Bismillah.
Salam jumaat. Entri kedua untuk hari ini. Aku karang entri ini malam tadi. Tapi separuh jalan sebab guruh sudah kedengaran. Aku memang takut nak pasang komputer. Sudahnya aku tutup aje dan tidur. Kononnya nak edit cerpen tapi biasalah kan. Apa yang dirancang sesekali akan tersasar daripada landasan. Mood nak menulis blog. Sebab rindunya lebih ke sini. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis entri ini. Entri ini mungkin akan kelihatan seperti entri meluah perasaan.
Manusia perlu meluah. Memendam pun tidak jadi apa. Cumanya carilah tempat terbaik untuk meluah. Bagi masalah yang aku hadapi ini, sebenarnya malas nak amik port. Lebih kepada cakap-cakap belakang. Mulut manusia biasalah. Ada saja yang mahu dikondemnya. Itu tak kena, ini tak kena. Serba tak kena. Orang semua salah, dia seorang sahaja yang betul. Sampai satu tahap kau akan jadi malas dan tak kisah apa orang nak cakap. Kisah pulak aku kan?
Kadang terdetik, 'Kalau buat salah mesti kena kata.' 'Nanti mesti dia kata aku.' Dah satu hal pula kepala ni nak memikirkan apa orang cakap.
Begitu sekali bermain dengan perasaan. Di mana-mana mesti ada spesis manusia sebegini. Suka melihat kesalahan orang lain dan dihebahkan kelemahan orang itu. Baguskah membuka aib orang? Pada mula, aku memang agak down bila disampaikan cerita begitu. Kalau dekat pejabat, ayat-ayat biasa yang didengar 'orang itu tak ada kerja.' Aku pun sama terpalit. Walhal kita tak pernah nak kacau hidup dia. Jangankan kacau, jentik pun tidak. Peliknya, bila gengnya bersosial semasa waktu pejabat tidak pula dikatakan. Dari situ kau boleh lihat ketidakpuasan hati. Biarlah diukur begitu.
Manusia kan. Begitulah. Menempuh orang-orang begini, kita perlukan kesabaran. Mulanya memang macam sedih. Kau dah kenapa? Aku tak kacau kau kut. Even kawan rapat kau pun tak mampu nak menutupnya.
Cuma jalan yang terbaik adalah tidak ambil tahu. Biarlah kau nak cakap apa pun. Bila kau ambil tahu, kau meletihkan diri kau sendiri. Mesti kau akan murung. Kau ingat kemurungan tu tak meletihkan. Serabut hokey.
Jadi abaikan. Perlu buat macam tu. Kuat tak kuat kau kena abaikan. Sebenarnya buang masa kalau kita fikirkan cakap orang. Kita manusia memang tidak lari daripada kesalahan. Tidak sempurna pun tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk meneruskan berbuat salah. Sebelum menuding jari pada orang, cermin dulu diri sendiri. Jika kita jaga aib orang, Allah akan tutup aib kita.
Kita semua pendosa. Bagaimana perasaan kalau aib kita dijadikan bahan dan bualan mulut orang? Sebelum berkata apa-apa, fikir perasaan orang.
Jaga diri sendiri dulu.
Jaga periuk nasi sendiri.
Jaga kerja sendiri.
Kita hidup bukan untuk mendapat keredhaan manusia. Jadi biarlah apa orang nak kata. Hanya kita sahaja yang tahu diri kita sendiri sejauh mana. Jauhkan diri dengan orang yang menyakitkan hati kita. Kita akan mendapat ketenangan dengan tidak mengambil tahu.
Pada aku senang saja, tak mati dek keji, tak hidup dek puji.
Tak yah amik port!
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
manusia memang perlu ada tempat meluahkan
Post a Comment