Monday, February 4, 2019

Cerita Jumaat Sampailah Ahad

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Cubaan untuk menulis di blog yang semakin sepi. Entri pertama untuk Februari. Selamat datang Februari. Semoga baik-baik saja. Ya, kesibukan ditambah kemalasan tahap sepuluh memang membawa kepada pekerjaan yang tidak menjadi. Semuanya pun malas. Entahlah. Baca buku pun dalam keadaan pembacaan yang perlahan. Budak mengeja lagi lajulah. 

Ini cerita entah berapa minggu yang lepas. Aku dah simpan dalam draf. Kena, kena dan kena juga menulisnya di sini. Gambar yang akan menjadi kenangan. Sebenarnya dah cerita kat instagram tapi itulah menulis di sana tidak sama perasaannya menulis di sini. 

Baiklah, aku kongsikan lagi di sini. Buat kenangan akan datang. Manalah tahu  tiba-tiba insta buat hal adalah backupnya di sini.

Suatu jumaat kami keluar untuk ke Popular sebab nak guna baucer. Memandangkan kita orang ini dalam misi mengumpul duit jadi sanggup tak makan rehat itu. Beli roti aje. Berjimat-cermat katanya.

Beli buku tak apa. Hahaha. Nanti makanlah buku-buku ini. Dua buah aku beli secara online yang kebetulan masa itu sedang ada promosi. Rugi juga kalau tak grab. Kemudian beli lagi dua buah untuk guna baucer.

Petang itu, balik rumah mak sebab malam nak jemput suami di Melaka Sentral. Mak pula masak macam-macam. Ada nasi ayam dan lontong. Sedap wei makan.

Malam ke Melaka Sentral jemput kekasih hati.

Esoknya, sabtu 26 Januari 2019 kami ke jemputan kahwin. Jumpa geng travel ke Krabi.

Sebelum pulang bergambar dengan tuan rumah (yang tengah). Dulu EO kat tempat aku. Sangat baik dengan aku. Yelah, macam mak-mak.

Bergambar dengan geng travel ini wajib. 

Kemudian jumpa mak mentua di Tesco. Lepak kejapan sebelum berpisah ke destinasi masing-masing. 

Kemudian datang adik ipar dengan isterinya. Sekali lagi kita orang bergambar.

Balik lepas jumpa mak mentua dan ipar duai aku berposak buat dadih sebab nak bagi jiran yang buat kenduri aqiqah malam itu. Itu saja yang sempat aku nak membuat. Kan dah kata bermalas-malasan.

Malamnya, selepas isyak kami ke rumah jiran.

Adik ipar aku pun ada sebab bawa mak aku.

Bergambar dengan tuan rumah dan pengantin.

Inilah pengantinnya.

Balik kita orang jalan kaki. 

Esoknya masak meatball carbonara cheese.

Sebelah malam ke Melaka Sentral hantar suami yang nak balik JB.

Memandangkan Dak Ammar tak sihat masa itu, sampai saja parkir Melaka Sentral selambak dia muntah jadi suami suruh aku balik dulu. Jadi malam itu tiadalah adegan membuang air mata. Selamat air mata. Hahaha. Itu sahaja catatan serba ringkas. Nanti datang kerajinan akan ditulis lagi catatannya yang lain.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: