Hai korang.
Jumaat lepas seperti biasanya, sebelah pagi akan diadakan sedikit majlis bacaan yassin. Adakalanya makanan yang disediakan disumbangkan oleh staf. Yelah, ada yang nak bersedekah di hari jumaat kan. Kadang disiapkan oleh pihak katering. Setakat menu pagi saja untuk 30 orang. Selalunya ada yang kerja luar memang tak ikut serta.
Jadi jumaat lepas, alhamdulillah. Ada yang sumbangkan makanan untuk majlis tersebut. Menunya pun sedap-sedap. Nasi lemak, ayam goreng, bubur jagung dan agar-agar. Itu sahaja rasanya. Majlis bermula lebih kurang 8.30 pagi dan berakhir dalam jam 9.30 pagi. Itu siap makanlah.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
kalau kat sini, jemaah lelaki buat yassin kat masjid setiap malam jumaat lepas maghrib.
Group perempuan buat yassin dari rumah ke rumah lepas zohor hari jumaat jugak.
Post a Comment