Monday, October 29, 2018

Meluangkan Masa Bersama Kengkawan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Rindu nak menulis di sini. Bila rindu menghantui, gigihkan juga diri ini untuk menulis. Minggu lepas, sibuk sampai tidak ada masa pun nak meninjau di blog ini. Anak-anak sudah peperiksaan akhir tahun. Jadi sibuk dengan tuisyen setiap malam. Aku pulak sibuk dengan memasaknya. Memang terkejar-kejar.

Kat blog memang aku kurang nak menulis. Nampak aku aktif kat instagram aje. Tapi itulah, kepuasan menulis di sana dan di sini memang lain. Mesti teringat-ingat juga nak menulis di blog. Itu yang kadang caption insta aku panjang berjela. Sejenis lupa diri bila dah mula menaip. Hahaha.

Baiklah, nak cerita jumaat lepas waktu rehatnya panjang. Keluar makan dengan kawan pejabat yang tiga orang itu. Itu sajalah kawan pejabat yang kira rapat dengan aku. Oleh sebab salah seorang daripada kami sedang menunggu hari nak melahirkan anak, jadi dia ajak kita orang makan Pizza Hut. Mula-mula aku memang tak nak keluar, tapi bila mengenangkan yang ajak tu mak buyung aku pun bersetuju.

Nampak tak senyuman mak buyung? Bukan main lebar senyumannya bila dapat makan pizza.

Kami berempat. Mujurlah baru lepas gaji.

Paling muda yang tudung hitam. Aku dan sebelah tu sebaya.

Menu kami pesan tempoh hari.

Pizza yang menjadi pilihan. Entahlah apa namanya. Aku makan aje.

Ini selesai makan. Muka sorang-sorang gembira tak terkira.

Sekali lagi. Masa ini sedang menunggu aiskrim sampai. Lama juga kita orang menunggunya.

Sudahnya kita orang terus ke kaunter beritahu nak bayar dan cakap tak dapat aiskrim. Letih menunggu.

Aiskrim punya fasal masing-masing sanggup menunggu.

Puas hati bila dah dapat aiskrim. Yelah, dah bayarkan mesti sanggup menunggunya. Begitulah kisah jumaat aku dan kengkawan ofis. Sesekali bolehlah layan makan mewah begini. Melayankan mak buyung sementara dia belum bersalin.

Habis makan tadi dia pesan, “Aku cuti 3 bulan nanti korang pun tak payah kuar masa rehat.”

“Eh, ko yang pantang dah kenapa kita orang kena pantang sekali.”

“Kita orang keluar nanti buat video call kat ko.”

“Tak ada aku nak jawab.”

Kami pun menghitung hari bila dia nak bersalin. Aunty-aunty tak sabar.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: