Monday, July 14, 2014

~Iftar 9 Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Salam pembuka biacara untuk pagi ini.  Selamat hari isnin dan salam 16 Ramadhan.  Sekejap sahaja kita sudah berada menginjak ke pertengahan Ramadhan.  Sayu rasa hati tatkala Ramadhan semakin berlalu tanpa buat banyak beribadat.  Pasti akan merindui suasana Ramadhan lagi.  Moga diberi kesempatan untuk merasainya lagi.  Lagu raya pun sudah berkumandang.

Seperti biasa, untuk rujukan dan kenangan aku sekeluarga memori beriftar akan sentiasa dititipkan di sini.  Bukan mahu menunjukkan makanan, bukan mahu menunjuk makan di mana tapi sebagai kenangan.  Fikir yang baik-baik, akan datang yang baik-baik juga.

Isnin lepas bersamaan 9 Rmaadhan kami empat beranak berbuka di kedai mamak.  Memandangkan asben kerja petang memang destinasi beriftar hanya di luar.  Jadi destinasi kami empat beranak ke Restoran Asri Ros Merah di Bukit Beruang.  Aku ke sana dulu dengan anak-anak.  Order makanan dan tunggu asben di sana.

 Pilihan aku adalah tosai.  Cicah dengan kuah kelapa itu sangat sedap!

Roti tisu untuk nanammar.
 
 Empat gelas air untuk kami empat beranak.

Ammar gaya peacenya.  Masa ini baru sudah makan seketul ayam goreng.  Katanya macam upin ipin makan.  Penangan kartun betul budak ini sorang.

Budak yang sorang ni susah makan.  Risau dibuatnya.  Tapi aku sudah mencari makanan untuk membuatkan selera makannya seperti ammar.  Nanti aku ceritakan kemudian.  Bersambung lagi di lain entri.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Sunday, July 13, 2014

~Aktiviti Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Salam 15 Ramadhan. Betul tak dah 15 hari kita berpuasa. Semalam dengan hari ini hanya bertapa di rumah. Ada sedikit misi yang perlu dilakukan.


Ini menu berbuka hari jumaat. Oleh sebab asben kata dia berbuka kat opis aku masak ringkas je. Balik kerja macam lipas kudung kat dapur. Siap! Sambal telur, pekasam daging dan sayur goreng.


Semalam masak tomyam, sambal telur dan buat oreo cheese delight. Sedaplah kalau ada cheese. Itu sahaja ceritanya. Nak sambung misi buat biskut raya. Huhuhu...sekian dan wassalam...

Aku penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Friday, July 11, 2014

~Aurat Seorang Wanita~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Salam jumaat dan salam 13 Ramadhan.  Hari ini agak lambat menitipkan sesuatu di blog ini.  Kemalasan melanda sejak pagi tadi.  Entah kenapa.  Aduh! Baru sahaja mahu mempositifkan diri dengan kerajinan tapi tahap kemalasan hari ini melimpah ruah menganggu diri.  Jangan sampai mahu suap makan pun malas itu memang tahap kemalasan yang kritikal.  

Okeylah utnuk tidak mahu ketinggalan update blog untuk hari ini, aku kongsikan di sini mengenai aurat.  Aurat seorang wanita dengan lelaki ajnabi dan mahram.  Mari kita lihat.

Semoga dapat dijadikan panduan buat kita semua.  Ada kalanya kita terlepas pandang hal-hal sebegini.  Bukan kata diri ini baik tapi berusaha menjadi yang terbaik.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

Thursday, July 10, 2014

~Lagu Bila Tiba Nyanyian Ungu~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Salam khamis dan salam 12 Ramadhan.  Sekejap sahaja sudah dua belas hari kita berpuasa.  Maknanya ada 18 hari sahaja lagi mahu ke bulan Syawal.  Semoga kita diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadah dalam bulan yang mulia ini.

Okeylah, marilah dengar lagu Bila Tiba.  Lagu yang sangat-sangat menyentuh hati.  Semoga terhibur!

 
Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu
Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia


Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara


Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati








                                                                                                          


Wednesday, July 9, 2014

~Doaku ( OST Ramadan Jangan Pergi )~



Ya Allah hanya pada-Mu ku bersujud
Matikanlah aku dalam keimanan
Ya Allah hanya pada-Mu ku memohon
Kurniakanlah kebahagiaan di akhirat
Jauh dan lindungi aku dari kejahatan dunia
Manusia yang sering alpa
Mengejar kemewahan dunia
 

Ku tahu suatu hari akan tiba
Waktu untuk aku pergi menghadap-Mu
Ya Allah berikan aku kesempatan
Dalam sisa waktu ini untuk aku bertaubat
 

Sesungguhnya aku berdoa
Agama umat sekian alam
Ampunilah dosa-dosa kami
Oh Ya Allah

 
Pancarkan cahaya kepada seluruh anggotaku
Mataku telingaku hatiku seluruh anggotaku

Ya Allah kabulkan doa-doa hamba
Jantungku bergoncang mendengar kalimah-Mu








                                                                                                          

Tuesday, July 8, 2014

~Resepi Nasi Minyak~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Salam 10 Ramadhan.  Sekejap sahaja sudah masuk hari yang kesepuluh.  Maaflah, pagi ini aku mahu kongsikan resepi nasi minyak.  Aku masak nasi minyak masa hari kedua berpuasa.  Sesiapa pun tahu masak nasi minyak cuma aku mahu letakkan di sini untuk rujukan sesiapa jua.  Manalah tahu untuk rujukan aku sendiri.  Ini cara mak aku ajar.  Aku ikut nak ada yang aku tambah.

Mari kita tengok resepi nasi minyak cara aku masak.  Senang je.  Main campak-campak je.  Tapi ingat lain orang masak, lain rasanya.  Mana samakan? :D


RESEPI NASI MINYAK

Bahan-bahan :

Beras basmathi (sukat ikut sendiri)
Susu cair
Daun pandan
Minyak sapi
Sedikit serbuk kunyit
Sedikti minyak masak
Kiub ayam
Garam

Bahan Tumis :
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 ulas bawang putih - dihiris
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia

Cara-cara :

1)  Panaskan 2 sudu minyak sapi dan satu sudu minyak biasa di dalam kuali.
2) Setelah minyak panas, tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.  Masukkan daun pandan.
3) Sementara itu, dalam periuk nasi kita dah panaskan dan diletakkan sukatan air menigkut beras yang digunakan.
4) Setelah bahan tumis nampak garing dan naik bau, letakkan garam.  Kemudian letakkan sedikit serbuk kunyit untuk mewarnakan nasi.  Kemudian masukkan beras ke dalam kuali.  Gaul mesra.
5) Selepas itu pindahkan beras ke dalam periuk nasi yang berisi air.  Tuangkan setengah cawan susu cair dan juga masukkan seketul kiub ayam.
6) Biarkan nasi kering dan tunggu sehingga nasi masak.
7) Boleh dihiaskan dengan bawang goreng, kismis bila nasi sudah masak.

Itu sahaja entri pagi ini.  Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.  Bolehlah mencubanya.  Lain orang lain caranya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,