Assalamualaikum.
2024 sudah berada di bulan kedua. Aku barulah terhegeh-hegeh nak menulis di blog ini. Sudah bersawang. Lama dah aku tak menulis. Baik menulis di blog atau menulis manuskrip. Semuanya ke laut dalam. Itu ajelah modalnya kan.
Blogwalking pun dah lama tak buat. Rindu kawan-kawan blog. Rindu zaman blog. Hari ini sempena malam Nisfu Syaaban aku ke sini untuk meluahkan rasa rindu pada bumi Madinah dan juga Mekah. Tersangat rindu.
Oktober 2023, kami sekeluarga dijemput Allah untuk menjadi tetamuNya. Perasaan yang sukar diungkapkan. Sangat.
Untuk permulaan, aku kongsikan sekeping gambar kami di bumi Madinah. Bumi ketenangan. Rindu suasana tidur, solat, masjid dan makan. Melupakan hal dunia seketika demi ketenangan yang sukar dicari di mana-mana.MasyaAllah, bila melihat foto ini terasa sebak.
Nanti aku sambung lagi ya. Jumpa lagi!
1 comment:
Alhamdulillah dijemput menjadi tetamu Allah.
Post a Comment