Sunday, September 21, 2014

~Ulasan Buku Tetamu Istimewa~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Sudah beberapa kali tertangguh untuk menyiapkan entri ini. Ini adalah entri tugasan buatku. Tugasan untuk apa? Rahsia. Aku disuruh membuat ulasan tentang buku Tetamu Istimewa karya Cikgu Mohd Helmi Ahmad. Sejak aku kembali berjinak-jinak dengan hobi zaman sekolah, banyak novel dan buku-buku aku beli. Walhal ada buku yang belum terusik. Kekangan masa mengatasi segalanya namun masih lagi mencari peluang dan ruang untuk membaca.

Suatu hari, kebetulan aku menerjah blog Cikgu Helmi ini, terus berminat mahu membeli bukunya bertajuk 'Tetamu Istimewa' yang menghimpunkan cerpen-cerpen remaja. Aku ni dah jauh sangat umurnya kalau hendak digelar remaja. Tapi sesekali ubah selera membaca, apa salah kita meremajakan diri kita semula. Ada kawan panggil aku 'remaja purba'. Katanya. Marilah aku ulas serba sedikit tentang buku Tetamu Istimewa ini.

Buku bertajuk Tetamu Istimewa ini menghimpunkan sebanyak 15 buah cerpen hasil penulisan kreatif Mohd Helmi Ahmad. Tajuk buku ini diambil daripada salah satu tajuk cerpen yang terkandung dalam buku tersebut. Pertama kali aku membaca buku yang dihasilkan daripada seorang lelaki. Selalu aku beli penulisnya perempuan. Cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku tersebut adalah :-

1) Rancanganku Rancangan-Mu
2) Kedondong untuk Cikgu
3) Tetamu Istimewa
4) Mercun dari Kuala Lumpur
5) Bunga Telur Kenduri Kahwin
6) Kuih Bakul Limau Mandarin
7) Haruan di Pinggir Sawah
8) Pusaka Tanpa Nilai
9) Piala Penentuan
10) Rombongan Masuk Jawi
11) Setitis Budi, Semarak Kasih
12) Hanya Geran
13) Pulut Durian Santan Kelapa
14) Muhammad al-Islam
15) Tentang Waris

Secara keseluruhan, cerpen-cerpen yang terkandung sangat menarik dan digarap cantik. Kagum dengan idea-idea penulis. Cerpen-cerpen yang terkandung mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, nilai-nilai murni dan bertemakan kasih sayang yang sesuai dengan diri remaja. Antara cerpen yang aku suka Setitis Budi Semarak Kasih. Kisah pengorbanan seorang ayah dan anaknya yang sentiasa memikirkan tentang ayahnya.

Selain cerpen itu, Kedondong untuk Cikgu dan Haruan di Pinggir Sawah juga menarik. Kisah konflik antara cikgu dan anak muridnya. Namun konflik tersebut akhirnya dapat dileraikan. Dan cerpen Tetamu Istimewa pun membuatkan aku terfikir sejenak apakah yang dimaksudkan dengan 'tetamu'. Membaca permulaan cerpen itu membuatkan aku meneruskan pembacaan kerana diri tertanya-tanya apakah itu? Cerpen ini yang unik antara cerpen-cerpen yang lain. Walaupun buku ini tidaklah setebal mana namun aku mengambil masa juga untuk menghabiskannya. Kadang baca sampai tertidur. Bukan kerana buku tersebut tidak menarik tapi memang gitu aku kalau membaca. Cikgu jangan berkecil hati ye.:D

Itu sahaja ulasan aku untuk buku Tetamu Istimewa. Aku tak pandai nak ulas panjang-panjang. Memang tabik dengan idea penulis ini. Semua cerpen-cerpen beliau ada mesej yang tersendiri. Jadi tidak rugilah untuk mendapatkan buku ini untuk dijadikan bahan bacaan kita. Boleh berhubung sendiri dengan penulis di blognya di SINI. Penulis ada buat promosi jualan buku tersebut. Dapatkan segera! Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                   


~Bila Ada Hati~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam pagi ahad sebagai pembuka bicara setelah beberapa hari menyepi. Sepi kerana ada beberapa perkara yang menghantui diri. Mengenangkan ayah di hospital, mengenangkan benda-benda lain. Jiwa kacau. Ada ketika mahu menyendiri. Kebetulan anak-anak pun tidak ada bercuti di rumah neneknya iaitu mak mertuaku. 


Mood aku berhibernasi melayan perasaan. Biarlah tidak guna kita bercakap kalau orang hanya nampak kesalahan itu pada kita walaupun puncanya daripada mereka. Allah yang maha mengetahui. Tak guna kita bertegang leher, bertegang urat. Tak guna satu sen pun. 


