Wednesday, February 8, 2017

Antara Emosi Seorang Wanita Dan Seorang Lelaki

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Selamat tengahari semua. Kejap lagi mahu makan tengahari. Hari ini, aku masih lagi membawa bekal dari rumah. Misi berjimat-cermat masih lagi diteruskan. Ikut pada masa dan kerajinan juga sebenarnya tetapi setakat ini masih lagi mengekalkannya. Sebelum itu, saja mahu menulis tentang emosi manusia. Emosi secara umumnya melibatkan perasaan.

Bila dikatakan tentang emosi, selalunya berkait rapat dengan wanita. Wanita dan emosi berpisah tiada. Kalau bab nak kata soal emosi ini, wanita yang selalunya bermain dengan emosi. Ini aku cakap tentang diri aku sendiri. Orang lain aku tak tahulah. Masing-masing lebih tahu tentang diri masing-masing bukan?

Kalau nak dibandingkan emosi seorang wanita dan seorang lelaki memang jauh berbeza. Kalau wanita, perkara kecil pun mesti sudah merosakkan emosi. Kadang seharian emosinya boleh ke laut dalam atau pun ke langit lazuardi. Begitulah bayangannya kalau wanita sudah bermain dengan emosi.

Ini aku nak cerita pengalaman aku sendiri. Hujung tahun lepas, aku diduga bila mana aku mendengar ada cerita-cerita tidak elok pasal aku yang sedang dijaja. Hal kerjalah apa lagi. Biasalah kan. Aku sudah boleh jangka sebenarnya perkara ini akan terjadi bila aku akan berkerjasama dengan Hamba Allah ini untuk kesekian kalinya. Dulu pernah juga aku berkerjasama dengannya, pun ada jadi hal. Kemudian kami terpisah bahagian. Aku kira mungkin dia dan aku tidak serasi. Yelah, bukan semua orang boleh serasi dengan kita begitu juga dengan kita kan.

Bila dulu sudah jadi hal, aku pun sudah lupakan hal itu. Barang yang lepas usah dikenang, Jadi bila Hamba Allah itu kembali, aku cuba menukar persepsi aku terhadapnya. Bersangka baik. Sampailah aku dengar cerita lain pula yang meniti di bibirnya tentang orang lain. Tapi kali ini yang dijajanya adalah seorang lelaki. Rupanya lelaki itu tahu yang Hamba Allah itu bercerita pasalnya.

Apa yang aku ambil iktibar dari lelaki itu bila mana dia nasihatkan agar bersabar. Buat apa nak melawan. Memang terngiang-ngiang nasihat dia itu.

"Biar kita aje tahu apa yang kita buat. Allah ada."

Lepas dengar apa yang dia cakapkan, aku pun move on. Malas nak bersendu-sendu fikir apa yang orang itu mahu cakap. Kalau ikutkan hati mahu saja dikerjakan Hamba Allah itu tetapi kena bertindak secara profesional.

Jadi, janganlah bermain dengan emosi sangat. Semoga kita wanita-wanita bertindak secara bijak dalam menangani amsalah yang menghantui diri, Aku belajar tentang sesuatu perkara sejak hal itu. Aku belajar bersabar. Allah hantar dia sekali lagi untuk menduga aku. Aku kena laluinya sekali lagi. Semoga kuat dan mampu melawan perasaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: