Wednesday, May 21, 2014

~Jemputan Daripada Nuffnang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum..^_____^

Selamat pagi semua.  Hari ini senyum meleret sikit.  Surat yang ditunggu-tunggu sudah sampai.  Itu yang boleh tersenyum.  Surat apa? Nantilah aku ceritakan kalau perlu.  Hehehe...Entri ini bukan pasal surat tapi mengenai jemputan daripada Nuffnang.

Rasanya ramai di kalangan blogger yang menerima kiriman emel daripada Nuffnang mengenai jemputan menyertai lawatan ke Kilang Mamee di Melaka.  Setahu aku jemputan ini untuk blogger yang berstatus Glitterati.  Seronok kalau dapat join.  Kalau tak dapat join nanti dengarlah ceritanya daripada blogger yang ikut serta.

Emel ini aku terima jumaat lepas.  Itu pun tengok emel lepas novelis Kak Monalita whatsapp aku pasal benda ini.  Kalau tidak aku pun tidak tahu.  Lepas dah tahu aku uar-uarkan pula pada Mira Mokhtar dan Hanisah Mat Azit.  Masing-masing dapat juga emel begini.  Mira Mokhtar pun dah buat entri pasal ni semalam.  Oleh sebab aku tak nak ketinggalan aku buat tulislah entri ini juga.  Hehehe...Jangan marah ye Mira Mokhtar.

Itu sahaja entri pagi ini.  Nak buat kerja dulu yang berlambak-lambak ni.  Nanti sambung lagi.  Sekian dan wassalam buat semua pembaca yang singgah di blog picisan aku ini.

Aku Penulis Picisan,





                                                                                                                     

Tuesday, May 20, 2014

~Hadiah Untuk Cikgu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum..^___^

Selamat petang semua.  Tengahari tadi lepas sahaja mengisi perut sehingga sendat dek kerana sepinggan maggi goreng aku sempat melelapkan mata untuk seketika.  Sekarang ini waktu rehat adalah masa untuk tidur! Itu kalau tidak ke mana-mana.  Sekarang kalau nak merayau pun waktu rehat hari jumaat.  Panjang sedikit waktu rehatnya.

Nak cerita kisah hadiah.  Minggu lepas kan sambutan hari Guru.  Aku juga tidak ketinggalan menyediakan hadiah untuk cikgu-cikgu Adriana.  Sehari sebelum sambutan Hari Guru bawa Adriana ke Family Store di Melaka Mall.  Bukan main rambang mata si anak dara sorang itu. 

Dan hasil rembatan untuk tiga orang cikgunya.  Cikgu masa ajar 5 tahun pun nak diberinya.  Okey, ikutkan saja permintaannya.

Ini pula selepas dibalut. Esoknya Adriana ke sekolah dengan riang di hati membawa tiga bungkusan ini.  Boleh pula aku terlupa hadiah untuk ustazahnya.  Tengahari jumaat aku ke Romantika belikan ustazahnya hadiah.  Petang itu tidak mengaji tapi aku suruh Adriana hantar ke rumah ustazahnya.  Itulah kisahnya.  Teringat zaman kanak-kanak macam Adriana, mak aku melayan karenah aku.  Sekarang aku pula melayan karenah anak dara sorang itu.  Seronok! Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

~Ketenangan Pagi Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum sahabat-sahabat...^____^

Selamat pagi selasa buat semuanya.  Tak kira pada pembaca tegar atau tidak tegar di blog picisan ini.  Pada pembaca yang rajin meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca.  Komen-komen itu adalah sebagai dorongan sebenarnya.  Entri semalam ada seseorang yang meninggalkan komen pada entri itu.

Komennya berbunyi begini.  Terima kasih banyak-banyak atas kata-kata sokongan itu.  Cuma aku tak tahu orang yang komen ni di kalangan orang yang aku kenal ataupun tidak.  Sekali lagi terima kasih ye.  Jangan serik membaca blog ini.

Pagi ini aku agak tenang dari hari-hari lain yang kadang agak kelam-kabut.  Pagi ini semua agak dipermudahkan dari rumah hingga sampai ke pejabat.  Bangun tadi jam 5 terus tak boleh lelap.  Azan Subuh berkumandang aku terus bersiap-siap dan kejutkan yang lain.  Adriana pun senang bangun.  Tak perlu aku melontarkan vokal tinggi.  Selesai semuanya aku keluar dulu dari asben.  Trafik pun lancar dan aku sampai awal di pejabat.  20 minit awal.  Selalu lagi 5 minit jam lapan baru sampai.  Tercungap-cungap naik tangga.  Hari ini agak santai.  Hari tanpa tekanan.  Harap biarlah sampai ke petang dan untuk hari-hari akan datang.

