Sunday, August 20, 2017

Hari Mama Bersama Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat malam bloggerians. Dah malam-malam begini barulah nak keluar dengan entri. Aduh. Sudah berapa hari mencari momentum menulis ni. Kononnya hujung minggu ini mahu mencari momentumnya namun masih tidak kunjung tiba. Masih berlari-larian mood itu ke hulu ke hilir. Blog, cerpen, artikel semuanya entah ke mana.

Hari ini mood mahu keluar rumah bersama anak-anak. Nak keluar dari situasi terkejar-kejar. Sudah berapa minggu rutin harian cam huru-hara. Adoi kecapekan. Bukan mengeluh cuma meluah. Menulis pun boleh melepaskan lelah yang terbuku di dalam hati bukan.

Jadi tadi memandangkan suami pun bekerja, ajaklah anak-anak keluar. Suruh mereka bersiap sebab nak makan luar. Sebab nak mood bersantai, masak pun malas. Huh. Jangan ikut perangai tak elok itu. Tapi kalau memang malas satu apa tak jadi kerja.

Dak Adik mengajak makan ke KFC. Memandang dah lama dia ajak dari tempoh hari, jadi hari ini mama tunaikan permintaan dia. Dia tu memang penggemar ayam. Sesekali layankan si anak teruna itu.


Ramai orang. Maklumlah hari minggu. Kebetulan ada birthday party.

Mama dan adik.

Kami bertiga. 

Nak jugak singgah main permainan.

Dari Aeon, singgah rumah mak hantar beg baju Dak Adik dan baju sekolah agama Dak Kakak. Begitulah rutian harian. Hari kerja memang dah sibuk dengan anak-anak sekolah, hujung minggu pun sibuk jugak. Biasalah, selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja. Selamat bekerja untuk esok. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

paridah said...

COMELNYA ANAK2 FYDA...MENULISLAH SETIAP HARI ASAH BAKAT YG SEDIA ADA

Farhana Jafri said...

siapa je tak suka kfc, kadang kalau confuse nak bonding dengan family, bawak je pergi kfc hihi. singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)