Wednesday, April 13, 2016

Maskot Minion Di Majlis Hari Jadi

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengahari. Bersambung lagi dengan entri Majlis Kenduri Kesyukuran dan Majlis Hari Lahir. Entri ini adalah kesinambungan dari entri INI. Sesiapa yang belum baca bolehlah ke entri tersebut. Entri ini agak panjang berjela. Berjela satu hal, gambar banyak pun satu hal. Jenuh nak menyiapkan entri yang satu ini.

Memandangkan gambar sudah dipilih dan dimuatnaik, maka aku gigihkan diri juga untuk menceritakan sepanjang majlis yang aku adakan tempoh hari. Bolehlah dijadikan sebagai kenangan buat kami sekeluarga.

Kenangan manis. Bukan mudah nak adakan majlis sebegini.

Untuk pengetahuan majlis hari jadi ini aku buatkan untuk Ammar dan anak buah aku, Nayli. Adriana dulu biras aku dah buatkan di KFC. Jadinya aku buatkan sekali dengan Nayli. Berkenaan maskot, permintaan Ammar. Sebab masa si kakak buat kat KFC ada chicky. Serba salah dibuatnya. Masa aku dilanda perasaan itu, terbaca komen kak Zakiepurvit. Kena adil katanya. Fikir punya fikir aku pun terus hubungi event planner, Fifi dari FK Kreatif. Sesekali untuk anak-anak kecil.

Mari aku mulakan cerita.

Sebaik habis sahaja majlis bacaan doa selamat, orang surau dah ke khemah. Maskot Minion pun tiba.

Masing-masing teruja. Bukan kata anak-anak saja yang teruja, mak apak pun turut sama sekali.

Ini Nayli, anak buah aku. Menangis nampak Minion. Walhal sebulan sebelum majlis hampir setiap masa jumpa dia pesan jangan takut. Jangan nangis. Dalam tu orang. Sudahnya dia kejung bila nampak benda kuning ni bergentayangan depan dia.

Minion yang senang hati.

Masing-masing mahu bergambar dengan Minion.

Kemudian, kami sudah standby untuk menyanyi lagu happy birthday buat budak berdua ni.

Minion dok tepi tu. Budak dua orang ni beria masing-masing kejung tu. Ammar boleh tahan lagi. Cuma Nayli jelah. Lagipun minggu tu dia tak sihat. Ada paginya hidung dia berdarah. Saje bikin mak-mak hati tak tenang. Janganlah ada apa-apa. Sudahlah buatkan majlis untuk dia.

Ini selesai potong kek. Meriah masa potong kek sebab siap muzik bagai. Bergambar dengan Minion. Risau pulak aku tengok Minion ni. Masa tu hari memang berdekang panas. Aku siap berjubah bagai masa tu. Tapi untuk beberapa jam yang pertama. Latihan akhirat di dunia sudah tak tahan. Apalah kan.

Kemudian tetamu mula menjamu selera. Ini kawan kelas Adriana. Ingat tak entri yang sebelum-sebelum ni besdaynya di hotel. Inilah family tu. Aku jemput jugak mereka.

Tetamu-tetamu yang berada di khemah.

Ada yang makan di dalam sebab kat khemah dah penuh.

Kemudian, aktiviti bermula. Aktiviti pertama adalah chicken dance. Seronok tengok budak-budak ni menari.

Permainan pun bermula. Ada lima permainan semuanya. Ini pertandingan tiup belon sampai pecah. Tengoklah si Ammar tu. Tak reti pun nak meniup belon.

Ini permainan kedua. Muzikal chair.

Budak berdua ni yangbertahan. Akhirnya yang perempuan menang.

Kemudian Minion datang balik. Budak-budak menerpa Minion untuk bergambar.

Ini baru nampak bergambarnya. Anak buah aku yang tua bangka tu pun mahu bergambar. Hehehe...

Permainan ketiga adalah suap kek. Patut si anak suap mak. Muda betul mak si Adriana. Hehehe..

Kemudian permainan keempat. Cari benda tersembunyi. Adriana salah satu pemenangnya. Ada yang kena cari tali pingganglah, jamlah, gelanglah dan macam-macam lagi.

Akhir sekali permainan mumia. Mumia ke namanya. Hentam saja.

Tuan rumah yang berjubah biru tu kena jadi juri. Pilih pemenang.

Makanya, budak kecik ni sebagai pemenang. Diam je budak ni mak dia membungkus dia.

Selesai semuanya aku dan adik ipar di suruh buat review berkaitan dengan dia orang. Untuk event ini aku dapatkan khidmat dari FK Kreatif. Ini facebooknya. Klik SINI. Berialah aku bercakap tu. Poyo je lebih tu.

Selesai semuanya kami bergambar beramai-ramai. Ini pun tak cukup korum. Ada yang beradu kat dalam rumah. Tidurkan anak dengan dia sekali hanyut.

Kami lagi sebelum masing-masing pulang meninggalkan rumah aku. Seronok bila ada majlis begini dapat berkumpul. Secara tak langsung macam buat gathering kan. Itu sahaja kisah di majlis hari jadi anak-anak tempoh hari.

Kenangan terindah buat aku.

Kenangan manis buat anak-anak.

Apa-apa pun apa yang telah aku niatkan dan teringin untuk buat telah dapat dilaksanakan. Kali ini aku cukup puas hati dengan apa yang telah dirancang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

as samsudin said...

Meriahnya... mesti happy budak2 tu kan...

adianiez AIDA said...

a great moment ni fida.
rugi aida x dpt hadir :(
sronok!!!

p/s: lama x jumpa.