Selamat datang April. Entri pertama untuk bulan baru ini. Masuk hari keempat baru berkesempatan untuk menulis. Minggu lepas sibuk dengan majlis yang baru aje selesai sabtu lepas. Macam-macam perkara yang perlu disiapkan sebelum majlis.
Dua hari sebelum majlis aku sudah cuti. Over sangat! Macam nak kawinkan anak. Kebetulan khamis aku cuti boleh pulak tak sihat. Demam dan dok pening. Ah sudah! Menjelang malam tu baru diri rasa kuat dan mulalah mengerah tenaga.
Malam jugak asben tolong tiupkan belon. Nasib ada pam belon. Senang dan cepat. Ada jugak aku beli belon minion. Lupa nak ambil gambar belon aje.
Pagi sabtu usai subuh aku terus mendeko dua biji kek. Kemudian aku sempat buat dadih. Ini masa dia orang sibuk menyusun meja di khemah. Selesai kerja di dapur dan mengemas dapur aku terus menguruskan kerja di luar pula. Masa untuk menyusun makanan di candy booth. Nasiblah malam tu kita orang dah siap-siap isikan dalam bekas. Nanti aku tunjukkan deko candy booth aku yang tidak seberapa di entri yang seterusnya. Mahu tidur dulu...Bersambung di lain entri.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
maaf x dpt hadir, fida.
sgt terkilan bila tgk fida post gambo kat fb.
Post a Comment