Wednesday, October 5, 2016

Oktober Membuka Tirai

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Oktober sudah membuka tirainya. Lima hari sudah masuk bulan baru ini. Aku baru berkesempatan nak menulis di sini. Kekangan masa sejak akhir-akhir ini. Masa sangat mencemburui aku tika ini. Banyak sangat perkara yang mahu dilaksanakan. Hinggakan adakalanya kepenatan diri mengatasi segalanya.

Rutin harian.

Tugas hakiki.

Komitmen kerja.

Menulis.

Semuanya perlu dihadapkan. Adakalanya sampai diri sendiri tak sempat dibelek. Tak ada masa untuk diri sendiri. Hari biasa aku sibuk menguruskan anak-anak.

Ini bukan rungutan mahu pun mengeluh.

Hari-hari biasa sibuk dengan anak-anak sekolah. Selesai uruskan anak-anak aku ke kerja. Lapan jam di pejabat. Adakalanya terfikir bagaimanakah keadaan aku bekerja. Terfikir mahu menjadi surirumah sepenuh masa. Tapi belum sampai masanya kerana banyak komitmen.

Sebelah malam sibuk ajar anak-anak. Buat homework dan ulangkaji. Bila anak-anak tidur barulah aku dapat mencari aktiviti untuk diri sendiri. Kadang kalau dah habis gosok baju kerja dan baju anak-anak, aku tonton drama-drama kegemaran yang sudah terlepas beberapa episod. Kadang sempat juga melayan novel. Bila datang mood baik, barulah aku menulis.

Menulis itu adalah dari hati. Aku suka menulis dan akan terus menulis. Mari rajin-rajinkan diri untuk menulis mulai saat ini. Semoga kerajinan itu sentiasa ada.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

keep writing, fida.
buat sesuatu yg kita minat. buat dari hati.
pasti hasil nyer cantik molek dan terbaik.