Wednesday, May 23, 2012

~Berbakti Kepada Tanah~

Inilah hobi asben aku sejak kebelakangan ini iaitu menanam pokok-pokok.  Dia cuba berbakti kepada tanah yang sekangkang kera di belakang rumah kami.  Dengan berbekalkan tanah yang sekangkang kera ini dapatlah asben bercucuk tanam.  Jadilah dia hang kebun bila ada masa lapang.  Dia tanam pokok dan tugas aku untuk menyiram bila datang rajin.  Kalau aku yang tanam memang tak jadiler dan tak nampak pun pokoknya.

Sekarang memang asben aku tengah rajin nak bercucuk tanam.  Katanya daripada lalang yang tumbuh baik dia bercucuk tanam.  Setakat nie yang sudah ditanam di belakang rumah sayur sawi, serai, daun kari dan ada lagi tapi aku dah lupa.  Bolehlah kan?Nak guna boleh amik jea kat belakang rumah.  Segar dari ladang. :D

Jom kita tengok apa yang di tanam di tanah yang sekangkang kera belakang rumah kami.  Boleh j

Sebelah pokok bunga tue kalau tak silap pokok cili

Daun pandan.

Ini pokok apa erk??Aku amik jea gambarnya.

Ini kacang botol.

Ini pun aku tak tau.

Ini pokok limau.

Ini pulak daun kari.

Berderet tue pokok-pokok yang ditanam oleh hang kebun aku.  Hikhikhik.

Itu di sebelah sana pulak.

Orang sebelah dah lebat dah pokok serainya.  Inilah tanaman yang ada di belakang rumah kami.  Nanti aku tunjukkan hasil tanaman asben yea.  Patutnya entry nie aku dah post bulan lepas tapi asyik draft jea.  Sampai tanaman pun ada yang sudah menunjukkan hasilnya.  Tunngguuu yea...






                                                                                                                      

~Pemenang Untuk ApenIdariana Bloggersary Giveaway~


Assalamualaikum...

Selamat pagi untuk semua.  Kita sudah pun berada dalam bulan Rejab.  Kejap jea masa berlalu.  Tak lama lagi sudah nak puasa.  Oklah, pagi nie aku nak umumkan pemenang bertuah untuk ApenIdaRiana Bloggersary Giveaway yang akakn mendapat FM Cameron Highlands. 

Sebelum itu aku memohon kemaafan kerana lambat nak umumkan pemenang untuk giveaway ini atas banyak sebab yang tidak dapat dielakkan.  Tanpa membuang masa mari kita lihat FM Cameron Highlands itu milik siapa???Jom...

3 pemenang bertuah telah dipilih berdasarkan pemilihan secara random dan pemenang itu jatuh kepada....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Cabutan pertama jatuh kepada No. 17 iaitu PINK LAVENDAR


Cabutan kedua jatuh kepada No. 6 iaitu AKMALFAIZAL


Cabutan ketiga jatuh kepada No. 23 iaitu NurSyahieraDahari

Nanti saya email pada kamu semua untuk details anda yea.  Terima kasih kepada semua kerana sudi join giveaway yang tidak seberapa ini.  Harap korang tidak ada yang berkecil hati.  Kalau ada rezeki lain aku akan buat giveaway lain pulak yea.

Buat pengomen tegar aku, untuk 10 pengomen tegar sila bagi alamat korang.  Tinggalkan email korang di entry ini.  Ada gift jugak untuk korang.  Baru dapat satu jea alamat.  Masih menunggu daripada yang lain tapi belum ada feedback.  Jangan lupa yea tinggalkan email korang yea di entry ini.  Sekian terima kasih.








                                                                                                                          

Tuesday, May 22, 2012

~Hadiah Cabutan SSP BSN Sudah Sampai~

Hari tue saya cerita mengenai kemenangan saya dari Dutch Lady di SINI.  Tapi hadiahnya belum sampai ke tangan saya lagi.  Kali nie entry mengenai kemenangan asben untuk cabutan Sijil Simpanan Premium di BSN.  Kira menanglah kan.  Hikhikhik..Nak jugak cite pasal asben kang dia kata asyik cite pasal aku jea.  Jelesler tue.

Asben dapat cabutan daripada BSN untuk bulan Februari lepas.  Dapat cabutan tempat keempat dan hadiah MP4.  Oklah tue sebagai permulaan.  Dan dari sinilah jugak timbul minat aku nak masuk beberapa contest semula setelah sekian lama tidak menceburkan diri sebab asyik tak menang.  Kecewa dan putus asa sudah tapi timbul kembali semangat setelah asben dapat cabutan bertuah ini.  Walaupun hadiahnya kecil tapi ia sangat bermakna.  Tak sia-sialah asben buat sijil simpanan premium.

Inilah suratnya yang asben terima dua bulan lepas.  Dapat surat terus reply semula pada BSN.  Binilah yang tukang fakskan.

Jumaat lepas, kami terima bungkusan ini yang dialamatkan ke rumah mak aku.

Dan inilah rupa hadiah daripada BSN iaitu MP4.  Dah ke hulu ke hilir pulak asben aku tutup telinga.  Patut aku panggil tak dengor.  Rupanya dengar walkman freenya itu.  Sabajelah.

Note>>>Tak sabar nak tunggu hadiah IPad daripada Dutch Lady pulak.  Lambatnya nak sampai.  Di sebalik kemenangan ada juga kekalahan.  Nanti aku ceritakan hatrik kekalahan yang aku lalui.  Itu pun kalau ada masalah yea.






                                                                                                                     



~Outing Dengan Mak dan Ayah~

Sabtu lepas aku dan asben nak ke Jusco Bandaraya.  Lepas tue aku tel mak nak ajak sekali.  Sebab mak dok sorang jea kat rumah.  Ayah pi kenduri, adik aku balik kampung.  Lepas maghrib aku tel mak suruh siap-siap rupanya mak dah siap dah.  Saje bawak mak kuar sebab dah lama mak tak gi jenjalan sebelah malam.

Sampai rumah mak, ayah aku pun balik dari kenduri rumah jiran.  Aku ajak ayah pi sekali.  Memula kita orang nak ke Jusco sebab asben aku nak cari barang.  Setelah lama berlegar-legar di Jusco dan mak ngan ayah aku banyak menunggu kita orang membeli barang.  So dia orang duduk jea sementara menunggu kita orang.  Lepas sudah settle kita orang ke Pak Putra untuk makan roti nan.

Adriana dan nenek.  Sedang menunggu order.

Dengan atok pulak.  Mama tukang mengarah jea.  "Nana, amik gambar dengan atok pulak."

Inilah makanan yang diorder.  Ini cheese nan untuk aku.

Mak makan cheese nan dan ayah aku makan capati.

Adriana nak jugak nenek suap.  Adriana kurang makan asyik nak minum air jea.  Lepas sudah makan kami pun balik.  Hantar mak dan ayah balik rumah dulu dan kami terus pulang ke rumah.  Itulah aktiviti kami untuk sabtu lepas.







                                                                                                                           

Monday, May 21, 2012

~Ikan Bakar Crystal Bay~

Lately nie kesibukan melanda pada diriku baik di rumah mahupun di pejabat.  Masa yang amat terhad untuk update blog aku ini.  Tapi aku masih mencuri masa untuk mengupdatenya sebab aku tak mahu blog aku ini bersawang dan sunyi tanpa cerita-cerita daripada aku.  Aku nak jugak berkongsi setiap apa jua yang aku lalui bersama 3A aku untuk dijadikan kenangan.  Itu jea pun.

Minggu lepas tak silap hari khamis asben ajak aku dan anak-anak makan ikan bakar.  Katanya dah lama tidak menikmati ikan bakar di Crystal Bay.  Aku??Tentulah seronok tak terkira.  Sebab??Tak payahlah masak kan?Minggu lepas rutin harian aku sudah pun berubah.  Petang sudah amik anak-anak di rumah mak jadi aku memang sampai awal di rumah.  Jadi dapatler bersiap dan lepas maghrib kita orang keluar untuk makan malam.

Inilah gerai yang kami selalu singgah makan.  Gerai Ala Kassim.  Sesiapa yang berkunjung ke Melaka bolehlah cuba makan di gerai ini.  Promote tanpa dikenakan bayaran yea. :D

Ammar makan biskut.  Kita nak makan ikan bakar dia makan biskut.  Masa nie makanan belum sampai.  Jadi kenalah bagi dia makanan lain dulu.  Baru dok diam.

Kakak yang tak habis-habis dengan posenya.

Papa order ketam untuk mama.  Dia tau bini dia hantu ketam.  Asben yang tukang kopekkan.  Aku makan jea.  Dia ada skill yang tersendiri.

Mereka anak-beranak tunggu lauk ikan.

Inilah lauk kami untuk makan malam pada hari itu.  Aku sudah hentam nasi lemak sebungkus.  Kelaparan dan tak bergambarlah yea.


Nota>>>Keputusan giveaway sudah ada.  Nanti aku umumkan yea.





                                                                                                                       

~Cerita Di Kampung Halaman~

Ahad lepas sempena hari ibu, kebetulan aku dan asben balik ke kampung asben.  Balik kampung untuk menziarah atok dan nenek asben.  Kami balik pun sebelah malam lepas asben balik dari kerja.  Hari tue tak sempat nak celebrate hari ibu bersama mak-mak kami.  Kekangan masa.  Tunggulah lepas gaji nanti barulah bawak makan-makan.

Lepas makan malam, pak uda ada beli kek sempena hari ibu iaitu untuk nek.  Jadi kami sama-sama meraikannya bersama-sama nenek dan juga atok.  Jomlah tengok gambar.

Nenek sedang memotong kek. 

Inilah keknya.

Cucu-cucu dan cicit nenek sedang memerhati nenek potong kek.

Atok pun nak potong kek jugak.

Yang ini pun nak potong kek jugak sebab besdaynya hari yang sama dengan hari ibu.  Inilah kenangan yang akan kita jadikan pada masa hadapan. Simple celebration daripada anak-anak dan cucu-cucu buat nenek.