Monday, January 6, 2020

Selamat Datang 2020!

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat Tahun Baharu.

Sudah enam hari kita memasuki tahun baharu tapi aku baru berkesempatan untuk menulis di blog ini.  Hujung tahun sibuk balik ke Melaka ditambah dengan komputer yang tidak boleh digunakan. Kemudian sibuk dengan urusan anak-anak yang nak mula bersekolah.

Tahun baharu pula, kali ini buat pertama kalinya duduk di bumi Johor ini kami mula bersekolah dan bekerja. Itulah tahun-tahun lepas aku gelakkan suami aku kena kerja. Tahun ini aku merasalah pula. Tuhan bayar cash. Kata orang lagi. Hahaha. Gelakkan diri sendiri.

Hari keempat januari aku diduga sakit. Bangun awal pagi tiba-tiba tekak aku terasa perit. Ya Allah. Memang sakit sangat. Nak telan air liur pun sakitnya ya ampun. Seharian mood hilang bertebaran. Aku kalau jenis sakit memang suka melepek aje. Dah satu kerja, seharian aku asyik cuba menelan air liur.

Ya. Tak boleh nak makan. Suami masakkan bubur. Aku makan beberapa suap walaupun sekadar bubir tetap tak sedap lalu di tekak. Itulah bila nikmat makan ditarik. Memang tak lalu nak makan. Ko lapar dan nak makan tapi ko tak boleh nak makan.

Begitulah tahap keseksaannya. Azab. Ahadnya, aku bekerja. Memaksa diri untuk kerja juga sebab mengenangkan nak guna cuti untuk cuti Tahun Baru Cina tapi aku halfday saja sebab menjelang tengah hari badan rasa seram sejuk. Tekak makin sakit. Aku memang tak boleh buat satu kerja pun sebab badan rasa sangat tak selesa. Nak bercakap dengan orang pun aku tak lalu.

Dan hari ini aku tewas. Aku terpaksa emergency leave untuk memastikan yang badan aku ini betul-betul sihat. Lepas sahaja rakyat jelata keluar kerja dan ke sekolah, aku pun hentam tidur. Setengah hari aku tidur. Mungkin badan bagi signal untuk aku berehat.

Maka memang tiadalah dua hari ini aku di mana-mana media sosial. Kalau nampak aku sudah menulis itu bermakna aku sudah kembali normal lah tu.

Anak-anak yang semakin membesar. Tahun ini kakak darjah 6, adik pula darjah 3. Tahun ini masih diteruskan di bumi Johor ini. Pejam celik sudah genap 9 bulan kita datang ke sini. Tanpa disangka-sangka.

Tak apa, tetap berdoa. Kita akan kembali ke Melaka. Dah tua-tua ni nak duduk dekat dengan mak ayah. Mereka sudah berumur jadi faktor kesihatan selalu tidak mengizinkan. Orang kata, selagi ada biarlah mahu habiskan masa dengan dia orang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim