Sunday, August 13, 2017

Tugas Harian Yang Padat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Hello semua.

Selamat malam. Baru berkesempatan untuk menulis. Kali ini momentum menulis lama benar menghilangnya. Aku dah lama tak menulis cerpen. Ini mengedit mana yang patut. Sekarang ini sedang edit cerpen Rotan Terbelah untuk Antologi Cerpen Adiwarna. Walaupun sudah lepas saringan pihak editor suruh edit mana yang patut. Adalah diberi ulasan untuk cerpen masing-masing.

Jadi kena juga memerah kepala untuk kerja-kerja mengedit. Paling lemah nak edit cerpen yang sudah siap. Aku memang tak reti. Tapi sebab nak ikut piawai pihak penerbit, haruslah dilakukan juga. Tak sabar menghitung hari untuk cuti sekolah. Bukan sebab apa pun. Cuti sekolah tidak perlu terkejar-kejar.

Hidup secara perkahwinan jarak jauh ini memang amat mencabar. Kita kena urus semuanya sendiri. Dari pagi bawa ke malam kerja tak berhenti. Awal pagi sudah bangun. Siapkan apa yang patut. Kemudian bangunkan anak-anak pula. Aku kena keluar awal untuk elakkan kesesakan jalan. Kalau keluar lambat, tiba sekolah pun lambat. Aku akan dihantui perasaan serba salah kalau anak sulung kena tulis namanya. Setakat ini dengan aku tak kena tulis nama. Usai hantar Dak Kakak, bergegas hantar Dak Adik pula. Kalau kena moodnya elok, tiadalah esak tangisnya.


Lima orang semuanya cucu mak ayah aku. Dua orang anak aku dan lain anak adik. Cukup riuh kalau berlima ini bergabung. Boleh terlucut kain mak nak.

Selesai di sekolah, bergegas ke tempat kerja. Aku kena patah balik. Kalau dari rumah ke pejabat tidaklah jauh. Tapi sebab sekolah anak ke arah lain, aku kena berpatah-patah balik. Apa nak dikata. Ini yang dikatakan sebuah pengorbanan. Pengorbanan seorang mak pada anak-anaknya.

Lapan jam di pejabat. Kemudian balik bergegas menjemput Dak Kakak di sekolah agama. Kalau dia tidak bersekolah agama dia akan ke transit. Dapatlah balik awal sedikit ke rumah. Sekolah agama keluarnya jam 6.15 petang. Aku akan sampai awal depan sekolah dan tunggu di situ. Selepas menjemput Dak Kakak, jemput Dak Adik pula di rumah mak. Kemudian balik rumah dan bersiap pula untuk pergi mengaji. Jam lapan aku akan hantar dia orang ke rumah ustazah. Memang terkejar-kejar sebab seorang diri lakukan. Hari-hari begini aku memang beli makanan aje. Tak sempat nak memasak sekarang ini. Kadang kudrat pun sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Sebelah malam memang tenaga itu sudah kehabisan.


Balik mengaji nak menghadap buat kerja sekolah. Makan. Kalau sempat sebelum eprgi mengaji aku dah suruh anak-anak makan dulu. Kalau tidak balik mengajilah. Selesai urusan anak-anak aku gosok baju sekolah dan baju kerja pula. Kadang larat gosok baju anak-anak aje. Baju kurung aku kalau ada yang boleh dikibas-kibas aje memang aku kibas aje. Tak yah gosok. Haha. Alahai, tak mampulah. Kerjanya melebihi kudrat yang ada. Kudrat perempuan setakat manalah sangat. Itu belum lagi ada kes-kes terpencil yang bila datang tak diduga.

Contohnya minggu sudah water heater suiznya rosak. Berposak juga aku nak menghangkut air panas. Anak-anak aku air sejuk sangat tak lalu dia nak mandi. Ikut aku tak tahan sejuk. Kalau sejuk-sejuk senang aje nak diserang selsema.

Paling lewt aku tidur jam 12.30 malam. Itu pun belum tentu lelap matanya. Sudahnya aku membaca atau mencari idea-idea untuk menulis. Tapi dah dua minggu aku memang tak sempat langsung nak memikirkan hal menulis. Semuanya mahu difikirkan memang serabut jugak.

Begitulah hari-hari aku. Hari-hari yang dilalui bersama anak-anak. Jadi hiburan aku hanyalah di rumah. Menulis, menulis dan menulis. Masa tidak menulis aku membaca. Adakalany kita perlu mencari apa yang membahagiakan diri kita sendiri. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada-Nya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



2 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

jemput ke entri ccl ya
http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/5-tips-bisnes-online-untuk-newbie.html

AMIIZAA@Mieja said...

hari-hari mesti terkejar-kejar kan....hantar ambik kanak-kanak sekolah