Renung-renungkanlah kata-kata di atas.  Menerima kekurangan menjadi kelebihan.  Itulah kesempurnaan yang sebenarnya.  Kekurangan yang ada saling melengkapi antara satu sama lain.  Sekian entri pagi ini.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

Monday, May 19, 2014

~Menu Berbuka Dari Asben~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat tengahari semua. Korang dah makan tengahari? Aku berpuasa lagi hari ini.  Minggu lepas hari khamis aku berpuasa juga.  Menu untuk berbuka disediakan oleh asben.  Kebetulan masa hari tu dia bercuti.  Itu yang dia siapkan makanan untuk berbuka.  Balik dari kerja aku terus berdesup menjemput anak-anak di rumah mak.  Solat asar di rumah mak, tunggu adriana balik dari mengaji kemudian mandikan anak-anak baru balik rumah.

Sampai je rumah tepat jam 7 malam.  Nampak gaya nanti bulan puasa memang kena pandai-pandai adjust waktu.  Jangan sampai rumah azan tengah berkumandang.  Huhuhu...Sesampainya aku di rumah asben sudah siap masak.  Gigih gila laki den nak masak hari tu.


Nasi goreng, nugget dan kentang.


Ini sepinggan nasi goreng untuk aku.  Aku request nak nasi goreng tomyam kemudian letak bunga kantan dalam nasi goreng tu.  Memang bestlah.  Itu sahajalah cerita minggu sudah.  Entri ini bukan nak upkan laki den.  bUkan ye.  Itu sahaja perkongsiannya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

~Ke Romantika Lagi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi.  Entri kedua menyusul untuk pagi ini.  Mahu menghilangkan rasa kemengantukan di dalam diri.  Maklumlah puasa hari ini.  Jadi mari cuci mata sekejap.  Harap dapatlah mengantuk ini beredar.  Jumaat lepas, aku ke Romantika lagi bersama teman-teman.  Teman-teman itu seperi biasa.  Kali ini ke Romantika yang terletak berhadapan dengan Aeon Bandaraya.  Jauh sikit perjalanan jumaat lepas.

Ada sahaja benda yang nak dibeli di sini sambil survey harga barang yang belum lagi terbeli.  Sabar...Akhir-akhir ini memang diri agak sedikit 'menggila' dengan Romantika.  Macam orang angau.  Tak dapat beli barang dapat tengok pun jadilah.  Huhuhu...Gila tak gilanya aku...

Masuk je kedai ni umpama orang hilang arah.  Tidak keruan.  Semua perhiasan cantik-cantik.  Kalau aku kaya, hari hari hari raya...Bhahahaha...Tak apa perlahan-lahan kita deko rumah yang tidak seberapa.  Janji puas hati...

Cantik betul lampu meja tu.  Menggoda.  Harga yang kecil sahaja sudah mencecah Rm50.

Memang suka tengok corak-corak begini.

Tengok sahaja ruangan ini.  Sangat cantik dengan bunga-bungaan.  Mahu aku tak sedikit menggila dalam kedai ni.  Hasil jumaat lepas adalah beberapa barang yang dibeli untuk diletakkan di ruang tamu.  Misi sekarang adalah mendeko ruang tamu yang secoet tu.  Ikut bajet yang diperuntukkan.  Jadi kenalah beli ikut kemampuan.  Itu sahaja cerita jumaat lepas.  Akan terjah lagi gaji ini sebab ada benda yang dihajati di sini.  Kena beli jugak kali ni kalau tak malam tak lena tidurku.  Over pulak...Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

~Cerita Di Kolam Air Panas Bemban~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi isnin.  Mulakan hari ini dengan senyuman.  Semalam tidak sempat mahu membelek blog ini.  Sebelah malam barulah dapat mengarang beberapa entri untuk dikongsikan pada semua.  Semalam betul kesibukan di rumah.  Masak, basuh baju, mop rumah, vakum rumah.  Macam-macam kerjaan.  Memang tak pernah habis kerja rumah tu.

Sabtu tu, aku empat beranak ke Kolam Air Panas Bemban.  Asben cuti dua hari memang syoklah.  Sabtu tu tiga kali kita orang keluar masuk rumah.  Paginya keluar ke Bemban kemudian balik siap-siap nak pergi kenduri kahwin pula.  Dari kenduri kawin pergi beli barang kat Tesco.  Selesai membeli balik rumah lepas maghrib keluar lagi untuk makan malam pula.  Memang seharian penuh aktiviti.  

Tiket untuk aku, asben dan nana.  Ammar tak kena bayar.  Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3.

Peaco yo! Sebelum masing-masing berendam.

Aku hanya jadi pemerhati dan penjaga beg.

Nana merendam kaki dulu sebelum berendam.

 Ini barang-barang kami.  Kita orang bawa bekalan dari rumah.  Aku buat sandwich je.

 Beria-ia papa mengajar nana berenang.

Tiga jiwa kesayangan aku dunia dan akhirat.  

Aku cuma merendam kaki di sini.  Rehat dan rawat kakilah kononnya.  Itu sahaja cerita kami di Kolam Air Panas.  Pada sesiapa yang ingin cuba bolehlah ke sini.  Tempatnya pun selesa.  Akan datang lagi bila ada kelapangan.  Kita orang sekejap je kat sini sebab hujan mula turun tengahari tu.  Lagipun mahu ke kenduri kawin.  Sekian dulu entri pagi ini.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,