Selamat pagi semua. Tengah rajin mengarang jadi blog ini akan muncul dengan entri-entri yang baru dan lama. Kena ubah angin menulis dulu untuk amik mood lain.
Baiklah kembali kepada tajuk di atas sebelum aku merepek ke lain. Minggu lepas tanggal 17 Oktober 2016 adalah hari ulangtahun lelaki kesayangan hamba iaitu suami akulah kan.
Dah 36 tahun pun umurnya. Kebetulan hari lahirnya jatuh pada hari isnin jadi aku buat permintaan untuk dia bercuti hari ahad.
Sabtu tu kita orang plan nak keluar awal pagi. Merangkap sarapan di luar dan terus jenjalan.
Pergi MP dan kebetulan Bata buat jualan gudang. Belilah kasut sekolah anak-anak. Aku dapat juga sepasang. Kah.
Makan-makan sempena besday kononnyalah. Walhal yang empunya badan yang belanja.
Last but not least, gambar berdua dengan laki den. Semoga abang sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga kami. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
salams fida
happy birthday :)
Post a Comment