Wednesday, November 27, 2019

Diana Lissa Setahun Umurnya

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam.

Ajaibnya tiba-tiba keluar entri di tengah malam seperti mimpi di malam hari. Aku bukan tidur sambil mengigau dan berjalan ke komputer lalu mengetuk keyboard. Menaip dalam keadaan sedar. Memaksa diri untuk menulis. Kalau tidak dipaksa makin lama makin menjadi malasnya. Sudahlah ada tempahan blog dan juga artikel kemudian mahu bermalas-malasan pula. Tahun ini nampaknya ada dua buah buku sahaja yang menyelitkan karya kecilku.

Semoga tahun 2020 ada sinar baharu.

Ya. Mudah-mudahan. Aku selalu sinar itu datang tatkala hati libang-libu di sini. Biasalah duduk di perantauan psti teringat-ingat di kampung halaman.

Baiklah. Berbalik kepada tajuk entri. Mukadimahnya memang selalu panjang lebar kalau aku sudah mula asyik menulis.

Sehari sebelum menyambut Deepavali iaitu 26 Oktober 2019, biras aku buat majlis hari lahir anak ketiganya yang ke setahun. Majlisnya diadakan di Hatten Place. Marilah tengok gambar yang sebanyak-banyaknya. Ini pun gigih aku memilih. Biasalah kalau ada majlis atau perjumpaan memang kerjanya bergambar saja.

Budak berdua tengah itu anak-anak buah aku - anak adik.

Yang belakang berdiri itu sepupu-sepapat.

Nayli dan Naura.

Aku bawak emak aku juga.

Masa ini sudah mula makan walaupun ada yang masih belum sampai.

Goodies.

Tudung pink mak mentua. Kanak-kanak ada anak sendiri dan anak buah. lelaki dua orang itu adik-adik ipar.


Keluarga sebelah mentua.

Ini juga sebelah mentua. Budak yang duduk di baby chair itulah Diana Lissa.

Suka budak-budak ini makan macam-macam.

Kakak-kakak dan birthday girl.

Sempat amik gambar. Biras aku yang snap.

Ini emak pengantin.

Aku dan biras.

Selpie laki bini konsepnya.




Masa untuk potong kek.

Naura (kiri) dn Emma (kanan). Mereka sebaya.

Nyanyi dan potong kek.

Sizzing ini sedap sekali.

Keknya.

Sebelum balik haruslah bergambar beramai-ramai.

Kami dan aku photoG.

Kami dan kali ini aku dalam gambar.

Mak-mak memang tak ada dia nak bergambar.

Ini kejadian sebelum nak bergambar.

Tudung hitam itu emak biras aku. Sebelahnya kakak iparnya dan tudung hijau emak aku.

Akhirnya, siap juga entri ini yang sudah sebulan lebih aku letak dalam draf. Dasar pemalas. Sejenis perangai kebelakangan ini aku memilih untuk tidur daripada menulis. Kalau membaca pun pengakhirannya juga adalah tidur. Hahaha. Apa nak jadi?

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Siti Yang Menaip said...

alhamdulillah da setahun umurnya. semoga besar sihat dan jadi anak solehah..

goodies tuuu pasaipa comey ngat..!!