Thursday, August 6, 2020

Apabila Boleh Merentas Negeri

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Malam ini baru dapat menulis sebab esok cuti. Johor kan. Entri ini sudah ada dalam draf jadi aku tuliskan juga sedikit coretannya. Kisah kami merentas negeri setelah 3 bulan lebih tidak dapat balik ke Melaka. Teruja? Sudah tentu. Tak tahu nak diungkapkan macam mana masa tu.

Semasa PM umum kebenaran merentas negeri, berjujuk masuk mesej kat aplikasi Whatsapp. Macam-macam kiriman daripada keluarga dan kawan-kawan di Melaka.

"Sis, dah boleh merentas negeri. Bila nak balik Melaka?"

"Kafida, boleh balik dah. Yeah!"

"Kafida, bila PM umum terus teringat Kafida."

Eh, macam-macamlah mesej yang masuk. Aku jadi terharu juga dan bertambah-tambah teruja. Nak balik rumah sendiri. Nak jumpa mak ayah. Nak jumpa keluarga. Nak jumpa kawan-kawan. Ramai yang nak ditemui.

Kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun 2020 tapi kita orang balik 11 Jun 2020. Khamis tu pula aku tak kerja. Aku dah siap mohon cuti sebaik sahaja PM umum. Dua minggu terus aku mohon sampai 28 Jun 2020.

Gigih kan?

Teruja kut!

Antara beg yang belum masuk kereta. Punya banyak barang yang diangkut macam nak pindah terus tengoknya.

Sewaktu kami sampai rumah Melaka, jiran sudah siap pasang lampu warna-warni. Terharu lagi aku dibuatnya. Sepanjang kita orang tak balik memang jiran yang jagakan rumah.

Tengok sepenuh-penuh bonet. Ada barang orang kirim kat IKEA juga. Berkotak juga masa ni termasuk barang sendiri.

Hari pertama di rumah. Misinya adalah untuk mengemas rumah. Satu rumah aku kemas. Buang benda yang dah tak pakai. Aku susun balik buku-buku dalam bilik. 4 bilik aku kemaskan.

Anak-anak buah aku pun tidur kat rumah. Riuh sikit rumah.

Kembali kepada asal ruang ini.

Anak-anak buah datang masa aku sibuk berkemas. Tak dapat nak masak apa-apa. Aku dah siap order roti jala.

Kawan hantarkan set ini. Mula-mula suruh dia pos ke JB tapi sebab nak balik Melaka aku kata tak payah pos. Kalau nak cuba Essential Oil ni boleh roger aku ya.

Lampu tu aku beli kat IKEA. Dapat juga wishlist.

Rak buku ni pun beli kat IKEA.

Nayli, anak buah aku. Dia antara yang membantu aku mengemas rumah.

Laksa ni aku order dengan kawan aku kat JKM.

Anak-anak buah datang bawa kek sempena hari lahir aku. Selagi bulan Jun tak habis aku diraikan saja. Terharu lagi aku dibuatnya.

Roti jala aku order dengan kawan setaman yang aku kenal mula-mula daripada blog.

Aku dan anak adik, Naura.

Sekali lagi kami bergambar lagi.

Itulah fasa pertama cerita aku balik ke Melaka sepanjang tiga bulan lebih tidak pulang. Seronok. Bersyukur sangat-sangat masih diberikan peluang untuk bertemu dengan mereka. Nanti aku sambung lagi. Sepanjang dua minggu banyak benda yang dapat aku lakukan walaupun tidak semuanya. Paling puas hati apabila dapat mengemas rumah.

Nantikan cerita kejutan untuk mak mentua, hari lahir ayah, makan-makan di rumah sepupu, jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan JKM dan banyak lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

NA said...

Ada cuba juga EO Young and Living.