Monday, August 7, 2017

3 Syawal Diraikan Bersama Mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillah.

Selamat pagi semua. Seminggu sudah tidak produktif dalam menulis. Tulis blog, tulis cerpen semuanya ke laut. Adoi. Apa nak jadi. Malam tadi mula menulis balik bila datang kerajinan dan kesedaran pada diri sendiri. Haha. Bukan salah orang pun, salah sendiri. Penyakit M sedang bertenggek dalam badan.

Cerita raya tak habis-habis lagi. Raya haji dah nak sampai kau masih dengan cerita raya aidilfitri. Tak tulis entri ini, masalahnya gambar yang ada akan terbiar macam tu aje. Sayang. Panjang umur tahun depan, gambar ini akan dijadikan bahan rujukan. Haha.

Dah berapa tahun sepupu-sepupu aku sebelah ayah dari Johor memang datang beraya ke Melaka. Sejak ayah sakit dia orang datang satu hari beraya ke rumah. Jadi masa Ramadhan lagi aku dah tanya sepupu aku. Dia macam dah tahu aje tujuan aku menghantar whatsapp pada dia. Hehe.

Bukan apa, aku nak tahu awal. Jadi aku boleh buat persediaan apa yang patut. Bila dah tahu bila dia orang nak datang, hati sudah gembira tak terkira. Senyap-senyap aku rancang menu apa nak masak masa dia orang nak datang.

Aku dah siap-siap malam tu. Buat sambal belacan. Potong sayur-sayur.

Pagi tu bangun terus menumis aje. Ini masak lemak daging salai.

Ini pula ayam masak ala thai.

Asam pedas ikan pari. Aku masak seorang diri dibantu dengan tugas potong-memotong oleh mak dan suami.

Siap-siap nak tunggu tetamu.

Telah terhidang segala lauk-pauk.

Tetamu sudah datang.

Bila sudah ramai, ruang rumah terasa sempit pulak. Jadi kenalah membawa diri makan di merata tempat.

Makan kat ruang tamu.

Itu pula sepupu aku sebelah mak.

Kebetulan hari jadi ayah masa tu, aku dan adik belikan kek. Memang rancang nak buat masa adik-beradik ayah datang.

Ayah dan adik iparnya.

Sama tak muka kami? Adik sepupu aku.

Kalut bila nak bergambar beramai-ramai. Tunggu adik aku setting DSLR.

Sepupu sebelah ayah aku ramai. Inilah sebahagian adik-beradik ayah bersama anak menantu serta cucu-cucunya. Tak cukup korum pun.

Kemudian kawan sekolah aku datang. Dia sudah pun selamat melahirkan anak sulungnya.

Ini pula rakan menulis. Kami berkolaborasi dalam buku antologi Tribunal Cinta. Dari situlah kami kenal. Namanya Nurul Shahida Hassan.

Sebelah malam, anak buah aku pulak yang datang. Dia ni pun sudah selamat bersalin anak sulungnya pada 2 Ogos 2017.

Dari kiri : Alfie, Affendy, Alfidah, Amirah dan Afiqah. A semuanya. Kami team A.

Penutup malam itu, gambar makcik yang dipanggil bibik bersama anak buah. Dari kecil hingga sekarang kami rapat dan sekarang masing-masing sudah bergelar mama. Iye, dia pun dipanggil mama. Selamat berpantang untuk anak bibik. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

Cik Rose said...

Masak lemak daging salai! Rose suka, tapi tak pernah cuba masak... Makan masa pi Negeri Sembilan awal tahun haritu, sampai sekarang teringat-ingat. Hihi