Assalamualaikum.
Ada masa-masanya kita akan mengalami sindrom kesedihan. Adakalanya kesedihan itu datang tanpa diduga. Kita mungkin bersedih disebabkan sebuah kekecewaan atau mungkin juga kita bersedih disebabkan sebuah perpisahan.
Ada masanya kita perlu melepaskan kesedihan itu dengan air mata.
"Air mata datang dari hati, bukan dari otak" - Leonardo Da Vinci
Bila kesedihan datang menghantui, carilah sesuatu perkara yang boleh membuatkan kita lupa akan kesedihan itu. Walaupun tidak terus melupakan kesedihan itu, mungkin sedikit pun sudah memadai.
Malam ini, aku dihantui kesedihan. Entah kenapa hari ini aku menahan emosi air mata. Ini sindrom bila mana suami cuti lama di rumah. Setakat 3,4 hari dia rumah, akan memberikan aku aura yang berlainan. Aura aku bertukar sepenuhnya dan bila masa untuk dia keluar mencari rezeki kembali dan akan berjumpa hujung minggu, simptom inilah yang akan aku hadapi.
Serius, aku tak suka dengan apa yang aku rasa ketika ini. Aku memujuk diri sendiri dengan mencari kawan-kawan yang berstatuskan seperti aku. Ibu tinggal atau pun isteri tinggal. Ada yang berbulan baru dapat bertemu dengan suami. Kira aku bernasib baik dan beruntung dapat berjumpa suami walaupun seminggu sekali.
Semoga kesedihan ini akan sirna. Sesungguhnya bila kesedihan ini menghantui diri, pasti akan kemurungan. Perlu mencari solusinya dan aku menulis malam ini untuk meluah rasa. Doakan aku wahai sahabat sekalian, agar aku kuat dan terus bersemangat untuk menjalani rutin harian dan melaksanakan tugas hakiki.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Huhu.. Itulah..ada masa n ketika kt akn melalui fasa mcm ni..sedih y x bertepian... Adakalanya kosong...
Post a Comment