Sunday, April 10, 2016

Malam Sabtu dan Malam Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat petang semua. Kembali dengan entri kedua. Banyak nak kena kejar. Tadi berhenti kejap pergi masak dan makan. Menulis, menulis jugak. Perut kena jugak diisi. Hari minggu memang hari bersantai di rumah. Kerja berlambak. Baju bertimbun nak kena lipat. Siapkan dulu tulis segala entri dalam blog baru boleh sambung buat kerja lain.

Malam sabtu lepas seperti biasa balik rumah mak mertua. Kebiasaannya kalau tidak ada aktiviti lain memang situ saja destinasi kami empat beranak. Malam itu ajak asben bawak mak dia makan luar. Dah jemu balik rumah mak tak ke mana. Terperap aje dalam rumah.

Kami makan di sini. Menunya yong taufu.

Kami malam itu.

Ini cerita sabtu pula. Asben suruh aku masak. Katanya sudah lama tidak makan masakan aku. Hahaha..Poyo je. Ini makan tengahari kami. Kemudian asben hantar Adriana ke kelas taekwando manakala aku dan Ammar melepak di rumah. Aku lebihkan tidur. Ganti waktu tidur.

Petang jam 5.30 kita orang keluar lagi. Kami ke Aeon dan melepak di Old Town sambil menikmati roti bakar saja.

Cik kak ni sibuk membeli buku cerita. Menurun perangai maknya. Nanti dah kena tambah rak buku. Mak punya dah penuh. Kena kumpul koleksi buku cerita dia pulak lepas ni.

Salam pena,



2 comments:

as samsudin said...

Macam tu la kita kan Fyda....macam2 aktiviti nak kena buat...tak pernah habis...
Tapi syok gak dapat jalan sana-sini walaupun sekadar keluar makan... :))

adianiez AIDA said...

fida. tu batu berendam coconut shake yg dlm kedai tu ekk?
bukan kat bwh khemah tepi jalan tu kan?
aida dtg few times tutup.
kul brape ekk yong tau foo ni bukak?