Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.
Selamat pagi. Salam jumaat. Nampak gayanya hari ini aku cuti lagi. Malas nak fikir daripada aku ke pejabat namun jiwa raga ke laut, baiklah aku cuti saja. Esok sudah majlis pernikahan anak buah. Malam ini kita orang ada malam berinai bagai. Anak buah sponsor inai ukir. Sekadar menyerikan majlis.
Berbalik kepada tajuk, alhamdulillah. Aku berdoa agar aku ditemukan dengan salah seorang ahli keluarganya. Allah dengar doa aku. Aku dapat bercakap walaupun sekadar melalui telefon. Perasaan ingin tahu itu membuak-buak setelah banyak yang aku musykilkan.
Selama mana pun kisah itu tetap ada dalam ingatan. Tidak pernah sekali pun aku lupakan. Semoga yang berbuat jahat akan diberi balasan setimpal atas perbuatannya. Buat orang yang teraniaya itu, aku doakan kemenangan buat kamu.
Walaupun aku tidak terlibat, hanya atau mungkin terkena tempiasnya aku diselubungi perasaan bersalah atas perbuatan mereka. Tempiasnya bukan sekadar tempias yang biasa. Penangan tempias ini kuatlah juga.
Namun Allah berikan kekuatan untuk aku tempuhi segalanya. Pesan seseorang padaku, doakan dia agar berubah dan menyesal dengan perbuatannya. Semoga dia gembira dengan apa yang telah dia lakukan.
Tapi, aku tak pernah memaafkan dia!
Kejam tak? Peace! Sekian dan wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment