Thursday, April 13, 2017

Outing Bersama Myra Mokhtar Dan Nurul Zainuri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Malam tadi datang kerajinan. Menulis dan update blog yang bertimbun entri dalam folder draf. Serius tak tipu. Cerita lama-lama semuanya. Cerita tahun lepas pun ada jugak. Dasar perangai kan. Yelah, menulis ikut mood. Kalau moodnya tiada, sepatah kata pun kau tidak akan mampu coretkan.

Baiklah, ini kisah bulan Februari. Kalau tidak silap aku. Aku ingat masa cuti Hari Thaipusam. Kebetulan geng sepejabat aku cuti sehari, jadi aku dan Myra Mokhtar pun cutilah. Oleh sebab dia pekerja sambilan maka cutinya akan ada sehari dalam mahu menyambung pelantikannya. Jadi kita oranglah yang perlu korbankan cuti. Sesekali.

Dapatlah masa meluangkan masa bersama kawan-kawan pula. Sesekali. Bukan senang nak merasa waktu-waktu begini. Nak-nak aku yang sibuk menguruskan hal anak-anak dan hal rumah. Biasalah mak-mak memang beginilah sibuknya. Selagi tidak terlupa pakai kain dalam tu masih dalam keadaan terkawal. Huhuhu...

Aku jemput minah ni kat Hospital Putra sebab dia tunggu kat sana.

Menunggu cik kak lagi sorang. Waktu ni memang pagi benar kami sudah bergentayangan depan Aeon.

Nampak tak cik kak tu melenggang.

Swafoto bertiga dulu.

Sebelum meneruskan agenda kami, perut masing-masing perlu diisi terlebih dahulu. Kalau tidak ada yang kena sindrom parkinson pulak. Chicken rice shop pilihan kami.

Aku minat sangat makanan ini. Apa namanya? Pai tee kan. Entahlah. Sudah kelupaan.

Makan sambil bergambar itu perkara biasa.

Agenda seterusnya adalah berkarok dan mengarok.

Tiga jam sekali kita orang mereput dalam ni.

Sampai tahap bosan. Amiklah 3 jam lagi.

Kemudian agenda seterusnya adalah membawa orang yang tidak pernah ke Starbuck. Si Myra Mohtar beria nau mahu ke sini. Tak pernah katanya. Masa nak buat pesanan, sudahlah orang tu dengar namanya Midah. Midah oh Midah.

Sebelum pulang, haruslah bergambar lagi.

Akhir sekali bergambar dengan Myra Mokhtar. Kemudian aku terus pulang ke rumah memandangkan sang suami ada waktu itu sebab Johor ambil cuti Thaipusam tu. Melaka saja non ado. Akhirnya selesai lagi satu entri untuk pagi ini. Entri tertunggak namanya. Selamat membaca!Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

paridah said...

wah seronoknya fyda meriangkan hati bersama kawan2 tersayang...

SalbiahM said...

minat karaoke ye..samalah.kalau dengan kawan-kawan sekepala, sampai hilang suara dibuatnya..hehe