Kisah di penghujung cuti sekolah yang sudah berlalu. Banyak entri yang tertangguh dek kerana kesibukan kerja dan rutin harian.
Jumaat di penghujung cuti sekolah suami ajak tengok wayang bersama anak-anak. Lagipun Ammar tak pernah tengok wayang. Adriana dah dua kali jugak tengok sebelum hadirnya Ammar ke dunia. Wah ayat tak menahan.
Pada mulanya nak tengok Kungfu Panda tapi bila suami tengok Boboiboy The Movie ada lagi kami pun buat keputusan untuk tengok movie tu aje.
Kemudian terfikir nak bawak Nayli si anak buah aku. Kesian pula. Dari hari tu merengek nak ikut aku balik rumah. Jadi angkut Nayli sekali tengok wayang.
Gelap pula gambar ni tapi tak apa sebagai kenangan. Waktu ni dah habis tunggu masa nak keluar. Bergambarlah dulu.
Mintak pula bergambar dekat sini. Masih lagi di luar panggung. Selesainya terus balik. Hantar Nayli balik dan kita orang pun ke Bukit Rambai rumah mak mettua aku. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
4 comments:
TERBAEKKKK
mmg best cite ni .....yg best bile Adudu jth cinta .. comei sgt
Tak pernah lagi bawa anak nengok wayang takut dia pulak buat wayang. mulut dahlah tak reti diam sekarang
Rata rata mommies yg ada anak mmg tengah sawan tengok movie ni Fyda....
Apa pun kita kita ni tengok anak anak enjoy kita pun enjoy kan....
best kan boboiboy?
aida sgt suka :)
Post a Comment