Thursday, March 2, 2017

Majlis Resepsi Sufi Anis Di Melaka

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat petang. Entri pertama untuk hari ini. Sudah hampir dua bulan aku mengambil masa untuk menyiapkan entri ini. Ini aku gigihkan juga menulisnya. Ingatkan nak tidur rehat ni tapi mata tidak pula mahu lelapnya. Saja mata ni kan. Acah-acah gitu. Lagi pun belum datang simptom pening, bolehlah kita menulis dan melontarkan segala isi rasa. Hahaha...

Penutup tahun tempoh hari diakhiri dengan majlis pernikahan anak buah aku yang lelaki dan penutup majlisnya adalah majlis resepsi  di Melaka iaitu rumah kakak sepupu akulah. Seperti biasa, aku antara orang yang tersibuk membantu kakak sepupu aku apa yang patut. Anak sulungnya yang bernikah bulan September pula sudah berbadan dua. Jadi haruslah yang tidak berbadan dua menguruskan kerja berat. hah gitu. Makcik sayang anak buah kan.


Kami diberi badge ini. Pakai hokey.


Antara orang-orang di belakang tabir yang menjayakan majlis pada hari tersebut.

Suasana pagi itu. Kenalah ingat balik apa yang berlaku memandangkan sudah dua bulan kejadiannya.

Mak pengantin dan nenek saudara pengantin.

Nampak tak candy booth aku? Nampak tak mak aku yang menjadi penjaga candy booth. Hehehe.

Mak apak pengantin kena makan dulu. Nanti kut pengsan pulak. tempoh hari abang sepupu aku tu dah hampir-hampir nak pengsan.

Suka tengok gambar ini. Fefeling ada anak kecik.

Tak perasan pulak si Ammar terbiar di belakang itu. Dia tetap baby aku.

Para suami dalam keluarga kami.

Sebelum pengantin datang, kita orang bergambar dulu dekat pelamin.

Meja makan pengantin.

Kek pengantin yang mengikut tema.

Mak dan makcik aku.

Ketibaan pengantin diiringi dayang dan pasangan dayang yang masam menceruk mukanya. Si Ammar paksa rela.

Aku dan Myra Mokhtar.

Pengantin lama pula.

Bagi pengantin lama nak bersanding. 

Suasana sewaktu majlis berlangsung.

Penyanyi yang menghiburkan kami hari itu.

Para dayang.

Candy booth yang tidak putus dengan pengunjung.

Aku dan adik ipar di photo booth hasil kerja keras kami menyiapkannya. 

Dua video kami buat mannuquien challenge tempoh hari. Saja-saja buat. Bila dah ramai-ramai gitulah jadinya.

Itulah serba-sedikit gambar yang boleh dikongsikan di sini untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Lepas ini lama lagi ada majlis besar-besaran macam ini. InsyaAllah, mungkin nanti majlis sambut cucu pulak. Begitulah penutup kami tahun lepas.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




1 comment:

LYAfrina said...

Meriahhh.... Cantik semua family sedondon hijau