Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Hai semua.
Malam tadi aku menonton telemovie 'Takdir Yang Terhenti'. Pertama sebab si pelakonnya Zara Zya. Aku minat dengan lakonannya. Kedua sebab heronya. Boleh minat juga dengan Syafiq Kyle tu. Aku dah tengok iklannya dari minggu lepas. Memandangkan malam tadi aku tidak ke mana-mana, jadi dapatlah aku menontonnya walaupun dalam keadaan tidak duduk setempat di depan televisyen.
Drama ini ditayangkan sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Aku memang sudah agak lama juga tidak mengikuti drama yang ditayangkan pada malam ahad. Sebabnya selalu waktu-waktu begitu aku berliburan bersama suami dan anak-anak di luar.
Jalan ceritanya sedih. Zara Zya sebagai Raudatul dipaksa berkahwin dengan Asif yang dilakonkan Syafiq Kyle. Tapi Asif menjadi panas baran selepas berkahwin dengan Raudatul. Kasihan pada Raudatul. Walaupun suaminya melayan tidak elok dengannya namun dia tetap bersabar.
Sinopsis :Asif sudahpun mempunyai cinta hati sendiri begitu juga Raudhatul. Namun, atas aturan keluarga Asif dan Raudhatul dikahwinkan. Sejak itu, Asif menjadi panas baran dan sering memarahi Raudhatul. Apabila cinta membawa kita mengenali Allah maka pilih cinta itu. Seorang gadis cina iaitu Marie terjebak dengan kemunafikan cinta iaitu Asif sehingga membuatkan Marie jatuh cinta pada agama Islam. Dia membuang cinta palsu lalu memilih cinta yang kekal. Asif yang dahulunya hanya munafik demi cinta akhirnya terperangkap dalam agama sendiri dengan rasa berdosa. Perkenalan antara Raudhatul dan Ustaz Daniel membawa erti keberkatan dan restu dalam hubungan cinta. Apakah yang akan terjadi apabila hidayah mengiringi dalam setiap permainan cinta mereka?
Sesiapa yang ketinggalan untuk menontonnya semalam, bolehlah menonton secara online. Sediakan tisu siap-siap memandangkan pengakhirannya adalah kesedihan. Selamat menonton.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
MENARIK JUGA REVIEWNYA TAPI XSEMPAT NK TONTON PULA
Ramai y kata drama ni sad ending kan.. Lya dh simpan link nkbtgk drama ni.. Tp msa x sesuai lg.. Kna cari ruang btul2 bru leh feeling
Post a Comment