Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat petang. Jarum jam sudah menunjukkan 4.50 petang. Berbaki sepuluh minit saja lagi untuk balik. Mata pun sudah terpisat-pisat. Menguap jangan dicakapkan lagi. Aduhai..Tenaga bila menjelang petang sudah sampai ke penghujung. dalam kepapa sudah memikirkan sampai rumah mahu berbaring sebentar sebelum menguruskan anak-anak.
Seperti biasa, sampai rumah kena siapkan dulu kerja yang penting. Mandikan anak-anak dan kemudian barulah bersantai sekejap depan tv sebab nak tengok drama Mencintaimu. Siapa tengok drama bersiri ni? Aku memang mengikuti sebab pelakonnya Sharnaaz Ahmad. Hahaha...Dah lama tak juga tak ikut drama bersiri secara bersungguh-sungguh.
Sinopsis Drama Mencintaimu
Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja
untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja
untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari
pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham
Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa.
Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun
Anissa menolak pelawaan tersebut sehingga Hisham bertindak untuk
menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan
pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering
merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada
percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa.
Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan
Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa
tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga
Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin
dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama,
Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham
dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.
Sama-salah kita menonton apa kesudahan mereka. Selamat menonton. Sekian dulu entri ringkas untuk petang ini. Wassalam.
Salam pena,
No comments:
Post a Comment