Aku berdoa agar hati ini tidak tersimpan perasaan benci itu walaupun terkadang perasaan itu meluap-luap datang menerpa diri. Semoga hati yang terluka ini dapat disembuhkan. Itu sahaja entri pagi ini. Mahu bersarapan. Pagi ini asben buatkan sarapan untuk kami. Thanks hubby!

Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

Thursday, September 18, 2014

~Entri Yang Buat Aku Terharu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kak Mon

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Baru ada kesempatan dan kelapangan mahu menitipkan sesuatu di sini. Niat mahu menulis itu ada namun dibatasi dengan ketiadaan mood. Jadi matikan sahaja niat itu. Petang ini barulah digigihkan diri untuk menulis supaya blog tidak bersawang.

Malam tadi baca blog sifu Monalita Mansor. Memang itu rutinku. Setiap hari akan menjengah blog sifu.  Dalam banyak-banyak entri, entri yang satu ini buat aku rasa terharu. Ada nama blog aku di situ. Suatu penghargaan buat aku. Hehehe...Tapi aku bukanlah blogger otai. Tidak layak digelar sebegitu. Aku hanya blogger kecil.

Apa-apa pun bunga di blog akak saya cilok letak dekat blog saya ye. Terima kasih atas sokongan akak juga pada saya dan berkongsi segala ilmu pada saya. Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Blog,






                                                                                                          


Tuesday, September 16, 2014

~Selamat Menyambut Hari Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua para pembaca blog ini. Tak kisahlah pembaca tegar atau tidak. Aku harap sesiapa yang baca di sini dalam keadaan baik-baik sahaja. Hari ini seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Alhamdulillah, masih lagi bersama. Hari ini kita diberi cuti umum. Semoga sempena cuti ini dapatlah kita manfaatkan bersama.

Akhir kata dariku, Selamat Hari Malaysia 2014. Semoga negara kita akan sentiasa aman agar kita dapat menjalani kehidupan harian dengan tenang. Mudah-mudahan. Kuncinya perlu bersatu hati. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Monday, September 15, 2014

~Cuti Sekolah Bermula~

Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi isnin. Ada sesiapa yang sambung cuti? Aku tak cuti sebab sayang cuti yang berbaki nyawa-nyawa ikan.Mana tahu cuti yang berbaki lebih diperlukan untuk perkara-perkara lain. Minggu ini cuti sekolah. Kali ini kami anak-beranak tidak ke mana-mana. Berehat di rumah saja. Anak-anak pun bercuti di rumah. Waktu aku ke kerja mereka di rumah nenek, petang di rumah sendiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWkpisuaF-MbAohWU3J78Aeh-TxlbA9SlYKdQhnCvLzCYpZadCkCx2jBp7_uk1PuTmkvIa_79iqJ_f_T71Yug22pHTzapfyEwLBrIptgWl0OBA-EJgUqaiyMZsfolX56GtVnAhHPnkhyphenhyphens/s640/blogger-image--1953012404.jpg
Pagi ini ke kerja pun santai-santai. Tidak ada adegan menjerit dan berlari-lari anak di dalam rumah. Ini gambar masa cuti sekolah bulan 3 hari itu. Kami bercuti di KL aje. Tunggulah cuti sekolah bulan november ini. Itu sahaja dan sekian.

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

Saturday, September 13, 2014

~Sarapan Jauh Pagi Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi dan salam buat semua pembaca yang singgah di sini dengan rela hati mahupun secara kebetulan. Salam hujung minggu. Masa untuk beristirehat bersama keluarga tercinta.

Pagi ini sarapan kami empat beranak agak jauh hingga ke Pantai Kundur. Kebetulan mahu menjemput ibu mertua untuk bawa pulang ke kampung. Jadi kami ubah angin, ubah selera. Awal pagi lagi kami sudah bersiap. Membawa perut yang kosong dari Bukit Katil hingga ke Pantai Kundur dan akhirnya kereta kami diberhentikan di salah sebuah warung di Pantai Kundur.


Permandangan dari dalam kedai ke arah jalan.


Inilah sebahagian ruang warung tersebut.


Milo untuk Nana, teh o untuk ammar.


Roti telur ini kepunyaanku. Telah selamat dihadamkan.


Berselera sungguh budak pencinta makanan ini makan. Lapar nasi. Maklumlah malam tadi maknya tak masak nasi. Masak benda lain.


Adriana makan nasi lemak. Seperti biasa bila suruh dia makan pasti ada drama sebabak. Bersabarlah mak. Alhamdulillah, selesai misi sarapan kami di luar. Aktiviti hari ini hantar mak mertua ke kampung, kemudian ke kenduri kahwin dan sebelah petang mungkin berjogging. Itu sahajalah. Lenguh jari jemariku menaip di skrin telefon. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid