Sunday, November 12, 2017

Blurb Kelip-kelip Kusangka Api

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat malam semua. Saya muncul dengan satu entri malam ini. Tengah rajin haruslah keluar dengan entri-entri menarik. Saya pulun menulis entri untuk esok sekali. Kejap lagi nak pulun menulis benda lain pula. Nak cerita belum boleh sebab belum jadi. Jadi diam-diam dulu. Biarlah rahsia. Malam ini saya ingin kongsikan tentang buku antologi cerpen Kelip-kelip Kusangka Api. Ini adalah buku kedua untuk saya tahun ini. Sebelum ini, buku antologi cerpen pertama berjudul Tribunal Cinta. Masihkah engkau ingat? Pada yang sudah lupa atau yang tak tahu boleh baca perihal Tribunal Cinta di sini.

Antologi kali ini mengandungi 40 orang penulis dengan pelbagai cerita. Kali ini antologi yang saya ikut adalah terbitan Jemari Seni. Saya memang memasang angan-angan untuk menyertai Jemari Seni. Doa saya dimakbulkan Allah. Terima kasih, Ya Allah.

Sebenarnya, saya tak sangka bila cerpen Rotan Terbelah itu terpilih untuk dibukukan dalam Kelip-kelip Kusangka Api. Saya hantar saat-saat akhir sebenarnya. Dan cerpen itu adalah cerpen yang saya dah lama tulis dan tersimpan. Masa itu, kononnya saya mahu tulis cerpen lain tapi oleh kerana masa itu sibuk bulan puasa dan sibuk nak beraya, makanya cerpen itu sekerat jalan. Saya hantar sehari sebelum tarikh tutup sebab tak nak rasa terkilan. Kalau hantar tak terpilih itu memang dah bukan rezekilah namanya. Jadi saya mencuba nasiblah kiranya.

Gambar ini saya ambil daripada facebook penyelenggara Kak Su. Saya sertakan blurb untuk KKKA (Kelip-kelip Kusangka Api).

Isi kandungan dalam Kelip-kelip Kusangka Api. Ada antaranya memang penulis Jemari Seni. Jadi terasa agak kerdil diri ini sebab ini pertama kali buat diri saya.

Nama saya di nombor 29 dengan tajuk cerpen Rotan Terbelah. Semoga karya kecil saya ini memberi manfaat dan menghiburkan buat para pembaca. Mana yang buruk itu sememangnya datang daripada saya. Semoga saya terus istiqomah dalam bidang ini. Doakan saya berjaya dan terus dalam menulis samada di blog atau apa jua bidang penulisan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: