Monday, August 28, 2017

Pada Suatu Sabtu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Minggu ini cuti sekolah. Jadinya tidaklah huru-hara pepagi untuk minggu ini. Berehat seketika pun dah cukup baik. Jalan pun tak sesak. Seronok sangat. Bila dah selalu mengadap jalan sesak hampir setiap hari, memang stres. Itu belum lagi yang terkejar-kejar dalam rumah. Mana stokin, mana baju, mana beg. Hehe.

Rutin harian begitulah kan. Menguruskan rutin harian sendiri memang mencabar. Tak apalah. Adakalanya hidup begitu banyak mengajar kita. Antaranya mengajar kita lebih berdikari. Entri ini cerita lama. Kisah sabtu minggu lepas. Sabtu adalah hari untuk bersantai bersama keluarga setelah lima hari berhempas pulas.

Atas permintaan suami, aku masak ringkas aje menunya. Dia kata dah lama tak makan masakan aku.

Kemudian ajak suami keluar sebab aku teringin benor nak makan cendol durian. Aku ni tak makan durian tapi kalau durian yang dah dicampurkan dengan benda lain aku bolehlah telan jugak.

Ini cendol duriannya.

Wajah aku yang semakin berumur. Dah semakin tua, jerawat pun kembali bermaharajalela di wajah. Ini terpaksa guna kamera trick.

Anak-anak seronok. Dua-dua memang penggemar durian jadi cendol durian menjadi pilihan. Maknya aje yang cuba-cuba nak menelan durian. Nasiblah kena dengan tekak. Itu sahaja bebelan untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Warisan Petani said...

Tenguk gaya budak2 tu makan, tentu sedap cendol durian tu.