Monday, September 19, 2016

Kembali Ke Pangkal Jalan

Salam.

Selamat pagi semua. Buat anak-anak, selamat kembali ke sekolah. Fokus untuk beberapa bulan nak menghadapi peperiksaan akhir tahun dan kemudian bercuti panjang sebelum melangkah ke tahun yang baru.

Buat mak-mak, selamat kembali menyibukkan diri dengan macam-macam perkara. Kami sudah kembali ke pangkal jalan semalam. Mana yang kerja jauh, sudah kembali ke sarangnya. Jumaat lepas kami empat beranak ke Johor Bahru. Percutian pendek. Hanya dua hari satu malam saja.

Semalam aku sempatlah bersilat di dapur setelah sekian lama tidak memasak. Permintaan asben nak makan masakan aku. Katanya dah lama dia tak makan masakan aku. Jadi aku masakkan juga untuk suami tercinta.

Begitulah kisahnya. Nanti aku ceritakan kisah percutian pendek kami di Johor Bahru. Seperti biasa mohon diberikan kerajinan pada diri aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

bila balik dari bercuti, lemah nyer kan nak balik ke pangkal jalan :) hi hi hi...
terasa terasa nak holiday lg.