Friday, November 1, 2019

Amanda Dareena 2 Tahun

Assalamualaikum.

Hai.

Kembali lagi di sini. Banyak ceritanya yang tertangguh. Terlalu banyak cerita tapi masanya terlalu padat dengan pelbagai aktiviti dan rutin harian yang sebegitunya sibuk. Kalau tidak balik ke Melaka aku sibuk berjalan-jalan di bandaraya JB ini. Kalau balik Melaka sudah sibuk dengan ahli keluarga di sana.

Ini cerita masa 31 Ogos 2019, majlis hari lahir cucu di Bangi. Amanda Dareena ini pangkat cucu kepada aku. Jadi 2 Ogos 2019 genaplah umurnya 2 tahun. Sekejap saja masa berjalan. Bila usianya bertambah nampaknya aku pun semakin tua.

Marilah kita tengok gambar pula.

Meja candy.

Kek untuk Amanda.

Meja ini kegemaran kanak-kanak.

Zoom sikit gambar kek.

Antara menu yang ada.

Sepenuh-penuh meja dengan makanan.

Majlis diadakan di Aisya Kids Planet Bangi.

Kami mesti bergambar jika berkumpul. Anak-anak buah dan bibik-bibiknya.

Yang tua pun seronok main.

Dari kanan: Mak aku, kakak sepupu aku (nenek Amanda) dan abang sepupu (atok amanda).

Inilah Amanda Dareena.

Mak dan Kak Wati.

Keluarga aku.

Kesayangan aku dunia akhirat.

Budak berdua ini ramai yang kata muka dia orang seiras. Adriana (anak aku) dan Afiqah (anak kakak sepupu).

Riuh kalau kami ada.

Masing-masing suruh bibiknya suap. Mengada-ngada.

Inilah yang paling riuh.

Aku bersama adik ipar aku.

Kanak-kanak seronoklah sebab boleh bermain.

Kami lagi bergambar.

Mak-mak pun masuk juga tempat mainan.

Entah apa yang budak ni bercerita. Beria sekali sampai macam itu.

Amanda Dareena bersama mama dan papa.

Akhir sekali, sebelum pulang aku bergambar dengan mama Amanda. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah serta cukup riuhnya.

Seronok bila berkumpul begini. Ramai-ramai. Bukan senang nak dapat momen begini bila masing-masing duduk jauh. Aku lagilah sudah tercampak di selatan ini lagi payah nak berkumpul. Bila dia orang balik Melaka masa itu aku pula tak balik. Bila aku balik dia orang pula tak balik.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments: