyertai. Sejak dah masuk 30an ni, tiba-tiba nak bercampur gaul dengan orang. Tapi tengok keadaan majlis tersebut. Aku ni memang tak suka bersosial. Hahaha...

Okey, aku memang adalah keturunan orang Bawean. Tulen ye memandangkan mak dan ayah aku berketurunan bawean jugak. Anak-anak aku dah tak tulen. Sudah dikacukkan. Hehehe..Sebabnya asben aku melayu. Haha...Tak kacuk omputih kacuk indon pun jadilah. Mari tengok gambar sepanjang aku berada di sana.

Kain rentang. Mesyuarat diadakan di Hotel Pantai Puteri.

Sampai-sampai terus makan. Sudah ramai mengerumuni di luar dewan.

Ini antara tetamu yang baru nak makan.

Selesai makan, aku dan adik ke meja pendaftaran.

Budak berdua ni ikut. Dah kebosanan macam-macam peel masing-masing. Jadi nak hilangkan tahap kebosanan mereka yang terlampau suruh beraksi depan kamera.

Aku dan adik ipar.

Inilah suasana di dalam dewan sebelum mesyuarat bermula. Ketika ucapan diberikan ada jugak bahasa bawean yang digunakan jadi kenalah diterjemahkan kepada asben. Aku setakat dengar memang boleh faham nak cakap tu masih belum lancar. Ayat yang senang bolehlah aku gunakan. Itu sahaja entri petang ini. Entri akan datang aku akan terangkan apa itu bawean? Sebab ada beberapa orang yang bertanyakan hal ini. Ada sesiapa yang pernah dengar tentang bangsa bawean ni?

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

Wednesday, November 12, 2014

~Lapan Tahun Di JKMN~

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad Myra Mokhtar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Pagi yang agak dingin dan semoga ada ketenangan sepanjang hari ini. Walaupun diri agak kalut kerana dibebani kerja yang ada masalahnya sendiri, tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. Memang serabut bila tengok meja sendiri. Diberi tempoh dua minggu untuk siapkan. Okey, mesti boleh. Positif!

Berbalik kepada tajuk, tanggal 9 November yang lepas adalah tarikh aku melangkah masuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Mula melaporkan diri pada 9 November 2006 dan kini sudah lapan tahun di jabatan ini. Berpindah dari KKLW Putrajaya dan bertukar ke Melaka.

Diri aku setelah lapan tahun berkhidmat di sini. Aku masih seperti dulu. Tekanan kerja biasalah, di mana-mana mesti ada. Memang pada awalnya agak rumit untuk menangani namun lama-kelamaan sudah lali. Nasib punya kawan yang memahami. Ada seseorang yang selalu aku berkongsi suka duka pada awal aku melapor diri hingga kini. Semoga persahabatan kami berkekalan dan berlandaskan kejujuran. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Tuesday, November 11, 2014

~Berhujung Minggu Di MIBC~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi buat semua pembaca yang singgah di sini. Salam pembuka bicara setelah tiga hari membiarkan blog ini sepi tanpa entri. Hujung minggu yang lalu mencatat rekod kerana tidak mengadap komputer langsung. Walhal ada tugasan yang menanti. Namun, oleh disebabkan kerja-kerja rumah menanti kemudian menghabiskan masa di luar rumah jadi memang tidak sempat nak menulis entri.

Sabtu lepas, sebelah petang usai makan tengahari, asben ajak aku dan anak-anak main bowling. Wah! Memang masing-masing melompat-lompat. Anak-anak je yang melompat girang. Aku tidakler. Buruk rupanya. Jadi siap-siaplah. Sebenarnya malam sebelumnya memang kita orang ada ke MIBC tapi punyalah ramai umat manusia membanjiri di situ. Maka hasrat itu dimatikan aje. Anak-anak kecewa. Maknya lagi kecewa berganda. Hahaha...

Marilah tengok gambar. Menceceh dah berjela-jela. Biasalah mukadimah aku selalu memang panjang lebar. Kalau tak menyimpang dari tajuk memang tidak sah.

 
Waktu ini baru sahaja sampai di perkarangan MIBC. Bergambar dulu sebelum turun.

Dapat lane 17. Main sampai dua frame.

Mamat yang kecik tu bersemangat hari itu. Papa hantar sampai ke depan dia cuma membaling aje.

Kebetulan, biras aku nak hantar barang. Oleh sebab kita orang tak ada kat rumah, makanya dia terjah ke MIBC jugak. Join sekali main bowling. Biras aku tidaklah sebab berbadan dua.

Waktu bersama keluarga adalah waktu yang sangat berharga.

Giliran kakak nana pula.

Bergambar dengan biras aku yang sedang mengandung 7 bulan.

Tengok mamat ni. Beria tengok bola. Waktu ni dia tak perasan papa dah tak ada kat belakang dia. Pusing-pusing tengok tak ada orang kemudia malu sendiri. Geli hati tengok gelagat ammar. Akan merindui saat-saat begini.

Itu sahaja perkongsian untuk pagi ini. Sekadar bercerita untuk dijadikan kenangan pada diri sendiri dan juga anak-anak. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

Friday, November 7, 2014

~Ikhlaskan Hati Memaafkan~

Teks : Fyda Adim
Foto : IG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Salam jumaat yang sudah menjengah ke petang. Baru sempat mahu menjengah blog kesayangan. Semalam ketiadaan masa dan juga emosi. Huhuhu...Tengahari tadi sempat mencuci mata di luar. Adalah membeli sesuatu yang menjadi kesukaan.

Berbalik kepada tajuk, memaafkan orang yang menyakitkan hati. Berdoa supaya sentiasa bersabar dan ikhlas memaafkan orang-orang itu.

Ya Allah, lembutkan hatiku supaya dapat memaafkan mereka. Dia dan dia yang pernah melukakan hatiku ini. Hanya Allah yang mengetahui hati dan jiwa mana yang disakiti. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Wednesday, November 5, 2014

~Majlis Kenduri Aqiqah Farahnoor Alya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Bersambung erntri kenduri aqiqah. Kalau semalam aku cerita mengenai persiapan di pihak aku, hari ini pula entri sepanjang majlis berlangsung. Untuk makanan, biras aku tempah katering aje. Senang katanya dengan ketiadaan kakitangan. Dia pula berbadan dua. Lagilah membataskan segalanya.

Majlis bermula selepas solat zohor. Sebelum itu diadakan kenduri arwah ayah mertua. Mak mertua nak buat sekali. Panggil orang masjid taman tempat mak mertua tinggal.

Inilah menu untuk hari itu. Masakannya sedap sekali. Terbaiklah.

Ini candy booth hasil ciptaan aku dan biras.

Ini apam polkadot yang aku tempah.

Lauk dihidangkan untuk orang masjid yang berada di dalam.

Antara tetamu yang hadir. Macam kenal aje mamat yang berdiri tu. Abang jebat saya lah. :D

Para tetamu sedang menikmati makanan.

Berselfie dengan anak daraku.

Kemudian berselfie dengan dua anak dara ini. Yang itulah Farahnoor Alya. Dia dan nana memang tidak boleh terpisah. Best cousin for ever.

Sudah ke hulu ke hilir buat kerja, aku dan asben duduk di suatu sudut di luar rumah. Inilah kerjaan kita orang berdua. Anak-anak entah hilang ke mana. Dah jumpa kengkawan, mak dan pak pun tak dipandang. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,